Khasiat Halia, Mampu Membantu Menurunkan Berat Badan?

Halia adalah merupakan bahan masakan yang wajib ada di setiap dapur. Ia merupakan sejenis rempah berakar yang mempunyai rasa pedas dan digunakan di serata dunia dalam pelbagai jenis hidangan. Selain itu, halia adalah antara bahan versatil yang boleh dicampurkan ke dalam pelbagai jenis minuman seperti smoothie ataupun dijadikan sebagai teh halia. 

Selain melengkapkan rasa masakan, ia juga mempunyai pelbagai kelebihan dan khasiat yang berguna untuk kesihatan dalaman dan luaran. 

Berikut kami kongsikan 5 khasiat halia yang anda perlu tahu. Mari baca!

khasiat halia

Khasiat Halia Untuk Kesihatan

1. Membantu Mengurangkan Berat Badan 

Tahukah anda, halia boleh membantu mengurangkan berat badan anda kerana ia boleh bertindak sebagai agen pembakar lemak untuk menghapuskan lemak tepu di dalam badan. 

Ia juga membantu dalam proses penghadaman dan meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu memakan halia segar. Jangan ambil terlalu banyak, cukup sekadarnya sahaja kerana halia ni pedas tau!

Namun, sekiranya anda kurang gemar memakan halia segara, anda boleh mengambilnya dalam bentuk suplemen atau makanan tambahan kesihatan. Dengan pengambilan halia atau suplemen berasaskan halia, anda mudah berasa kenyang dan seterusnya membantu anda  mengurangkan pengambilan makanan. 

2. Membantu  Mengurangkan Keradangan

Campurkan sedikit serbuk halia ke dalam teh minum petang anda sekiranya anda mempunyai masalah keradangan sendi terutamanya pesakit penghidap osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.

Selain menambah rasa dan aroma teh, halia mengandungi sebahagian daripada analgesik yang kuat atau dikenali sebagai ubat penahan sakit dan bersifat sebagai pencegah keradangan. Ia berkesan dalam mengurangkan sakit dan bengkak bagi pesakit penghidap osteoarthritis dan rheumatoid arthritis.

3. Meredakan Rasa Pening Dan Loya

Halia juga dipercayai mampu membantu meredakan rasa pening dan loya terutamanya buat ibu hamil. Sekiranya anda sering rasa pening-pening ataupun loya, anda boleh cuba makan makanan/suplemen berasaskan halia untuk mengatasi masalah tersebut. 

Bukan itu sahaja, sekiranya perut anda rasa berangin, anda boleh cuba minum secawan teh halia untuk mengeluarkan angin dalam badan agar perut dan badan anda rasa lebih selesa.

4. Membantu Mencegah Penyakit Jantung & Angin Ahmar 

Seterusnya, halia juga dapat membantu dalam usaha untuk mencegah penyakit jantung dan angin ahmar. Dengan pengambilan halia, ia mampu membantu mengurangkan kadar kolesterol dan gula di dalam darah dan sekali gus mampu menjaga kesihatan pembuluh darah anda. 

Menurut beberapa sumber, anda boleh cuba campurkan halia bersama bahan-bahan lain seperti bawang merah dan bawang putih untuk hasil yang maksimum. 

5. Meningkatkan Sistem Imun Tubuh

Dengan mengamalkan pengambilan halia, sistem imun tubuh anda akan meningkat. Hal ini adalah kerana, halian mengandungi vitamin C dan magnesium. 

Halia juga mengandungi ‘shogaol’, ‘gingerol’, serta ‘zingerone’ yang berfungsi sebagai antioksidan untuk melawan kesan dari radikal bebas di dalam tubuh. 

6. Mengekalkan Wajah Awet Muda 

Seperti yang dinyatakan di atas, halia mengandungi antioksidan yang mampu memulihara kolagen kulit anda untuk melambatkan proses penuaan. Selain itu, halia dipercayai boleh meningkatkan penggantian sel tubuh dan membantu menangani kulit yang kendur. Menarikkan?

Kesimpulan 

Halia mempunyai banyak kegunaan dan boleh dimakan dengan variasi cara seperti dijadikan serbuk teh halia, suplemen, dicampurkan ke dalam makanan dan banyak lagi!

Apapun, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor sekiranya perlu. Elakkan memakan halia dalam kuantiti yang banyak kerana ia dapat menyebabkan perut anda sakit. 

Semoga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada anda. Selamat mencuba!

Sumber : Merdeka.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161