Kenali Tanda Serangan Jantung Sebulan Sebelum Berlaku. Waspada!

Kenali Tanda Serangan Jantung Sebulan Sebelum Berlaku. Waspada!

Serangan jantung atau merupakan salah satu masalah kesihatan yang sering menjadi penyebab kematian. Kondisi ini terjadi ketika jantung kehilangan bekalan oksigen akibat berlakunya sumbat di pembuluh darah. 

Apabila seseorang mengalami serangan jantung, mereka perlu segera dibawa ke hospital dan dirawat secepat mungkin agar tidak berlaku keadaan yang tidak diingini.  

Sebuah kajian yang telah diterbitkan menerusi  Circulation, A Journal of the American Heart Association menjelaskan bahawa tanda serangan jantung sebenarnya boleh dikesan terlebih awal, bahkan sebulan sebelum kejadian. 

Kenyataan ini berdasarkan penelitian yang dilakukan di lima hospital di Amerika Syarikat. Kajian ini melibatkan 515 orang wanita yang berusi sekitar 29 hingga 57 tahun.

Menariknya, gejala yang ditemui bukanlah seperti sakit dada, sebenarnya perubahan tubuh yang sering dianggap remeh oleh kebanyakan orang. 

Meskipun kajian ini hanya menfokuskan kepada kaum wanita, namun bukan bererti kaum lelaki boleh memandang remeh. Berikut merupakan beberapa tanda yang boleh terjadi sebulan sebelum serangan jantung: 

Baca juga: Jantung Sentiasa Berdebar, Adakah Tanda Penyakit?

1. Rasa Penat

Sebanyak 70 peratus penelitian melaporkan bahawa mereka akan mengalami keletihan yang berlebihan, sehingga tidak dapat melakukan aktiviti ringan dan sederhana.  

Rasa penat boleh sahaja terjadi akibat beberapa perkara. Salah satunya adalah disebabkan oleh kegagalan pam jantung yang optimal.


2. Gangguan Tidur 

Sebanyak 48 peratus pesakit akan mengalami gangguan tidur. Gangguan tidur adalah seperti insomnia (sukar tidur) atau tidak dapat menjaga kualiti tidur. 

Sebahagian pesakit yang mengalami penyumbatan pembuluh darah jantung akan menderita kegagalan pompa jantung. Lebih membimbangkan , pompa jantung boleh menyebabkan penumpukan cecair dan berasa sesak nafas ketika berbaring, sehingga mengganggu kualiti tidur.

Oleh itu, perhatikan anda perlu peka tanda serangan jantung ini kerana boleh terjadi sebulan sebelum berlakunya serangan jantung.


3. Sesak Nafas yang Mengganggu

Sesak nafas dirasakan oleh 42 peratus pesakit, sehingga menjadi punca gejala serangan jantung yang penting untuk diberi perhatian.

Sesak nafas berlaku kerana jantung merupakan organ yang penting untuk melakukan pemompaan darah. Ketika pemompaan tidak dilancarkan dengan baik, maka darah akan terkumpul dan mengisi rongga paru-paru yang menjadi punca sesak nafas.


4. Masalah Pencernaan

Sebanyak 39 peratus pesakit jantung mengatakan mereka mengalami masalah pencernaan, seperti sakit perut, mual, serta muntah. 

Ya, gangguan jantung juga boleh memberi kesan kepada saluran pencernaan. Lebih-lebih lagi jika berlakunya cecair yang keluar dengan banyak. Seseorang pesakit yang menghadapi gangguan ini akan mengeluh perut terasa kembung, mual dan cepat kenyang.


5. Cemas 

Sebanyak 35 peratus pesakit menerusi penelitian doktor mengaku akan mengalami rasa cemas yang berlebihan . Punca utama berlakunya keadaan ini masih tidak diketahui. 

Jika anda mengalami kecemasan dan belum pernah mengalaminya sebelum ini, sebaiknya anda disarankan untuk mendapat nasihat daripada doktor pakar. Kondisi ini mungkin menjadi salah-satu penyebab anda mempunyai penyakit yang berkaitan dengan jantung.


6. Sakit Dada

Antara tanda lain yang boleh terjadi sebulan sebelum serangan jantung adalah anda akan mengalami sakit dada.  

Sakit dada ini juga boleh berpunca kepada penyakit lain seperti (GERD), masalah paru-paru, masalah otot, atau masalah tulang di bahagian dada. 

Sakit dada sering dianggap remeh oleh orang yang sebenarnya berisiko mengalami serangan jantung.   Oleh itu, jika anda sering mengalami sakit dada, pastikan anda melakukan pemeriksaan di hospital.

Tanda-tanda di atas merupakan peringatan awal terhadap serangan jantung yang sering dipandang remeh kerana ciri-ciri di atas sama seperti penyakit-penyakit yang lain.

Walaupun demikian, tidak semua orang yang sering berasa penat atau mengalami gangguan tidur akan terkena serangan jantung. Gejala tersebut dikhuatiri akan menjadi tanda serangan jantung apabila memiliki faktor risiko tertentu. 

Faktor risiko serangan jantung boleh terjadi kepada usia (lelaki di atas usia 45 tahun dan wanita di atas 55 tahun). 

Apabila mempunyai sejarah penyakit jantung, diabeteshipertensi, atau  kolesterol, anda juga berisiko mengalami serangan jantung . Begitu juga dengan mereka yang mempunyai kebiasaan merokok. 

Waspadalah dengan gejala dan faktor risiko di atas. Lakukan pemeriksaan kondisi jantung menyeluruh dengan bantuan doktor. Berbagai metode boleh dilakukan seperti elektrokardiogram (EKG), enzim jantung, serta angiografi. 

Semoga bermanfaat!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: