Kebaikan Fish Oil Bagi Kesihatan Tubuh, Ini 9 Info Yang Perlu Anda Tahu

Pengambilan fish oil dalam setiap diet makanan bukanlah satu perkara yang asing lagi bagi masyarakat kita ini. Namun yang demikian, sejauh mana sebagai pengguna kita faham akan kandungan dan kebaikan fish oil itu dalam memberi pengaruh pada tubuh badan? Untuk tahu lebih lanjut, ikuti artikel ini sehingga ke penghujungnya.

Apa itu fish oil?

kebaikan fish oil

Fish oil adalah sejenis lemak atau minyak yang diekstrak daripada tisu ikan itu sendiri. Jenis ikan yang biasanya menjadi kandungan utamanya adalah ikan yang berminyak seperti ikan tuna, ikan salmon, sardin, makeral, dan ikan tenggiri.

Walau bagaimanapun, masih ada sesetengah produk yang menggunakan hati ikan seperti minyak hati ikan kod untuk dijadikan fish oil.

Umum mengetahui bahawa minyak ikan sangat tinggi kandungan omega-3 dan beberapa jenis vitamin yang bagus untuk kesihatan.

Antara sumber omega-3 yang banyak terdapat dalam minyak ikan adalah asid eikosapentaenoic (eicosapentaenoic acid, EPA) dan asid docosahexaenoic (docosahexaenoic acid, DHA).

Manakala bagi omega-3 dalam sumber tumbuhan pula mengandungi asid alpha-linolenic (ALA).

Tips pengambilan minyak ikan untuk kesan yang terbaik

Menurut sukatan yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), pengambilan sumber ikan dalam diet makanan adalah setiap minggu.

Hal ini kerana disebabkan ada fakta kajian yang menunjukkan bahawa asid lemak omega-3 yang ada pada seekor ikan mampu memberikan pelbagai kebaikan dari segi kesihatan. Ia termasuklah untuk melindungi dan mencegah beberapa jenis penyakit kronik.

Oleh kerana pentingnya hidangan 1 hingga 2 ekor ikan setiap minggu, ada inisiatif moden untuk seseorang itu mendapatkan khasiat ikan dengan mudah.

Ianya dari pengambilan supplemen tambahan yang berasaskan minyak ikan. Terbukti, kuantiti 30% kebaikan fish oil terdiri daripada asid lemak omega-3, dan bakinya adalah terdiri daripada lemak lain.

Saiz hidangan yang biasa adalah 3.5 auns (99 gram). Namun begitu, pengambilan perlu dihadkan bagi wanita yang hamil atau merancang untuk hamil serta kanak-kanak. Ini kerana golongan tersebut paling mudah terdedah kepada kesan potensi toksin dalam ikan.

Kebaikan fish oil dalam konteks kesihatan

Fish oil diterima ramai bukanlah kerana ia praktikal untuk digunakan sebagai diet pemakanan seimbang seorang manusia tetapi juga disebabkan oleh manfaatnya. Antara kebaikan fish oil menurut kesihatan adalah seperti:

1. Mencegah penyakit jantung atau strok

Penyebab utama sakit jantung dan strok adalah kerana peningkatan kadar kolesterol dalam darah. Kajian membuktikan omega-3 dalam minyak ikan mampu mengurangkan risiko sakit jantung, insiden serangan jantung, dan kematian akibat serangan jantung.

Ia bekerja dengan meningkatkan kehadiran kolestrol baik, dan mengurangkan lemak dalam darah, sehingga mengelakkan penyumbatan atau pembentukan plak pada saluran darah ke jantung.

2. Merawat penyakit buah pinggang

Penyakit buah pinggang, kegagalan buah pinggang dan komplikasi buah pinggang yang disebabkan oleh beberapa penyakit kronik semuanya boleh memberi komplikasi teruk pada badan.

Boleh cuba minyak ikan kerana ia juga bantu dalam merawat masalah kesihatan berkaitan buah pinggang.

3. Mencegah penyakit alzheimer

Alzheimer memang berisiko tinggi kepada warga emas. Penyakit berkaitan otak ini menurut kajian boleh dipulihkan dengan kandungan asid lemak dalam minyak ikan.

