Kenali Social Anxiety Yang Dihadapi Anak Anda

Pengertian Social Anxiety

Social anxiety atau penyakit malu Palogikal merupakan situasi sosial yang melibatkan interaksi dan komunikasi dengan orang lain.Namun social anxiety disorder lebih daripada sekadar rasa malu atau gugup yang sering timbul tenggelam. Ia akan menjejaskan pesakit tersebut dalam hubungan sosial, produktiviti kerja atau prestasi di sekolah atau universiti.

Gangguan Social Anxiety  merupakan gangguan mental terbanyak iaitu yang ketiga di dunia. Gangguan ini biasanya muncul ketika berusia remaja. Seiring dengan bertambahnya usia, gangguan ini akan menjadi lebih baik. Namun,ada juga pesakit yang akan mengalami keadaan ini dalam tempoh yang lama,

Disebabkan social anxiety, ketakutan seseorang apabila mempermalukan diri sendiri lebih kuat sehingga individu tersebut akan menghindari setiap situasi yang dapat menghadirkan perasaan tersebut. Panic attack ataupun gangguan kecemasan akan muncul terhadap golongan sebegini.

Panic attack cenderung dihadapi oleh perempuan dan pada usia remaja hingga dewasa. Panic attack adalah gangguan psikiatri yang diakui oleh dunia perubatan dan dapat diubati secara efektif.

Diagnosis Gangguan Malu Patalogikal

Doktor akan menentukan diagnosis gangguan social anxiety menerusi gejala yang muncul. Biasanya doktor akan mencari punca mengenai perasaan, perilaku, dan simptom kecemasan penderita terhadap situasi sosial. Pemeriksaan lebih lanjut dan terperinci oleh doktor psikologi merupakan jalan yang terbaik bagi menyembuh keadaan ini.

Gangguan Kecemasan Sosial

Gejala   Gangguan Social Anxiety

Social Anxiety bukan hanya kita berasa perasaan malu sahaja . Perasaan fobia sosial adalah ketakutan intens yang tidak hilang dan memengaruhi aktiviti seharian penghidapnya serta memengaruhi kepercayaan diri, hubungan dengan orang lain, kehidupan sekolah dan pekerjaan.

Gejala malu Patalogikal yang boleh dikenali seperti:

  • takut melakukan aktiviti seharian –seperti berjumpa orang asing, memulai percakapan, berbicara di telefon , bekerja atau berbelanja
  • menghindari atau risau yang berlebihan tentang kegiatan sosial –seperti ketika berada di dalam perbicaraan kelompok, makan bersama-sama, dan menghadiri majlis
  • selalu risau melakukan sesuatu yang menurut penderita memalukan –seperti tersipu, beerpeluh atau bersa janggal di hadapan orang
  • Sujar untuk melakukan sesuatu ketika orang lain memberi tumpuan terhadap kita kerana penderita mungkin merasa sedang diawasi dan dinilai setiap saat
  • takut dikritik, menghindari pandangan mata atau memiliki rasa keyakinan diri yang rendah
  • sering memiliki gejala seperti merasa sakit, berpeluh , gemetar atau jantung berdebar-debar (palpitasi)
  • serangan panik

Penderita Social anxiety biasanya juga memiliki gangguan mental lain –seperti depresi, gangguan kecemasan umum atau gangguan tubuh dismorfik.

Fobia ini juga boleh menyerang kanak-kanak. Gejala yang sering muncul pada kanak-kanak adalah meliputi:

  • sering menangis
  • sering mengamuk
  • menghindari interaksi dengan anak-anak dan orang dewasa lainnya
  • takut pergi ke sekolah atau mengikuti kegiatan kelas, pertunjukan sekolah, dan acara sosial yang lain
  • tidak meminta bantuan di sekolah
  • sangat bergantung pada ibu bapa

Rawatan Untuk Penghidap Social Anxiety

Beberapa pilihan rawatan untuk mereka yang menghidapi social anxiety. Antaramya seperti:

  • cognitive behavioral therapy (CBT)
  • Mengambil ubat antidepresan
  • psikoterapi

Di bawah ini adalah beberapa cara untuk mengurangi gejala kecemasan:

  • cuba mengambil tahu tentang kondisi anda
  • ubahlah kepercayaan anda yang tidak realistis dengan yang rasional
  • jangan terlalu berfikir tentang pendapat orang lain
  • cuba melakukan aktiviti yang biasanya anda selalu hindar

Sumber: Aldokter

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: