Khasiat Daun Pandan, Mampu Menurunkan Darah Tinggi
Daun pandan adalah merupakan tanaman yang seringkali digunakan dalam masakan. Ia juga dikenali sebagai Pandanus Amaryllifolius, nama saintifiknya. Mempunyai warna hijau gelap dan aroma yang wangi, daun pandan ini mempunyai banyak kegunaan dan mudah dapati.
Sesetengah jenis daun pandan ada mengeluarkan bunga yang dikenali sebagai Kewra. Kalau dulu-dulu, setiap rumah mesti ada tanam daun pandan ni kerana kegunaan yang begitu banyak.
Khasiat daun pandan ini juga tidak dapat dinafikan lagi dan sering digunakan dalam petua-petua tradisional.
Mari teruskan membaca.
Khasiat Daun Pandan
- Membantu Mengawal Tekanan Darah Tinggi
Penyakit tekanan darah tinggi adalah merupakan antara penyakit yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Terdapat banyak faktor yang menjadi punca penyakit ini, antaranya ialah makanan.
Untuk mengawal tekanan darah tinggi, anda disyorkan merebus beberapa helai daun pandan dengan sukatan 2 gelas air. Kemudian, didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja dan kemudian minum.
Anda boleh cuba amalkan petua ini sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
- Membantu Menurunkan Kadar Gula
Selain penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis juga adalah penyakit yang popular terutamanya dalam kalangan orang yang berusia. Anda boleh cuba amalkan petua menggunakan daun pandan in untuk membantu mengawal dan menurunkan kadar gula dalam darah.
Caranya, ambil akar daun pandan yang terjuntai beberapa batang selepas anda cabut dari tanah. Kemudian, cuci bersih.Rebus akar daun pandan tersebut dan minum. Amalkan setiap pagi atau petang.
- Mengurangkan Sakit Kepala
Kerap sakit kepala? Apa kata anda cuba masukkan sehelai daun ini ke dalam makanan ataupun minuman anda. Lipat kecil-kecil, kemudian masukkan.
Daun pandan juga dipercayai boleh membantu merawat masalah berkaitan mental iaitu stres dan anxiety kerana aromanya yang menenangkan.
- Membantu Melegakan Demam/Selesema
Selain mengurangkan sakit kepala, daun pandan juga sering digunakan untuk membantu melegakan demam atau selesema.
Caranya, hanya rebuskannya di dalam air untuk mendapatkan ekstraknya dan kemudian minum.
- Merawat Kelemumur
Mempunyai masalah kelemumur? Sering tergaru-garu kerana kulit kepala terasa gatal? Hah, jangan risau. Anda boleh cuba amalkan petua menggunakan daun pandai ini.
Kisar 10 helai daun pandan dan campurkan dengan 100 ml air. Kemudian, sapukan di kulit kepala sambil urut perlahan-lahan. Balut kepala dengan kain. Biarkan selama 30 minit. Jangan lupa basuh bersih-bersih dan mulakan bersyampu.
- Membantu Mengurangkan Rasa Sakit Akibat Gout
Gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
Anda boleh cuba amalkan meminum air rebusan daun pandan untuk mengurangkan rasa sakit akibat gout.
- Membantu Menghilangkan Bau Badan
Mempunyai aroma yang wangi dan menyegarkan, daun pandan juga boleh digunakan untuk menghilangkan bau badan.
Kisar daun pandan dan masukkan sedikit perahan limau. Seterusnya, gosok kisaran daun pandan bersama limau di seluruh kawasan badan terutamanya ketiak dan lain-lain. Kemudian, sabun badan anda seperti biasa dan bilas.
Amalkan setiap hari sehingga bau badan anda hilang.
- Menyihatkan Kulit Wajah
Kulit wajah yang licin, halus dan sihat adalah idaman semua orang. Anda boleh cuba amalkan daun pandan untuk mendapatkan kulit wajah yang diidamkan. Mudah sahaja caranya.
Kisarkan daun pandan bersama perahan buah limau. Kemudian, sapu dengan muka. Bila dah kering, bolehlah bilas bersih-bersih. Anda juga boleh campurkan kisaran daun pandan tadi bersama bedak sejuk.
- Melenakan Tidur & Merawat Masalah Susah Tidur
Mungkin ramai yang tak tahu petua ini. Orang dulu-dulu sering menggunakan daun pandan bersama jintan putih dan jintan manis sebagai isi dalam bantal bersama kekabu atau kapas.
Aroma wangi dari daun pandan yang dipotong kecil-kecil bersama jintan boleh membantu melenakan tidur dan mampu merawat masalah susah tidur.
Kesimpulan
Banyakkan manfaat daun pandan? Pada masa sekarang, banyak produk-produk yang menggunakan ekstrak daun pandan sebagai bahan utama termasuklah sebagai perisa makanan, pewarna, minyak wangi dan macam-macam lagi!
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda.
Sumner info : Petua Orang Kampung, Hello Doktor