Khasiat Air Kelapa Muda, Mampu Kekalkan Wajah Kelihatan Awet Muda!

Khasiat Air Kelapa Muda, Mampu Kekalkan Wajah Kelihatan Awet Muda! ~ Tidak asing lagi, air kelapa muda adalah merupakan minuman segar yang disukai ramai. Ia mudah didapati dengan harga yang murah terutamanya apabila anda duduk di kawasan kampung.

Malah, ada juga mesin air yang menjual air kelapa tanpa anda perlu bersusah payah memanjat pokok kelapa. Memang rugilah sekiranya anda tidak pernah mencuba minum air kelapa muda!

Selain rasanya yang sedap dan menyegarkan, air kelapa muda juga mempunyai banyak khasiat yang baik untuk tubuh badan. 

Khasiat Air Kelapa Muda

Kandungan Air Kelapa Muda

Kandungan utama air kelapa muda ialah elektrolit, mineral, vitamin dan gula. Kandungan gula dalam air kelapa lebih sedikit dari minuman bersoda, minuman kemasan, atau jus buah. Selain itu, ia juga mengandungi karbohidrat, kalium, sedikit protein dan lemak. 

Dengan meminum air kelapa, tubuh anda mendapat pelbagai nutrisi baik yang diperlukan tubuh anda.

Dengan kandungan kalium yang lebih tinggi daripada minuman olahraga yang diformulasi, air kelapa mampu memberikan anda tenaga yang diperlukan. Jumlah kalium dalam air kelapa bahkan lebih tinggi dibandingkan jika anda memakan empat buah pisang.

Sementara itu, kandungan mineral lain dalam air kelapa yang terdiri dari kalsium, zat besi, mangan, magnesium, dan zinc lebih baik dibandingkan dengan kandungan mineral dalam jeruk.

Maka, tidak hairanlah, air kelapa muda mempunyai banyak manfaat kerana mengandungi pelbagai nutrisi. Okay jom, mari kita lihat khasiat-khasiat air kelapa muda seperti dibawah. 

Khasiat Air Kelapa Muda

  1. Membantu Menghidrasi Tubuh & Membekalkan Tenaga 

Cuaca panas dan kurang minum air menyebabkan tubuh terdedah kepada masalah dehidrasi (kekurangan air dalam badan) dan keletihan melampau. Hal ini boleh diatasi dengan meminum air dalam kuantiti yang diperlukan. 

Dengan meminum air kelapa, anda dapat mengatasi masalah ini dengan mudah. Gabungan air isotonik dengan air kelapa, mampu memulihkan dehidrasi dan dipercayai berfungsi membantu melancarkan proses berkenaan bagi mengembalikan semula cecair badan yang hilang.

Elektrolit yang terkandung di dalam air kelapa muda seperti natrium, kalsium, kalium dan magnesium membantu membekalkan tenaga agar anda kekal segar sepanjang hari.

Ia mampu membekalkan zat dan mineral yang boleh menampung keperluan nutrisi badan, melancarkan proses rehidrasi bagi membolehkan air diserap segera dalam tubuh dengan segera.

Selain itu, kandungan gula semula jadinya juga mampu membantu membekalkan tenaga kepada tubuh anda agar kekal bertenaga sepanjang hari. 

  1. Melambatkan Penuaan 

Selain memberi manfaat baik untuk kesihatan tubuh, air kelapa juga mempunyai khasiat untuk kulit wajah. Ia mampu membantu kulit wajah anda kelihatan awet muda dan lebih sihat. 

Hal ini adalah disebabkan, kelapa mengandungi sitokinin (hormon pertumbuhan) yang berfungsi untuk mengatur pertumbuhan, perkembangan, dan penuaan sel. Ia mempunyai efek anti-penuaan, anti-karsinogenik, dan anti-trombotik (anti pembekuan darah).

Sitokinin dapat menyeimbangkan kadar pH dalam tubuh, memperkuat dan menghidrasi jaringan ikat, dan mengurangi risiko penyakit yang berhubungan dengan usia.

Sekiranya anda ingin kelihatan awet muda, boleh cuba amalkan pengambilan air kelapa muda sekerap mungkin. Belum cuba, belum tahu kan?

  1. Sesuai Untuk Pengidap Darah Tinggi Dan Kolesterol

Sekiranya anda mempunyai penyakit kronik darah tinggi dan kolesterol, anda boleh cuba amalkan meminum air kelapa muda.

Hal ini kerana, ia dapat membantu menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan risiko strok, serta meningkatkan pengaliran darah yang baik untuk kesihatan jantung anda. 

Disamping itu, air kelapa muda juga dikatakan mampu membantu menurunkan kadar gula dalam darah untuk penghidap penyakit tekanan darah tinggi. Kesannya, ia berpotensi mencegah terbentuknya penggumpalan darah.

Tambahan lagi, air kelapa juga membantu meningkatkan HDL (kolesterol baik).

  1. Baik Untuk Sistem Pencernaan

Air kelapa muda juga sering dijadikan sebagai petua untuk mengurangkan cirit-birit, gangguan pencernaan, konstipasi dan macam-macam lagi. 

Apabila anda mengalami cirit-birit, anda akan kehilangan air dalam kuantiti yang agak banyak. Air kelapa ini boleh menggantikan cecair yang hilang dari saluran usus anda.  

Bukan itu sahaja, osmolariti air kelapa adalah lebih besar daripada ORS (Oral Rehydration Therapy) yang disyorkan oleh WHO untuk rawatan cirit-birit kerana ia mengandungi asid amino, enzim, mineral, dan asid lemak yang menjadikannya mempunyai osmolariti yang tinggi.

Sumber: 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161