Khasiat Bawang Putih Bakar, Baik Untuk Sistem Penghadaman Anda!

Kesihatan adalah merupakan anugerah Tuhan yang mesti di jaga. Terdapat banyak petua yang disarankan untuk mengekalkan kesihatan termasuklah mengamalkan pengambilan bawang putih

Umum mengetahui, bawang putih adalah merupakan salah satu bahan asas yang wajib ada di dapur dan turut digemari oleh ramai orang.  Ia boleh dijadikan bumbu masakan, penambah rasa pelbagai jenis makanan, dimakan mentah atau dijadikan sebagai bahan rawatan. 

Tahukah anda, khasiat bawang putih bakar juga tidak kurang banyaknya selain rasanya yang sedap. Selain itu, biasanya ia juga di makan bersama madu untuk hasil yang lebih baik. 

khasiat bawang putih bakar

Khasiat Bawang Putih Bakar

Terdapat beberapa kelebihan bawang putih bakar berbanding jika memakannya secara mentah antaranya ialah; 

Bawang putih yang mentah agak sukar ditelan berbanding bawang putih yang telah dibakar. Manakala, dari segi rasa pula, selepas dibakar ia menjadi lebih manis sedikit dan lembut.

Bukan itu sahaja, mencincang serta memanggang bawang untuk tempoh singkat boleh merangsang dan membebaskan sebatian di dalamnya, yang juga menawarkan manfaat kesihatan. Bakar gunakan api perlahan ye, jangan sampai hangus pulak. 

Berikut ialah antara khasiat bawang putih bakar:

  • Baik untuk sistem penghadaman

Sekiranya anda sering mempunyai masalah penghadaman seperti sindrom keradangan usus, penyakit refluks gastroesophageal, loya, senak, pedih ulu hati dan lain-lain yang berkaitan sistem penghadaman, anda boleh cuba mengamalkan pengambilan bawang putih bakar untuk mengatasi masalah tersebut.  

Memandangkan bawang putih dibakar lebih lembut, ia akan mudah untuk dicerna terutamanya sekiranya anda mengalami masalah pencernaan dan tidak akan mengganggu perut seperti bawang yang mentah.

  • Membantu meningkatkan sistem imun tubuh

Bawang putih mengandungi pelbagai jenis nutrisi seperti vitamin A, vitamin B kompleks, vitamin C dan mineral seperti fosforus, magnesium, kuprum, kalium, iodin dan kalsium.

Oleh hal yang demikian, tidak dapat dinafikan lagi bahawa terdapat banyak kebaikan bawang putih panggang untuk kesihatan kulit dan badan lebih-lebih lagi apabila digabungkan dengan madu.

Kedua-dua bahan ini mempunyai banyak khasiat untuk melawan beberapa penyakit seperti demam, menggigil, cirit-birit, selesema, jangkitan kulat dan juga gigitan serangga.

  • Melancarkan peredaran darah

Bawang putih bakar yang dicampur madu mengandungi antioksidan yang sangat tinggi dan boleh membantu proses penyerapan zat besi.

Dengan penyerapan zat besi yang lebih lancar dalam badan, peredaran darah juga dapat berjalan dengan baik dan mencegah pelbagai jenis penyakit seperti hipertensi dan lain-lain.

Selain itu, kandungan mineral dan vitamin dalam madu dan bawang putih juga sangat baik untuk meningkatkan kualiti darah dalam tubuh kita. 

  • Mengurangkan risiko terkena kanser

Bawang putih juga mengandungi nutrisi yang berfungsi untuk mencegah sel kanser terbentuk serta membolehkan toksin dalam badan dikeluarkan secara alami. 

Amalkan pengambilannya bersama madu untuk mendapat manfaat yang lebih banyak kerana madu juga mempunyai khasiat tersendiri untuk kesihatan. Yang penting, pastikan madu asli ya!

  • Menguatkan kesihatan kardiovaskular

Bukan itu sahaja, bawang putih bakar juga mampu membantu meningkatkan kesihatan jantung dan sistem kardiovaskular. Selain itu, ia juga boleh menurunkan kolesterol  dan mencegah arteri daripada tersumbat.

NOTA: Pastikan anda tidak membakar bawang putih terlalu lama dan elakkan daripada menggunakan ketuhar gelombang mikro, kerana ia boleh mengurangkan khasiatnya.

Perubahan Pada Tubuh Selepas Makan Bawang Putih Bakar

1 jam pertama: Bawang putih akan dicerna dengan mudah. 

2-4 jam: Dalam tempoh masa ini, bawang putih melawan radikal bebas dan sel-sel kanser yang sedia ada dalam tubuh.

4-6 jam: Cecair berlebihan dan lemak badan tersimpan disingkirkan kerana metabolisme badan mula mengenali enzim yang diaktifkan oleh bawang putih.

6-7 jam: Proses melawan bakteria mula dilakukan kerana sifat antibakteria bawang putih.

6-10 jam: Tubuh akan dilindungi daripada pengoksidaan kerana nutrien telah memainkan peranan utama pada tahap sel.

10-24 jam: Selepas proses pembersihan mendalam, beberapa kesan kesihatan berikut akan berlaku:

  • Pengawalaturan paras kolesterol
  • Perlindungan daripada masalah kardiovaskular
  • Menurun dan memperbaiki tahap tekanan darah
  • Imuniti diperkuatkan
  • Mencegah logam berat daripada memasuki tubuh
  • Kekuatan tulang bertambah baik
  • Tiada keletihan
  • Memanjangkan umur sel-sel

Kesimpulan 

Walaubagaimanapun, pastikan anda sentiasa mendapatkan nasihat dan pandangan doktor sebelum memulakan pengambilan sesuatu yang berkait rapat dengan kesihatan anda. 

Sumber: https://hellodoktor.com/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161