Khasiat Goji Berry – Meningkatkan Kesuburan Lelaki & Perempuan

Goji Berry atau, wolfberry adalah merupakan sejenis buah yang bersaiz dan berwarna merah. Buah ini boleh ditanam di mana-mana sahaja kerana tidak bergantung pada iklim tertentu. Sekiranya anda nampak sekilas ia mempunyai rupa yang hampir sama seperti ceri atau tomato ceri. Nama saintifiknya ialah Lycium barbarum

Rasa buah ini manis-manis masam. Buah ini boleh didapati dalam bentuk sudah dikeringkan ataupun serbuk. Anda boleh jadikan buah ini sebagai tambahan yang sihat kepada pelbagai suplemen dan campuran jus. Terdapat lima jenis buah goji berry yang terdapat di seluruh dunia, iaitu:-

  • Boxthorn Afrika
  • Black Goji Berry
  • Boxthorn Australia
  • Arizona Desert-Thorn
  • Duri Gurun Pucat

Khasiat Goji Berry

goji berry

Terdapat pelbagai khasiat goji berry yang terkenal sejak zaman dahulu kala terutamanya dalam bidang perubatan. Nak tahu apa je khasiat buah ini? Jom teruskan membaca!

1. Komponen Anti-Radang, Anti-Bakteria, Anti-Kulat

Goji berry mengandungi komponen anti-radang, anti-bakteria dan juga anti-kulat. Ini menjadikan buah ini sangat bermanfaat untuk sistem imunisasi tubuh manusia. 

Ia membantu melegakan keradangan, melawan jangkitan disebabkan oleh bakteria dan kulat sekaligus menguatkan sistem pertahanan tubuh bagi mengelakkan terkena penyakit. Anda boleh mengambil buah ini bersama salad dan juga kekacang kerana gabungan ini sangat baik sebagai penggalak imun. Buah ini sangat disyorkan untuk pesakit arthritis bagi mengurangkan keradangan yang dialami. 

2.Tinggi Kandungan Antioksida

goji berry

Goji berry juga terkenal dengan kandungan antioksidanya yang tinggi. Menurut portal MyHEALTH, antioksida ialah bahan yang membantu untuk  mengurangkan kerosakan sel badan, meneutralkan serta melindunginya daripapda radikal bebas. 

Selain itu, komponen ini juga berfungsi sebagai barisan pertahanan untuk mencegah risiko mendapat penyakit tertentu. Bukan itu sahaja, kandungan antioksida ini juga membantu melambatkan tanda-tanda penuaan. Jadi, siapa nak nampak awet muda tu, amalkanlah memakan buah ini.

3. Baik Untuk Kesihatan Buah Pinggang

Goji berry juga didapati mempunyai agen aktif yang berupaya untuk membantu membuang toksin daripada tubuh sekaligus baik untuk fungsi buah pinggang. Ia juga baik untuk organ lain seperti hati dan paru-paru. 

4. Menyokong Pertumbuhan Rambut

Seterusnya, buah ini juga kaya dengan kandungan vitamin A & C yang mampu untuk menyokong pertumbuhan rambut. Kandungan vitamin A membantu untuk meningkatkan aliran darah ke kulit kepala manakala vitamin C pula membantu penyerapan nutrien. 

Campurkan jus goji berry bersama minyak badam dan juga minyak pati. Kemudian, urutkan pada kulit kepala anda. Biarkan selama 30 minit. Gunakan kaedah ini untuk membantu rambut anda tumbuh dengan cepat.

5. Membantu Meningkatkan Kesuburan

Goji berry juga sering digunakan dalam perubatan cina terutamanya untuk membantu meningkatkan kesuburan lelaki dan perempuan. Hal ini kerana, buah ini kaya dengan pelbagai kandungan yang berkhasiat seperti antioksidan, vitamin A, vitamin C, kalsium, zat besi dan asid amino.

Pengambilan buah ini boleh membantu meningkatkan kuantiti dan kualiti sperma, fungsi hormon pembiakan, menghasilkan telur yang berkualiti untuk persenyawaan serta meningkatkan kemahuan melakukan seks untuk suami isteri. 

6. Meningkatkan Kualiti Tidur & Memperbaiki Mood

Pengambilan buah ini berupaya membantu untuk mengurangkan kebimbangan dan juga boleh memperbaiki mood. Ia mampu merangsang hormon yang memberi ketenangan pada tubuh serta menjadikan pengamalnya lebih fokus.

Secara tidak langsung, ia akan membantu meningkatkan kualiti tidur anda. Tambahan lagi, pengambilan satu cawan jus buah ini setiap hari juga sangat baik untuk sistem pencernaan. 

Sumber: https://www.healthifyme.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161