Kenali Perbezaan Infeksi Payudara Dan Kanser Payudara

Semenjak kaum wanita digalakkan melakukan rawatan pemeriksaan payudara, para wanita semakin peka untuk mengetahui kondisi payudara mereka,.

Namun akibat terlalu mendengar momokan yang tidak-tidak dan membaca sesuatu yang tidak betul, kaum wanita lebih mudah mempercayai apa yang mereka dengar dan ketahui daripada mulut orang lain.

Jika terdapat sedikit kesakitan di bahagian payudara, pasti minda kita terus merasakan diri kita mempunyai kanser. salah sebenarnya pemikiran seperti itu.

Kerana terlalu panik dan takut, infeksi payudara mungkin anda akan menjangka infeksi payudara sebagai tanda munculnya kanser payudara, Sebenarnya, dua perkara ini adalah berbeza.

Untuk terus mengubah perspkesi anda mengai hal ini, menurut laman web  WebMD, apabila payudara kelihatan merah ataumem bengkak, Anda tidak perlu langsung panik kerana area ruam pada payudara sering kali menandakan adanya masalah umum, seperti infeksi.

Infeksi payudara itu sendiri disebut sebagai mastitis biasanya akan menyerang wanita yang tengah menyusu bayi. Kesan infeksi yang terjadi akibat menysukan bayi boleh terjadi akibat saluran ASI yang tersumbat. Selain itu, hal ini mungkin terjadi akibat terdapat bakteri yang masuk dan menginfeksi payudara melalui luka pada puting atau jaringan di sekitarnya.

Ada beberapa gejala yang berllaku kesan daripada infeksi payudara iaitu:

  • Payudara mengalami pembengkakan
  • Bila diraba, permukaannya terasa hangat
  • Kemerahan dan terasa pedih
  • Demam

Berbeza dengan infeksi, kanser payudara pada pringkat awal pada umumnya tidak menimbulkan gejala yang jelas.

Namun mengikut kes yang berlaku, penyakit ini menyebabkan terbentuknya benjolan di payudara pada bahagian dalam. Selain itu, kesan lain yang juga berkaitan dengan gejala kanser payudara adalah:

  • Gatal yang tidak hilang
  • Ruam yang mungkin terlihat seperti gigitan serangga
  • Puting Anda “berputar” ke dalam atau mendatar
  • Terjadi pembengkakan dan kemerahan yang (setidaknya) memengaruhi sepertiga dari payudara
  • Kulit kelihatan berlipat-lipat seperti kulit jeruk
  • Terasa pedih dan berat
  • Adanya pembengkakan kelenjar di bawah lengan atau di berdekatan tulang selangka

Perbezaan Infeksi Payudara dan Kanser Payudara

Kedua-dua keadaan ini sama-sama menimbulkan pembengkakan dan kemerahan, Hal ini akan menegelirukan wanita sama ada mereka hanya terkena infeksi ataupun kanser payudara. Bahkan, menurut dr. Sara Elise Wijono, MRes dari KlikDokter, kedua-dua keadaan ini mampu menimbulkan bengkak, demam, dan keluarnya nanah atau cairan dari puting.

Menurut Dr sandra, perkara yang paling ketra adlah kondisi daripada permukaan kulit payudara. Jika permukaan kulit payudara berkedut seperti kulit jeruk dan putingnya masuk ke dalam, kemungkinan besar itu gejala kanser payudara,.

Jika Anda benar-benar bimbang dalam menentukan atau ingin mendapatkan diagnosis secara pasti daripada terus meneka-neka sendiri, sebaiknya segera dapatkan pemeriksaan doktor. Dengan demikian, anda boleh mendapatkan pemeriksaan mammogram untuk mengetahui apa yang sedang terjadi di dalam payudara.

Doktor juga akan melakukan biopsi jaringan payudara untuk melihat melalui mikroskop. Dengan cara ini, anda akan lebih mudah mengetahui keadaan sebenar yang anda alami.

Setelah mengenali perbezaan infeksi payudara biasa dengan kanser payudara, diharapkan anda tak lagi panik dan cemas berlebih saat mengetahui adanya perubahan pada organ tubuh tersebut.

Hal yang paling penting, apabila annda mengalami gejala-gejala di atas. segera Segera dapatkan pemeriksaan doktor untuk mendapatkan diagnosis yang pasti dan penerangan yang tepat.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: