8 Khasiat Hempedu Bumi, Ada Kemanisan Disebalik Kepahitannya

Pada saat kegentingan disebabkan penularan COVID-19 yang berterusan, kita seharusnnya memberi perhatian kepada kesihatan immuniti.

Kini, ubatan-ubatan herba memainkan peranan penting dalam proses penjagaan kesihatan kerana ia mempunyai sifat semula jadi yang memberi impak efektif pada immuniti tubuh badan.

Hempedu bumi atau nama lainnya ChuanxinLian (Cina), Kirayat (Hindi) dan saintifiknya adalah Andrographis paniculata (Green Chiretta) diklasifikasikan sebagai herba paling pahit atau ‘King of Bitter’ dan sering digunakan dalam perubatan tradisional Melayu, Cina dan India.

Klarifikasi Hempedu Bumi

Selain itu, hempedu bumi ditanam secara meluas di China, Asia Selatan, Afrika Selatan, India, Pakistan dan Srilanka.

Cukup menarik juga, di Indonesia ia dijadikan sebagai jamu malahan terdapat suplemen yang dibuat dari ekstrak hempedu bumi ini.

Herba ini juga senang ditanam dan sebagaimana yang dijelaskan oleh Global Information Hub On Integrated Medicine pada tahun 2016, pokok hempedu bumi mempunyai ketinggian 30-100cm.

Sebaliknya, daunnya berpasangan dan berwarna hijau tua di permukaan atas dan hijau muda di bawah permukaannya serta mempunyai panjang 10cm.

Seterusnnya, bunganya kecil dan mempunyai rambut berwarna ungu.

Kemujaraban Hempedu Bumi

Laporan Research Journal of Pharmacy and Technology pada tahun 2019, menyatakan hempedu bumi mengadungi komponen seperti Lakton diterpenoid, Flavonoid dan lain-lain yang membantu dalam penciptaan ubatan-ubatan untuk pelbagai penyakit.

Baca juga: 8 Khasiat Kunyit Hitam Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Beli Produk Online

Ekstrak daunnya dan rebusan dari pucuknya boleh digunakan untuk merawat beberapa penyakit seperti berikut:

1. Penyejuk Badan Ketika Demam

Untuk pengetahuan kita, herba yang pahit ini mempunyai bahan penyejuk untuk menghilangkan panas badan semasa demam.

Menurut kajian Natural Small Molecule Drugs from Plants pada tahun 2018, komponen yang ada pada hempedu bumi seperti Andrographolide mampu mengubati demam disebabkan oleh bakteria sebagai contoh Pneumococcus dan hemolitik Streptococcus mutans.

2. Mencegah Kram Perut

Seterusnya, daun hempedu bumi juga dapat memulihkan kram perut yang dikenali sebagai kolik usus penyebab sakit perut, susah buang air besar, susah kentut, muntah dan penurunan nafsu makan.

Berdasarkan Prospects in Conservation of Medicinal Plants pada tahun 2019, telah menjelaskan bahawa antara salah satu kegunaan daun hempedu bumi adalah untuk penyakit usus seperti keradangan yang menyebabkan sakit perut.

3. Hindar Selesema

Sementara itu, daunnya juga boleh mengubati selesema yang terjadi gara-gara dijangkiti virus influenza yang mengganggu saluran pernafasan.

Bersumberkan kajian daripada Archives of Virology pada tahun 2016, Andrographolide dan pelbagai turunannya berpotensi menghalang H9N2, H5N1 dan H1N1.

Malahan, terdapat beberapa bukti saintifik bahawa hempedu bumi membantu melindungi daripada jangkitan pernafasan seperti selesema dan mengurangkan kesan jangkitan seperti mana yang dilaporkan oleh College of Medicine and Integrated Health pada tahun 2020.

4. Mengawal Kadar Tekanan Darah

Disamping itu, daun hempedu bumi juga membantu dalam menstabilkan tekanan darah tinggi yang boleh menyebabkan masalah jantung.

Menurut ulasan seorang penulis James, dari Bulk Supplement pada tahun 2020, Hempedu Bumi dapat meningkatkan kesihatan jantung serta mengatasi darah tinggi dengan melebarkan saluran darah.

5. Mengawal Kencing Manis

Tambahan pula, ia juga membantu pesakit kencing manis dengan menstabilkan fungsi hati.

Berdasarkan kajian klinikal Indian Journal of Pharmaceutical Education and Research pada tahun 2020 menunjukkan bahawa daun hempedu bumi mempunyai sifat tertentu yang mengekalkan enzim fungsi hati seperti AST, ALT dan LDH.

6. Mencegah Berlaku Kanser

Selain itu, pucuk hempedu bumi mampu mencegah penyakit kanser seperti mana dinyatakan oleh Ekta dan rakan-rakannya pada tahun 2019.

Sehubungan dengan itu, dalam penulisan di Bulk Supplement pada tahun 2020 menunjukkan bahawa ia dapat menghentikan perkembangan sel barah  payudara, paru-paru dan kulit.

Walaubagaimana pun, keberkesanannya memerlukan penyelidikan yang lebih banyak untuk mengesahkan kajian tersebut.

7. Menguatkan Immuniti

Sebagaimana yang kita ketahui, immuniti memainkan peranan penting dalam mencegah dari infeksi organisma berbahaya dan terbukti bahawa daun yang paling pahit ini mempunyai khasiatnya untuk kesihatan.

Seorang penulis, Tingmin Koe pada tahun 2020 telah melaporkan bahawa ahli-ahli sains telah menjalankan kajian ekstrak dari hempedu bumi dan mendapati ia berpotensi mengimbangkan imuniti dengan menaikkan kadar sel seperti sel-T, sel-T penolong dan IFN-y.

Justeru, perkara ini dapat mengelakkan kita dari mudah jatuh sakit.

8. Memperbaiki Fungsi Hempedu

Lebih penting lagi, komponen Andrographolide yang ada pada daunnya dapat menjaga fungsi organ seperti hempedu dan ini sungguh menarik kerana ia selaras dengan nama hempedu bumi.

Seorang ahli biokimia, Arvind pada tahun 2020 menyatakan bahawa komponen yang ada pada daunnya dapat memajukan aliran hempedu dan memperbaiki fungsinya.

Tanamam Yang Sangat Menakjubkan

Berdasarkan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia pada tahun 2020, tanaman ini sangat tahan lasak dan dapat bertahan dan menyesuaikan keadaannya dalam pelbagai tanah.

Berdasarkan fakta-fakta ini, maka bolehlah kita cuba tanam pokok hempedu bumi ini kerana telah terbukti khasiatnya yang membantu dalam mengukuhkan kesihatan serta telah digunakan sejak zaman kuno lagi.

Pada masa yang sama, kita perlulah berhemah dalam mengambil langkah berjaga-jaga dari segi kuantiti konsumennya kerana ia berisiko jikalau berlebihan.

Kesimpulannya, perubatan herba kini menjadi salah satu cara untuk menjamin fizikal dan mental secara optimum dimana refleksi tentang daun hempedu bumi telah terbukti mempunyai banyak kemanisan selepas kepahitannya.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: