Khasiat Buah Naga, Untuk Melembutkan Rambut Kering?

Buah naga adalah merupakan salah satu buah kegeraman ramai orang kerana rasanya yang unik dan sedap. Biasanya, buah naga tumbuh di iklim tropika dan subtropika sebab itu ia mudah dijumpai di negara-negara Asia seperti Malaysia. 

Terdapat tiga jenis warna isi buah naga yang anda boleh dapati iaitu, putih merah dan kuning. Manakala kulit luarannya adalah seperti sisik naga dan berwarna merah jambu pekat. Rasa ketiga-tiga jenis buah naga adalah hampir serupa. 

Kaya dengan pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, mineral, magnesium dan lain-lain, terdapat banyak khasiat buah naga yang anda boleh dapati khususnya untuk kesihatan tubuh badan. 

Jom baca!

khasiat buah naga

Khasiat Buah Naga 

  • Melembutkan Rambut

Ekstrak buah naga sangat baik untuk rambut terutamanya sekiranya anda mewarnakan rambut. Anda boleh gunakan ekstrak buah naga ini sebagai perapi rambut (‘conditioner’) kerana ia membantu untuk membuka folikel rambut agar rambut tetap sihat dan lembut. 

  • Mengurangkan Risiko Terkena Kanser

Buah naga mempunyai banyak nutrisi yang baik untuk mengurangkan risiko terkena kanser antaranya ialah antioksidan, lycopene, hydroxycinnamates, karotena dan banyak lagi. 

Komponen yang terdapat di dalam buah naga ini menjadi agen anti kanser yang mengurangkan jumlah penghasilan tumor. 

  • Mengekalkan Awet Muda Wajah

Kaya dengan antioksidan dan mengandungi vitamin C, buah naga sangat bermanfaat untuk kesihatan kulit wajah kita. Ia mampu membantu untuk mengekalkan keanjalan wajah dan melambatkan proses penuaan agar wajah anda kekal awet muda.

Bukan itu sahaja, ekstrak buah naga juga dapat membantu melembutkan kulit wajah agar kelihatan sentiasa segar dan bermaya. 

  • Merawat Masalah Jerawat

Selain mencegah tanda penuaan, buah naga juga dipercayai dapat membantu merawat masalah kulit berjerawat dan memudarkan parut kerana kandungan vitamin C nya. Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu oleskan pes buah naga (buah naga yang telah dihancurkan) ke kawasan kulit wajah yang kemerahan, selama dua kali sehari.

  • Meredakan Batuk Dan Selesema

Seperti yang dinyatakan di atas, buah naga kaya dengan vitamin C dan dapat membantu meredakan batuk dan juga selesema. Perlu diingat, ia tidak akan berfungsi menggantikan ubat tetapi membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan anda. 

  • Meningkatkan Imuniti Badan

Tambahan pula, kandungan vitamin C dan lain-lain nutrisi yang terdapat di dalam buah naga juga mampu membantu meningkatkan imuniti badan dan seterusnya mencegah penyakit. 

  • Baik Untuk Kesihatan Jantung

Mengandungi likopen, betalain, serat dan sebagainya, buah naga amat baik untuk mengekalkan kesihatan jantung anda. Biji buah naga mengandungi omega-3 dan omega-9 yang baik untuk jantung dan dapat membantu mencegah penyakit jantung. Selain itu, buah naga juga membantu untuk menurunkan kadar kolesterol. 

  • Melancarkan Sistem Pencernaan 

Seperti buah-buahan yang lain, buah naga juga mengandungi serat yang tinggi. Amalkan memakan buah naga secara konsisten untuk melancarkan sistem pencernaan anda dan mengelak sembelit. 

Untuk pengetahuan anda, buah naga juga mengandung oligosakarida, oaitu salah satu jenis prebiotik yang baik untuk sistem pencernaan anda. 

  • Membantu Meredakan Sakit Sendi/Arthritis

Sesiapa yang mempunyai sakit sendi pasti sering tercari-cari makanan yang boleh mengurangkan sakit sendi. Anda boleh cuba amalkan makan buah naga kerana ia mengandungi antioksidan yang mempunyai sifat anti-inflamasi untuk meredakan keradangan sendi anda. 

  • Sesuai Untuk Ibu Hamil

Buah naga juga amat berkhasiat untuk ibu hamil kerana mengandungi pelbagai jenis vitamin, kalsium, zat besi dan lain-lain. 

Antara fungsinya ialah, zat besi dapat membantu sel darah merah untuk menghantar oksigen ke janin, vitamin C dan kalsium dapat menguatkan gigi dan tulang, vitamin B dapat mencegah bayi cacat lahir dan sebagainya. 

Kesimpulan 

Buah naga amat baik untuk diamalkan secara konsisten kerana tidak mempunyai kesan buruk kepada kesihatan. Untuk mendapatkan manfaat dan khasiat yang optimal dari buah naga, makan terus daripada potongan buahnya. Rasanya pun amat sedap dan menyegarkan. 

Sekiranya anda bercadang untuk mempelbagaikan hidangan buah naga anda, pastikan anda tidak mencampurkannya dengan bahan-bahan yang boleh menghilangkan nutrisinya. 

Semoga perkongsian untuk memberi manfaat untuk anda!

Sumber: hellosehat.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161