Khasiat Chia Seed, Membantu Menurunkan Berat Badan Secara Efisien

Chia seed atau biji chia adalah merupakan sejenis bijiran yang mempunyai bentuk seperti biji hitam dan bersaiz kecil. Nama saitifiknyanya ialah Salvia hispanica.

Ia sangat kaya dengan pelbagai kandungan nutrisi yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan. Bahkan turut mempunyai pelbagai kegunaan dalam masakan mahupun minuman.  

Nak tahu apakah khasiat chia seed untuk kesihatan tubuh badan kita? Mari teruskan membaca!

Khasiat Chia Seed 

  1. Membekalkan Tenaga
khasiat chia seed

Kombinasi pelbagai kandungan nutrisi di dalam chia seed seperti protein, vitamin, mineral dan sebagainya mampu memastikan tahap tenaga kekal sepanjang hari dengan membekalkan kalori yang mencukupi kepada tubuh badan. 

  1. Kaya Dengan Kandungan Serat

Chia seed mempunyai kandungan serat yang tinggi. Oleh hal yang demikian, ia sangat bermanfaat untuk sistem penghadaman, mencegah sembelit serta memberikan rasa kenyang lebih lama.

Tambahan pula, kandungan serat juga dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol. 

  1. Membantu untuk Menurunkan Berat Badan

Seperti yang dinyatakan di atas, chia seed kaya dengan kandungan serat yang boleh memberikan rasa kenyang lebih lama. Sehubungan dengan itu, ia sangat baik diambil untuk individu yang sedang mengamalkan diet bagi menurunkan berat badan. 

Selain itu, ia mengandungi karbohidrat yang rendah.Ini menjadikan ia sebagai makanan rendah kandungan karbohidrat dan dapat membantu menurunkan berat badan.Ia juga mengandungi tryptophan, sejenis asid amino yang mengawal selera makan dan tidur.

  1. Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Kardiovaskular 
khasiat chia seed

Chia seed juga kaya dengan kandungan omega 3 yang boleh membantu mengurangkan kolesterol ‘jahat’ LDL, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah, mencegah pembekuan darah dan mengurangkan keradangan.

Oleh itu, ia sangat berguna untuk membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung, strok dan lain-lain. 

  1. Sesuai Untuk Penghidap Diabetes 2

Kajian mendapati chia seed boleh melambatkan proses pengeluaran glukosa, mengurangkan lonjakan gula darah yang datang selepas makan karbohidrat. 

Ini menjadikannya sesuai untuk dimakan oleh penghidap diabetes jenis 2, tetapi tidak ada kajian yang membuktikan secara khusus biji chia boleh membantu menguruskan paras gula dalam darah bagi mereka yang menghidap penyakit ini.

  1. Sumber Antioksidan

Chia seed merupakan sumber antioksidan yang baik. Antara kandungan antioksidannya adalah seperti asid kromogenik, quercetin, asid kafein, myricetin dan kaempferol flavonols glikosida.

Kandungan antioksidan yang tinggi membantu untuk melawan radikal bebas yang menjadi punca pelbagai penyakit termasuklah kanser. 

  1. Menguatkan Tulang 
khasiat chia seed

Chia seed juga didapati mampu membantu menguatkan tulang dan gigi kerana mengandungi kalsium, magnesium, phosphorus dan protein yang tinggi. 

Ia juga boleh dijadikan sebagai sumber alternatif bagi mendapatkan zat kalsium bagi individu yang kurang minum susu.

Chia Seed Vs Biji Selasih

Hah, mesti ramai yang keliru kan? Disebabkan kedua-dua bijirin ini mempunyai bentuk dan warna yang lebih kurang sama, ia selalu mengelirukan. Berikut ialah perbezaan chia seed dan biji selasih:-

Chia seedBiji Selasih
Boleh terus digunakan dengan menaburkan ke dalam makanan yang diingini.Boleh digunakan selepas direndamkan di dalam air untuk tempoh tertentu. 
Mempunyai campuran warna hitam, putih serta kelabu dengan bentuk yang agak leper dan bujurLebih bulat dan berwarna hitam.
Tidak mempunyai sebarang rasa Mempunyai rasa sedikit unik

Kesimpulan 

Jelaslah bahawa terdapat pelbagai khasiat chia seed untuk kesihatan tubuh badan kita. Walaubagaimanapun, ambil dalam kadar yang berpatutan dan tidak berlebihan. Chia seed hanyalah sebagai makanan tambahan bukan ubat yang boleh menyembuhkan penyakit.

Sekiranya anda mempunyai alahan ataupun sebarang penyakit, sila dapatkan nasihat daripada doktor sebelum memulakan sebarang pengambilan. 

Sumber: 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161