7 Khasiat Bayam Brazil Yang Semakin Popular Di Malaysia
Selain mudah ditanam dan senang dijaga, terdapat pelbagai khasiat bayam Brazil yang menjadikannya makin popular di Malaysia.
Secara umumnya, bayam Brazil (Alternanthera sissoo) juga dikenali sebagai Samba lettuce atau Poor Man’s spinach.
Berbeza dengan bayam yang biasa kita makan, bayam brazil ini agak rangup dan sedap dimakan ‘fresh’ sebagai salad atau kerabu.
Ia juga enak dimasak sebagai lauk seperti masak lemak dan masak sayur ikan masin.
Baca juga : 7 Khasiat Latok Viral, Juga Dikenali Sebagai Anggur Laut Asia
7 Khasiat Bayam Brazil
Menurut Majalah Sains, bayam Brazil adalah tanaman sayuran yang amat baik dan sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia
Sayuran ini sangat kaya akan vitamin A, B, C, E, dan K serta magnesium, folat, kalium, dan zat besi dan juga merupakan sumber omega-3, serat, dan flavonoid.
Dengan nutrien ini bayam brazil dapat memberi kita pelbagai khasiat kesihatan seperti berikut.:
1. Mencegah Kanser
Bayam Brazil kaya dengan flavonoid yang dipercayai boleh menghalang perkembangan sel kanser dan juga mengurangkan risiko kanser sebanyak 34%.
2. Menguatkan Tulang
Seperti sayuran berdaun hijau yang lain, kandungan zat besi, fosforus, magnezium dan vitamin K yang ada dalam bayam Brazil boleh membantu menguatkan tulang.
Ini sekaligus mencegah masalah kekurangan sel darah merah (anemia).
3. Sumber Vitamin C
Kandungan Vitamin C dalam bayam Brazil dapat meningkatkan pertahanan badan di samping membantu penyerapan zat besi dalam tubuh kita.
Vitamin C juga boleh mencegah masalah gusi.
4. Menurunkan Berat Badan
Bayam brazil mengandungi 20% serat dan makanan yang kaya dengan serat boleh membantu dengan masaalah sembelit dan melancarkan perjalanan kandungan perut.
Bagi mereka yang ingin berdiet, pengambilan bayam Brazil secara sederhana berpotensi menurunkan berat badan.
Itulah hasil kajian yang didapati oleh para saintis Sweden.
Struktur yang terkandung dalam bayam mengoptimumkan pencernaan dan mencetuskan penghasilan “hormon kenyang” dalam usus.
5. Meningkatkan Imuniti Tubuh
Selain kaya Vitamin C, Vitamin A yang terdapat pada bayam Brazil membantu pengeluaran sel darah putih.
Sel darah putih adalah sel yang paling penting dalam membina imuniti dalam badan.
6. Mengekalkan Stamina
Kandungan asid folik dalam bayam Brazil dapat membantu perlancaran perjalanan darah.
Khasiat bayam Brazil antaranya adalah mengekalkan stamina sepanjang hari kerana peredaran darah yang lancar dapat membawa oksigen keseluruh badan sekaligus membuat kita merasa bertenaga.
7. Khasiat Bayam Brazil Untuk Ibu Mengandung
Menurut Majalah Sains, pengambilan Bayam Brazil dapat mengekalkan kesihatan ibu mengandung.
Kandungan folat dalam bayam brazil mempengaruhi perkembangan janin yang sempurna disebabkan oleh beberapa kandungan nutrien didalamnya.
Khasiat bayam Brazil mampu membantu pertumbuhan tulang belakang janin, mencegah keguguran di samping membantu mencegah anemia.
Baca juga : 11 Khasiat Minyak Zaitun Untuk Kesihatan Tubuh, Kulit & Rambut
Patutlah Makin Popular!
Spesies tumbuhan ini mudah hidup dalam iklim kita di Malaysia di mana pembiakannya adalah melalui keratan batang.
Ia juga cepat membesar dan mudah dijaga.
Yang penting, disebabkan pelbagai khasiat bayam Brazil ini, makin ramailah yang suka menanamnya di rumah.
Dedaunnnya juga cantik tau!