7 Khasiat Daun Semambu, Ajaib Untuk Tubuh Badan Dalaman Dan Luaran

Terdapat beberapa kajian tentang daun semambu yang menjadi tarikan pada khalayak ramai dan pengambilannya juga popular di Malaysia kerana ia mempunyai pelbagai keistimewaan untuk tubuh badan kita secara dalaman dan luaran.

Pokok semambu atau dikenali sebagai margosa dan nama scientifiknya adalah Azadirachta indica (Neem) digunakan dalam perubatan tradisional yang terkemuka dinegara India dan di beri perhatian dalam farmaseutikal, wangian dan bahan pewarna.

Contoh-contoh kaedah penggunaannya adalah dengan merebus daunnya dengan air panas atau sebagai bahan masakan.

Tambahan pula, daun semambu mempunyai rasa yang pahit dan terdapat beberapa nutrien seperti Serat, Vitamin A, Vitamin C, Kalium, Kalsium, Natrium dan Fosforus.

Pengenalan Pokok Semambu

  • Pokok semambu tumbuh setinggi 15-20 m dengan ketebalan 1.8-2.4 m.
  • Rantingnya tersebar membentuk seperti mahkota.
  • Bunganya berwarna putih atau kuning pucat dan beraroma.
  • Berbuah setelah 3-5 tahun.
  • Buahnya berwarna kuning atau kehijauan apabila ia sudah masak.
  • Daun semambu bergerigi dan panjangnya sebanyak 20-38 cm.

Lebih-lebih lagi, daunnya mempunyai banyak faedah untuk kesihatan kita.

Keistimewaan Daun Semambu

Antara keajaiban daun semambu selain daripada mengandungi nutrien yang penting untuk manusia adalah seperti berikut:

1. Mencegah Jangkitan Bakteria & Kulat

Dalam Pharmacognosy Journal, kajian mendapati bahawa daun semambu yang diekstrak dapat membantu menghalang aktiviti bacteria seperti Staphylococcus aureus yang menyebabkan penyakit kulit dan membantu dalam jangkitan kulat sepert Candida albicans yang menyebabkan penyakit genital.

Di samping itu, daun semumba juga dapat mengatasi kalemumur yang disebabkan jankitan kulat menurut kajian Drug Invention Today Journal oleh Gebrehiwot dan rakannya.

Selain itu, penelitiannya menyatakan bahawa daun semambu yang dijadikan sebagai pes boleh membantu untuk merawat bisul yang terjadi dari penyakit cacar air untuk membantu dalam melegakan kulit yang sakit. Membantu melawan penyakit kanser dan virus.

2. Membantu Melawan Penyakit Kanser dan Virus

Ahli-ahli sains dari negara Europe, Japan and Indian telah menemukakkan bahawa komponen seperti limonoid dan polisakarida yang ada pada pokok semambu boleh menghalang penyakit barah dan virus.

Kajian menunjukkan ekstrak daunnya sangat berkesan terhadap penyakit leukemia limfositik.

Sementara itu, ia menunjukkan kesan antivirus yang signifikan seperti mencegah virus simpleks herpes (HSV) dan penyakit polio.

3. Melawan Peradangan

Daun semambu boleh digunakan untuk melegakan sakit otot dan sakit sendi serta membantu meredakan penyakit rematik, osteoartritis dan sakit belakang.

Ini menghubungkan dengan kajian dari International Journal of Trend in Scientific Research and Development yang telah melaporkan bahawa ekstrak daun semambu boleh membantu dalam aktiviti Anti Radang.

4. Mengandungi Anti Oksidan

Salah satu kelebihan daun semambu adalah ia mengandungi Anti Oksidan dan bersifat sebagai mencegah atau memperlambat kerosakan sel.

Menurut kajian klinikal oleh Oscar dan rakannya di National University of San Marcos, menunjukkan bahawa daun semambu dapat merawat penyakit kencing manis, kegelisahan dan menjaga fungsi hati.

Hal ini turut disokong oleh sebuah kajian pada tahun 2016 menerusi Indian Journal of Experimental Biology di mana, komponen pada daun semumba seperti rutin dan quercetin telah terbukti mempunyai efek pada gula darah rendah dan tinggi.

Selain itu, komponen seperti nimbolide yang ada pada daun semambu juga menjadi unsur penting bagi penjagaan hati.

5. Kekuatan Imuniti

Lain daripada itu, daun semambu juga dapat memperbaiki sistem imuniti kita kerana ia bersifat Anti Histamin.

Menurut kajian yang dilaporkan oleh Drug Intervention Today, ia mempunyai keupayaan untuk menghalang reaksi alergi secara luaran dan dalaman.

Artikel tersebut mendapat sokongan dari The Economics Times yang menyatakan bahawa daun semambu membantu memgeluarkan toksin dan kekotoran dari darah.

Keselurahannya, imuniti yang kuat membantu kita untuk tidak mudah diserang penyakit.

6. Penghadaman Yang Baik

Pada waktu yang sama, daun semambu dapat menjadikan sistem penghadaman bertambah baik.

Hal ini berlaku kerana mengikut kajian Bangladesh Academy of Sciences, ia membantu menyembuhkan ulser di perut dan usus.

Demikian ini, daun semambu dapat membaik pulih sistem penghadaman.

7. Mengawal Plak Di Gigi

Penggunaan daun semambu dapat mengurangkan bilangan bakteria yang wujud di dalam mulut.

Tambahan pula, bakteria boleh menyebabkan plak yang merosakkan gigi.

Dalam sebuah kajian pada tahun 2019 memaparkan bahawa penggunaan bilas mulut yang mengandungi ekstrak daun semambu yang digunakan selama 2 minggu boleh mengurangkan plak gigi atau gingivitis yang dikenali sebagai radang gusi.

Secara keseluruhan, perkara ini dapat melahirkan gigi yang sihat.

Berita Hangat!

Terdapat kajian bahawa daun semambu boleh menyembuhkan pesakit COVID 19 dari berlakunya komplikasi pernafasan.

Baca juga: 7 Khasiat Bayam Brazil Yang Semakin Popular Di Malaysia

Namun, penyataan ini ditolak oleh New Straits Times yang melaporkan bahawa rawatan gejala Covid-19 masih tiada bukti yang tepat.

Seperkara lagi, daun semambu mempunyai kesan sampingan jika pengambilannya adalah secara berlebihan.

Walau bagaimana pun, tidak ada salahnya makan daun semambu memandangkan ia mempunyai banyak keajaibannya.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: