Durian Belanda atau nama saintifiknya Annona muricata L. adalah merupakan sebuah buah yang serumpun dengan buah nona.

Walaupun namanya durian belanda, ia bukan sejenis buah durian tau. Ia dinamakan dengan nama ‘durian’ kerana memiliki kulit yang mempunyai duri seperti durian, manakala ‘belanda’ pula membawa maksud ia bersifat ‘asing’ dibanding buah durian. 

Tahukah anda, khasiat durian belanda ini bukan saja terdapat pada buahnya sahaja tetapi merangkumi keseluruhan pokok bermula daripada isi, kulit, batang, pucuk muda atau tua serta daunnya juga. 

Biasanya, daunnya akan direbus (dicampur dengan air) dan dijadikan sebagai teh atau minuman herba sebagai ubatan/bahan rawatan. 

Manakala buahnya pula boleh di makan begitu sahaja. Rasa manis asli dan lemak berkrim membuatkan buah ini disukai ramai. Namun, ia lebih baik dimakan ketika tidak terlalu masak kerana dikhuatiri nutrisi akan hilang apabila terlalu lembik.

Khasiat Daun Durian Belanda & Petua Mengamalkannya

1. Membantu Dalam Rawatan Kanser

Daun durian belanda juga sering kali digunakan sebagai salah satu ikhtiar dalam merawat kanser kerana ia dipercayai boleh membantu membunuh sel kanser. Malah buah durian belanda juga dapat menghalang dengan berkesan terhadap proses angiogenesis iaitu satu proses pembentukan saluran darah baharu yang merupakan titik permulaan pertumbuhan kanser tumor.

Menurut satu hasil kajian yang telah dilakukan oleh Universiti Purdue di Amerika Syarikat, pengambilan air rebusan daun durian belanda sangat membantu dalam ikhtiar merawat berbagai jenis kanser seperti:

  • Payudara
  • Prostat
  • Paru-paru
  • Kolorektal
  • Hati
  • Tiroid
  • Serviks
  • Nasofarink
  • Limfoma
  • Dan lain-lain

Cara pengambilannya mudah sahaja. Ambil beberapa helai daun durian belanda yang tua dan cuci bersih. Kemudian, rebus daun tersebut dengan beberapa gelas air. Biarkan mendidih sehingga airnya berkurangan menjadi ukuran satu gelas air saja. Amalkan meminum air rebusan itu 2 kali sehari, selama 2 minggu. 

NOTA: Dapatkan nasihat dan pandangan doktor terlebih dahulu. 

2. Mengawal Penyakit Kencing Manis

Terdapat beberapa kajian yang membuktikan bahawa air rebusan daun durian belanda dapat membantu mengawal paras gula untuk pesakit kencing manis. Anda boleh campurkan air rebusan tersebut bersama teh untuk diminum setiap hari. 

Amalkan pengambilan air rebusan tersebut sehingga kadar gula dalam darah anda betul-betul stabil. Jangan lupa pantau kadar gula anda ya untuk elakkan badan anda hipoglysemia (kekurangan gula dalam badan). 

3. Mengurangkan Tekanan Darah Tinggi

Selain diabetes, daun durian belanda ini juga sangat bermanfaat untuk pesakit tekanan darah tinggi. 

Penyakit darah tinggi adalah merupakan antara penyebab utama berlakunya serangan strok. Oleh itu, tekanan darah yang stabil adalah amat penting untuk mengelakkan hal ini terjadi. 

Anda boleh cuba amalkan minum air rebusan daun ini sekiranya mempunyai tekanan darah yang tinggi dan tidak stabil. 

4. Membantu Cegah Simptom Fibromyalgia

Fibromyalgia adalah satu keadaan penyakit di mana berlakunya kesakitan muskuloskeletal pada seluruh badan. Keadaan ini boleh menyerang pelbagai bahagian dari tubuh dan turut disertai dengan beberapa masalah lain seperti keletihan, dan juga gangguan pada kualiti tidur, memori dan juga emosi.

Individu yang mengalami fibromyalgia turut mempunyai beberapa keadaan kesihatan yang lain seperti gangguan sendi temporomandibular (TMJ), sindrom iritasi usus, keresahan dan juga kemurungan.

Terdapat satu kajian yang mendapati bahawa ekstrak daun durian belanda boleh membantu mengelakkan simptom-simptom fibromyalgia daripada berlaku.

Bukan itu sahaja, pengambilan ekstrak daun durian belanda dengan dos yang tepat juga dipercayai boleh membantu mengurangkan keresahan dan juga kemurungan yang menjadi salah satu kesan daripada penyakit ini. 

Walaubagaimanapun, perkara ini masih perlukan kajian yang lebih mendalam untuk membuktikan keberkesanannya. 

Kesimpulan

Manfaat daripada daun durian belanda sememangnya tidak dapat dinafikan. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dan pandangan daripada ahli perubatan sebelum memulakan pengambilan. 

Selain itu, adalah disarankan untuk memakan buahnya kerana manfaat daripada buahnya telah terbukti baik untuk kesihatan berdasarkan beberapa kajian yang dilakukan. 

Sumber: rootofscience.com

Leave a comment

Your email address will not be published.