Kebas Tangan Kanan? – Ini Puncanya Yang Anda Perlu Tahu!

Anda Selalu Alami Kebas Tangan Kanan? 

Kebas tangan adalah satu keadaan di mana tangan anda terasa seperti tidak punyai rasa (sensation). Kadangkala Ia juga boleh terasa seperti dicucuk cucuk atau kesemutan. 

Rasa kebas ini bukan sahaja boleh terjadi pada tangan kanan anda tetapi juga boleh berlaku pada kedua belah tangan, hujung jari tapak kaki, lengan atas dan lain-lain. 

Persoalannya, adakah keadaan ini normal?

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan kebas pada tangan kanan anda dan ia juga boleh menjadi petanda kepada beberapa keadaan kesihatan anda. 

Punca Kebas Tangan Kanan Yang Anda Perlu Tahu

  1. Komplikasi Diabetes/Kencing Manis

Keadaan kebas tangan ini sering dialami oleh pesakit diabetes. Hal ini kerana, sekiranya anda mempunyai kandungan gula di dalam darah yang tinggi untuk jangkamasa yang panjang, ia boleh menyebabkan berlakunya kerosakan saraf. 

Kerosakan saraf inilah yang menyebabkan berlakunya kebas pada tangan, jari, lengan, tangan, dan kaki anda. Sekiranya berjaya  mendapat rawatan awal,  kerosakan saraf ini berpeluang untuk  dikawal  dan sembuh. 

Jika anda belum pernah mendapat rawatan sebagai pesakit diabetes namun sering mengalami kebas dibahagian tertentu, sila dapatkan rawatan segera.  Utusan Ini kerana berkemungkinan besar anda menghidapi diabetes. 

Diabetes yang tidak dirawat akan menyebabkan kandungan gula di dalam darah anda susah untuk dikawal lalu boleh menyebabkan beberapa keadaan seperti luka yang lambat sembuh sehingga boleh menyebabkan amputasi. 

  1. Carpal Tunnel Syndrome

Carpal tunnel syndrome (CTS) atau ialah adalah disebabkan oleh tekanan pada saraf di pergelangan tangan anda secara berterusan sehingga boleh menyebabkan berlaku kesemutan, kebas dan sakit di bahagian tangan dan jari anda.

Biasanya ia terjadi disebabkan oleh beberapa aktiviti yang melibatkan pergelangan tangan dan dilakukan secara kerap dalam tempoh yang lama seperti menaip,  memegang telefon bimbit dan sebagainya. 

Walaubagaimanapun, keadaan ini boleh dirawat  sendiri  namun mengambil masa  untuk  sembuh sepenuhnya. Anda boleh dapatkan rawatan  fisioterapi untuk mengurangkan  gejalanya. 

  1. Mengalami Kekurangan Mineral Atau Vitamin Tertentu

Tubuh kita memerlukan mineral dan vitamin tertentu dalam diet seharian. Sebagai contoh,  untuk menjaga kesihatan saraf, tubuh kita memerlukan vitamin B-12. 

Apabila mengalami kekurangan vitamin ini ia akan menyebabkan rasa kebas atau kesemutan di bahagian kaki atau tangan anda. Selain itu,  kekurangan magnesium dan kalium juga boleh menyebabkan masalah kebas ini. 

  1. Masalah Tiroid

Apabila berlakunya gangguan atau masalah kalenjar tiroid, ia boleh menyebabkan kerosakan saraf yang berfungsi untuk menghantar signal sentuhan sekaligus menyebabkan kebas dan kesemutan di bahagian tangan dan kaki.

  1. Multiple Sclerosis (Ms)

Multiple Sclerosis (Ms) adalah merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh berlakunya gangguan sistem imunisasi tubuh.

Pesakit yang menghidapi Multiple Sclerosis (Ms) akan sering merasa kebas dan kesemutan kerana sistem imun tubuh yang menyerang lapisan pelindung di sekitar serat saraf mengakibatkan saraf menjadi rosak.

  1. Kesan Sampingan Ubat-Ubatan 

Terdapat ubat-ubatan tertentu yang  boleh menyebabkan kebas apabila diambil secara berterusan. Contohnya seperti, antibiotik, ubat anti kanser, ubat sawan, ubat tekanan jantung atau darah. 

Sumber: https://siraplimau.com/punca-tangan-kebas-kesemutan/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161