4. Mengurangkan simptom ADHD

Attention-deficit hyperactivity disorder (ADHD) adalah gangguan yang majoriti menyerang kanak-kanak sehingga membuatkan mereka sangat sukar memberi perhatian pada satu masa dalam satu waktu.

Gabungan minyak ikan dan minyak evening primrose boleh memperbaiki fungsi otak. Ini kerana fakta, otak mempunyai 60% lemak di dalamnya, dan ia hanya perlu 0mega-3 serta omega-6 sahaja.

Jadi pengambilan minyak ikan mengikut sukatan yang betul sudah memadai.

5. Mengawal penyakit berkaitan saraf

Sakit saraf yang dikaitkan dengan manfaat minyak ikan adalah rheumatoid arthritis. Penyakit ini melibatkan sistem muskuloskeletal di mana terdapat radang kepada sendi-sendi.

Kesannya, menyebabkan sendi menjadi bengkak, sakit, dan kaku. Atau boleh juga terjadi komplikasi lebih teruk seperti kerosakan sendi, tidak mampu bergerak dan berdiri, penyakit kardiovaskular, dan banyak lagi.

Kegunaan minyak ikan sedikit sebanyak akan meningkatkan lagi peluang pesakit untuk mencegah dan merawat simptom rheumatoid arthritis.

6. Merendahkan tekanan darah tinggi

Jika ada tekanan darah tinggi atau hipertension, boleh amalkan penggunaan minyak ikan kerana ia membantu mengurangkan tekanan darah.

7. Merawat gejala kemurungan dan anxiety

Dapatan kajian Jurnal Neurosains Eropah yang dijalankan ke atas beberapa ekor tikus makmal, menunjukkan bahawa pengambilan minyak ikan akan mengurangkan beberapa peratus kesan kerasahan.

Bukan itu sahaja, minyak ikan juga dibuktikan akan mengurangkan kadar kemurungan sebanyak 40% pada manusia.

8. Mempercepatkan penyembuhan luka

Luka boleh terjadi apabila kita mengalami proses kecederaan. Untuk proses penyembuhan, tubuh akan melalui 3 fasa iaitu fasa inflamasi, fasa proliferasi, dan fasa remodelling.

Asid lemak omega-3 sangat baik dalam penyembuhan luka, mengurangkan keradangan, dan meningkatkan kekuatan sistem imun.

9. Membantu perkembangan otak bayi dan kanak-kanak

EPA dan DHA dalam sel otak berfungsi penuh dalam menjaga kesihatan selaput otak. Dua kandungan baik ini boleh ditemukan dalam pengambilan omega-3 sebanyak 300mg dari minyak ikan.

Faktor-faktor yang perlu diambil tahu sebelum beli fish oil

Hari ini lambakan produk fish oil di pasaran menjadikan kita rambang mata untuk memilih mana yang terbaik. Sudah tentu apa yang kita pertimbangkan adalah tentang kualiti dan manfaatnya. Namun begitu sebagai pembeli yang bijak, kita perlu melihat beberapa faktor sebelum membelinya.

  • Keaslian atau jaminan kualiti
  • Bentuk untuk menentukan berapa lama kadar pemprosesannya dalam badan
  • Masalah bau atau rasa hanyir ikan
  • Dos yang disarankan oleh sesebuah produk minyak ikan
  • Harga yang ditawarkan

Kesimpulan

Sesuatu yang sederhana itu lebih baik daripada terlebih. Begitu juga dengan minyak ikan yang bermanfaat untuk kesihatan tetapi perlu mengikut sukatan yang betul.

Rujukan

  1. Panduan Diet Malaysia 2010. Kementerian Kesihatan Malaysia
  2. Burhani, M. D. & Rasenick, M. M. 2017. Fish Oil and Depression: The Skinny on Fats. Journal of integrative neuroscience 16(s1): S115-S124.
  3. Merle, B. M., Benlian, P., Puche, N., Bassols, A., Delcourt, C. & Souied, E. H. 2014. Circulating Omega-3 Fatty Acids and Neovascular Age-Related Macular Degeneration. Invest Ophthalmol Vis Sci 55(3): 2010-2019.
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113