Barli, atau nama saintifiknya Hordeum Vulgare adalah merupakan sejenis tumbuhan bijirin yang tergolong dalam keluarga rumput Poaceae (atau Gramineae). Biasanya, ia dijadikan sebagai bijirin iaitu salah satu sumber makanan penting untuk manusia dan juga makanan ternakan.

Menurut Wikipedia, terdapat kajian yang telah dilakukan pada 2017 mendapati bahawa tanaman barli adalah tanaman keempat terbesar ditanam di dunia selepas jagung, beras dan gandum. 

Jelaslah, ia merupakan salah satu sumber makanan yang terpenting di dunia kerana ia merupakan sumber terbaik serat, protein dan karbohidrat kompleks serta vitamin dan galian.

Mari ketahui khasiat barli untuk kesihatan seperti dibawah. 

Khasiat Barli : Barli Kaya Dengan Pelbagai Nutrisi

Untuk pengetahuan anda, barli mengandungi fiber, vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.

Bukan itu sahaja, daun barli juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Ia dipercayai mengandungi banyak vitamin, mineral dan protein dan klorofil yang bermanfaat untuk tubuh badan manusia. 

  1. Membantu Mengawal/Menurunkan Paras Kolesterol 

Kandungan serat dalam barli sangat bermanfaat untuk membantu dalam merendahkan kolesterol dalam darah. 

Serat yang tidak mudah larut dalam barli tinggi dengan kandungan beta-glucan yang mana boleh mengelakkan penyerapan kolesterol daripada makanan ke perut dan usus.

  1. Membantu Sistem Penghadaman

Selain itu, air barli juga sangat baik untuk sistem penghadaman. Hal ini kerana air barli datang dalam keadaan beralkali dan dipenuhi dengan serat. Ia mampu membantu untuk memudahkan perut/usus kita memproses dan mencerna makanan. 

Dengan pengambilan barli, ia boleh mampu mencepatkan proses penghadaman makanan, sekaligus membantu mengekalkan kesihatan usus.

  1. Kaya Dengan Kandungan Antioksidan

Barli mengandungi antioksidan yang tinggi terdiri daripada tokotrienol dan juga tokoferol. Menurut medicalnewstoday.com, tokotrienol dan tokoferol adalah merupakan sebahagian daripada keluarga vitamin E yang membantu meneutralkan radikal bebas. 

NOTA: Radikal bebas ialah bahan kimia yang dikaitkan dengan pelbagai isu kesihatan, termasuk penuaan kulit, kanser dan pelbagai penyakit. Radikal bebas juga boleh menyebabkan keradangan kronik. 

Tokotrienol boleh mengurangkan keradangan dan kerosakan radikal bebas yang menjejaskan kesihatan jantung. Ia juga boleh mengurangkan risiko kesihatan kardiovaskular yang lain, termasuk kesan kolesterol yang tinggi terhadap kesihatan jantung.

Bukan itu sahaja, ia juga boleh membantu mengurangkan risiko kanser hati, kolon, prostat, paru-paru, perut, kulit, dan pankreas. Hal ini kerana,  ia boleh melambatkan pertumbuhan sel-sel kanser. 

Ia juga sangat bermanfaat untuk membantu melawan kerosakan radikal bebas pada sistem gastrousus.

  1. Mengenyangkan 

Sekiranya anda bercadang untuk diet, barli adalah merupakan salah satu makanan yang boleh letakkan dalam senarai menu anda. Ini kerana ia mengandungi karbohidrat kompleks dan juga serat yang mampu memberikan anda rasa kenyang dalam tempoh yang lama. 

Sehubungan dengan itu, anda akan terasa lambat lapar dan seterusnya mengurangkan pengambilan kalori sekaligus menurunkan berat badan anda tanpa membuatkan anda merasa lapar. 

  1. Menyihatkan Kulit

Pengambilan barli juga boleh menghasilkan kulit yang sihat dan cerah serta membantu mengatasi masalah kulit. 

Barli mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat, mengurangkan keradangan pada kulit, mengelakkan daripada liang pori kulit tersumbat dan lain-lain. 

Seperti yang dinyatakan di atas, barli kaya dengan kandungan antioksidan yang boleh melawan radikal bebas dan melambatkan proses penuaan lalu mengekalkan awet muda. 

Caranya, sapukan air barli pada kulit muka, biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air yang bersih. Amalkan petua ini 2 kali seminggu untuk mendapatkan kulit wajah yang diidamkan. 

Kesimpulan

Terdapat banyak lagi khasiat barli yang tidak dinyatakan diatas contohnya seperti; baik untuk ibu mengandung dan menyusukan anak, mengurangkan morning sickness, artritis, menguatkan gigi, mengurangkan rambut gugur, membantu masalah anemia, menghilangkan batuk, sakit tekak, demam, mencegah osteoporosi, mencegah kencing kotor, meningkatkan kesihatan dan fungsi buah pinggang dan sebagainya. 

Ayuh jadikan barli sebagai makanan dan sebagai minuman kegemaran anda kerana khasiatnya yang terlalu banyak untuk mengekalkan kesihatan. 

Sumber: www.bidadari.my, www.medicalnewstoday.com 

Leave a comment

Your email address will not be published.