Ketulan Di Ketiak, Tanda Kanser Payudara?

Ketulan di ketiak boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina. Ia biasanya disebabkan oleh kelenjar yang membengkak di bahagian bawah ketiak lalu menyebabkan munculnya ketulan atau benjolan. 

Terdapat dua jenis ketulan yang boleh terjadi iaitu, ketulan yang berbahaya dan juga ketulan yang tidak berbahaya. Ketulan yang tidak berbahaya selalunya disebabkan oleh pertumbuhan tisu yang tidak normal.

Saiz ketulan pula bergantung; ada yang kecil sehingga anda tidak perasan pun dan ada juga yang bersaiz besar sehingga menimbulkan ketidakselesaan. 

Ketulan Di Ketiak

Sekiranya ketulan tersebut berbahaya, ia selalunya disertai dengan gejala atau simptom yang berkaitan dengan sesuatu penyakit. Antara simptomnya ialah sakit sendi, ruam, bengkak pada lengan, lebam, muntah, sakit dibahagian tertentu seperti bahagian payudara. 

Untuk ketahui lebih lanjut mengenai simptom dan punca ketulan di ketiak, mari teruskan membaca. 

Punca & Simptom Terjadinya Ketulan Di Ketiak

1. Disebabkan Sista

Salah satu sebab ketulan berlaku adalah disebabkan pembentukan sista (Cyst). Untuk ketulan di bawah ketiak, ia boleh berlaku sekiranya berlaku iritasi atau kerengsaan yang terjadi pada kulit dan folikel bulu ketiak. Ini boleh terjadi jika anda terlalu kerap mencukur bulu ketiak. 

Sista yang wujud ini boleh menyebabkan kesakitan. Sila dapatkan rawatan di hospital/klinik dengan segera untuk mengetahui pilihan rawatan yang bersesuaian.

2. Disebabkan Oleh Ketulan Lemak (Lipoma)

Lipoma adalah merupakan ketulan lemak yang terletak betul-betul di bawah kulit; di antara kulit anda dan lapisan otot di bawahnya. Ia bukan kanser dan biasanya tidak berbahaya. Jangan keliru dengan limfoma pulak ye!

Untuk mengetahui ketulan tersebut ialah lipoma, cuba sentuh ketulan tersebut dan sekiranya ia terasa seperti bola getah kecil yang bergerak, itu adalah lipoma. Anda boleh berjumpa dengan doktor untuk menghilangkannya namun seperti yang dinyatakan di atas, ai tidak berbahaya. 

3. Disebabkan Oleh Keradangan Kelenjar Peluh Bahagian Ketiak

Ketiak kita mengeluarkan peluh. Apabila kelenjar yang menghasilkan peluh ini tersumbat, ia boleh menyebabkan bakteria masuk dan menghasilkan sista yang kemudiannya pecah dan menjangkiti lebih banyak folikel.

Sista yang terbentuk itulah merupakan salah satu ketulan yang boleh dijumpai di bahagian ketiak. 

4. Disebabkan Jangkitan & Penyakit Autoimmune

Lymph node atau kelenjar yang terdapat di seluruh badan kita mempunyai pelbagai fungsi dan salah satunya ialah menyaring virus dan bakteria. 

Kelenjar tersebut boleh membengkak sekiranya tahap kesihatan anda kurang baik, atau ia juga boleh bengkak disebabkan oleh kesan daripada penyakit lupus, rheumatoid arthritis, HIV dan lain-lain. 

Ini termasuklah kelenjar yang terdapat pada bahagian bawah ketiak anda. Bengkak tersebut boleh membentuk ketulan dengan saiz sebesar kacang dan lembut bila disentuh. 

5. Disebabkan Oleh Jangkitan Pada Payudara (Mastitis)

Ibu yang sedang menyusukan bayi berpotensi untuk mengalami jangkitan ini. Ia membuatkan payudara anda membengkak, sakit dan terdapat benjolan. Ia juga akan mengakibatkan kelenjar di bahagian ketiak membengkak dan muncul benjolan. 

Namun begitu, benjolan tersebut juga boleh menjadi salah satu tanda kanser payudara. Benjolan itu terjadi disebabkan sel kanser sudah merebak ke bahagian tubuh yang lain. 

6. Disebabkan Oleh Bakteria Akibat Cakaran Kucing

Apabila terkena cakaran kucing, anda perlu berhati-hati. Hal ini kerana, cakaran kucing biasanya boleh menyebabkan jangkitan bakteria Bartonella henselae. 

Sekiranya jangkitan bakteria ini menyebar ke dalam kulit ia boleh menyebabkan lymph node (kelenjar) di bahagian ketiak anda bengkak dan muncullah benjolan. 

Segera dapatkan rawatan ya!

Bila Perlu Berjumpa Doktor

Seperti yang dinyatakan diatas, ketulan di ketiak boleh jadi bahaya dan boleh jadi tidak berbahaya langsung. Walau Bagaimanapun, sekiranya mengalami tanda-tanda dibawah, sila dapatkan rawatan dengan segera. Tanda-tandanya ialah :-

  • Ketulan membesar perlahan-lahan
  • Sakit apabila disentuh atau tersentuh (namun, ada juga ketulan yang berbahaya tetapi tidak sakit) 
  • Diringi dengan simptom lain seperti demam melebihi 38 degree dll
  • Mengganggu keselesaan hidup seharian 
  • Muncul banyak ketulan 

Sumber: http://medmalay.com/punca-dan-rawatan-ketulan-ketiak, hellodoktor.com 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161