9 Khasiat Buah Betik – Bagus Untuk Kulit, Mata Dan Jantung!

Carica papaya merupakan nama saintifik bagi buah betik, makanan yang sangat digemari rakyat Malaysia. Ada banyak khasiat betik untuk kesihatan; ia bagus untuk kulit, dapat membantu sistem pencernaan dan dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Buah betik juga sesuai dijadikan snek disebabkan kadar kalorinya yang rendah. Selain itu, kandungan seratnya yang tinggi membuatkan buah betik sesuai untuk dimakan oleh individu yang sedang berdiet.

Pendek kata, buah ini sesuai dimakan oleh semua orang daripada setiap peringkat umur.

Ingin tahu lebih lanjut mengenai khasiat betik? Mari ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah.

9 Khasiat betik untuk kesihatan badan

Buah betik mempunyai banyak khasiat untuk badan. Antaranya:

1. Betik bagus untuk kesihatan sistem pencernaan

Sukar membuang air besar? Cubalah makan betik! Betik mengandungi 2 jenis enzim iaitu papain dan kimopapain yang dapat membantu melancarkan sistem pencernaan. Papain juga merupakan bahan dalam sebahagian ubat sakit perut di farmasi.

Enzim ini juga dapat membantu menguraikan protein dengan lebih pantas. Sebab itulah, mereka yang mempunyai masalah sembelit sangat digalakkan untuk makan betik.

2. Baik untuk jantung

khasiat betik

Buah betik juga kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang dapat menyokong sistem kardiovaskular. Sebuah kajian yang dimuatkan di dalam The American Journal of Medicine mendapati buah yang kaya dengan likopena dan vitamin C mungkin dapat mengurangkan risiko sakit jantung.

Malah, kandungan serat, potassium dan vitamin dalam buah betik juga sangat baik untuk kesihatan jantung. Antioksidan dalam jantung juga dapat melindungi jantung daripada sebarang penyakit.

3. Mungkin dapat mengurangkan risiko kanser

Ada beberapa kajian yang mendapati buah betik mungkin dapat melindungi kita daripada beberapa jenis kanser, antaranya ialah kanser serviks, payudara, paru-paru, hati dan pankreas.

Kaya dengan antioksidan seperti likopena, beta karotena dan karotenoid, buah betik dapat mengurangkan sebarang kerosakan yang berlaku disebabkan radikal bebas pada badan.

Bukan itu sahaja, likopena juga dikatakan boleh mengurangkan risiko kanser prostat dalam kalangan kaum Adam. Namun, lebih banyak kajian yang perlu dilakukan untuk menyokong dapatan ini.

Likopena juga boleh ditemui di dalam buah-buahan lain, terutamanya yang berwarna merah atau jingga.

4. Dapat membantu menurunkan berat badan

Selain itu, antara khasiat betik yang sering dicanang-canangkan ialah kebolehannya untuk membantu menurunkan berat badan. Buah betik mempunyai kalori yang rendah, hanya sekitar 43 kalori untuk setiap 100 gram.

Oleh sebab itu, buah betik sangat sesuai dijadikan snek atau makanan untuk mereka yang sedang berdiet.

5. Buatkan kulit bertambah sihat antara khasiat betik

khasiat betik

Tahukah anda, kulit kita berkedut disebabkan radikal bebas? Sebab itulah, kita perlu mengambil makanan yang kaya dengan vitamin C dan likopena. Malah, ia juga boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan.

Tetapi, bagaimanakah buah betik dapat mencantikkan kulit anda? Ia dapat membuang sel-sel mati dan sangat sesuai dijadikan masker.

Beta karotena dalam buah betik juga dapat memutihkan kulit wajah dan memastikan kulit kekal hidrat.

6. Menajamkan penglihatan

Vitamin A sangat baik untuk kesihatan mata. Sebab itulah, buah betik sering disebut-sebut sebagai makanan yang baik untuk mata. Malah, kandungan antioksidan yang tinggi juga boleh mengurangkan kerosakan yang berlaku pada retina dan kornea mata.

7. Membantu wanita dengan kitaran haid yang tidak teratur

Buah betik juga baik untuk wanita yang mempunyai period yang tidak stabil. Antara khasiat betik untuk wanita yang sedang datang haid ialah ia mampu mengurangkan senggugut dan melancarkan pengaliran darah semasa haid.

8. Mengelakkan arthritis

khasiat betik

Buah betik mempunyai sifat anti inflamasi, semuanya disebabkan enzim papain. Oleh sebab itu, buah ini sangat bermanfaat untuk merendahkan risiko penyakit seperti arthritis, diabetes dan juga tekanan darah tinggi.

9. Menguatkan daya tahan badan antara khasiat betik

Siapa kata buah oren dan epal sahaja baik untuk imuniti badan? Buah betik juga punyai keupayaan yang sama!

Sebiji buah betik kaya dengan pelbagai jenis nutrisi, antaranya ialah zat besi, folat, kalsium, magnesium, vitamin A,C B1, B3, B5, E, K dan potassium, membuatkan buah ini antara makanan yang terbaik untuk kesihatan kita.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: