Khasiat Belangkas Serta Potensinya Dalam Bidang Bioperubatan

Belangkas merupakan hidupan prasejarah dan telah wujud sejak 445 juta tahun dahulu. Di negara kita, belangkas spesis tempatan terdiri daripada Tachypleus gigas, Carsinoscorpius rotundicauda dan Tachypleus tridentatus.

Haiwan omnivor ini bukanlah bersifat dua alam seperti yang sering dianggap kebanyakan orang. Apabila insang belangkas kering, ia akan mati.

Disebabkan permintaan yang kian meningkat, belangkas kini menjadi rebutan para nelayan setiap kali musimnya antara January ke Mac. 

khasiat belangkas
Kredit Foto : petrosains.com.my

Proses penangkapan juga tidak mudah dan perlukan kemahiran tinggi. Biasanya belangkas betina sering dimakan kerana mengandungi telur serta saiznya yang lebih besar.

Baca Juga : Protein Lebih Tinggi Dari Salmon, Ini Khasiat Ikan Keli Yang Anda Perlu Tahu

Walaupun rupanya agak menakutkan, namun belangkas ini tidak menggigit walaupun beracun.

Memandangkan populasi haiwan ekstotik ini kian pupus, belangkas juga dikategorikan sebagai spesis haiwan terancam dalam International Union for Conservation of Nature (IUCN).

Di negara kita, projek pemeliharaan dan pemuliharaan belangkas dibuka di Kota Tinggi bagi memelihara populasi belangkas yang kian terancam.

Darah Biru Belangkas Bernilai Tinggi

Darah biru (blue copper base) daripada haiwan unik ini sangatlah berharga dalam bidang bioperubatan. Satu liter darah belangkas boleh terjual dengan ribuan ringgit.

Ia digunakan secara meluas sebagai pengesan bakteria pada peralatan pembedahan dan ubat-ubatan.

Darah birunya akan beku sekiranya sampel ujian didapati mengandungi bakteria.

Kebiasaannya, darah belangkas akan diambil sebanyak 30% dan akan dilepaskan semula ke lautan bagi memelihara populasi haiwan ini.

khasiat belangkas
Kredit Foto : siakapkeli.my

Potensi Telur Belangkas

Berdasarkan artikel terbitan Universiti Putra Malaysia, cecair peri-vitelline dari telur belangkas juga berpotensi sebagai penyembuh luka secara in vitro dan in vivo.

Penggunaan cecair tersebut didapati berkesan dalam merangsang penyembuhan luka dalam masa yang singkat tanpa kesan sampingan.

Kredit Foto : Facebook WanaTalia

Awas Racun Belangkas !

Telur belangkas sering dihidang sebagai makanan eksotik. Namun, anda haruslah berjaga-jaga ketika memakannya kerana sistem pencernaan belangkas mengandungi bakteria gram negatif.

Seperti yang terdapat pada ikan buntal, bakteria ini merembeskan racun bernama tetradotoxin yang boleh memberikan kesan mabuk, keracunan dan boleh meragut nyawa, bergantung kepada sistem imun individu.

Ada juga yang mengatakan selepas makan belangkas, seseorang boleh rasa pening.

Petua orang dahulu mengatakan, pemakan perlulah lengkapkan santapan dengan minum air kopi atau air kelapa untuk elakkan pening kepala selepas makan.

Khasiat Belangkas

Kajian yang lebih mendalam perlu dilakukan bagi mengenalpasti khasiat serta potensi sebenar belangkas pada kesihatan. namun, belangkas sering diamalkan oleh penggemar kerana dikatakan mempunyai pelbagai khasiat.

Antara khasiat yang dipercayai boleh didapati daripada belangkas ialah :

1. Bersifat Antibakteria dan Antivirus

Belangkas dikatakan memiliki sifat antivirus serta antibakteria yang baik untuk badan melawan jangkitan bakteria serta virus yang boleh mendatangkan penyakit.

2. Membantu Mengurangkan Berat Badan

Satu lagi keistimewaan yang belangkas juga terletak pada kulitnya. Kulit belangkas yang mengandungi kitin dikatakan dapat menghasilkan kitosan yang memainkan peranan dalam menurunkan berat badan.

khasiat belangkas

3. Meredakan Kegatalan Badan

Selain bersifat antibakteria serta antivirus, belangkas juga dikatakan bersifat antiradang.

Manfaat belangkas bagi mencegah keradangan juga dipercayai baik untuk melindungi tubuh daripada kegatalan.

Sebagai negara yang menjadi habitat belangkas, sangatlah rugi jika kita tidak menikmati permata laut ini.

Selain menjadi salah satu produk perikanan, belangkas juga dilihat mempunyai potensi tinggi dalam bidang bioperubatan serta dipercayai mampu melindungi badan daripada bakteria serta virus.

Bagi anda yang berminat untuk mencuba belangkas, pastikan anda dapatkan nasihat daripada nelayan atau pembekal belangkas untuk menyediakannya agar selamat dimakan.

Hal ini kerana belangkas mengandungi bakteria yang merembeskan racun yang boleh menyebabkan mabuk dan keracunan makanan.

Belangkas : Potensi dan Masa Depan

https://btu.upm.edu.my/article/belangkas_potensi_dan_masa_depan-60222

Ramai Orang Takut Makan Belangkas. Rupa-Rupanya Banyak Sangat Manfaat Kesihatan. Jom Cek!

https://www.karteldakwah.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85