Khasiat Jambu Batu, Mengandungi Lebih Banyak Vitamin C Berbanding Oren!

Jambu batu atau nama saintifiknya, Psidium guajava adalah merupakan antara buah-buahan tempatan yang mumdah didapati. Anda boleh dapatkannya di gerai-gerai buah, supermarket, pusat beli-belah ataupun di belakang rumah orang kampung. 

Buah ini dijual secara borong dalam kilogram ataupun secara potong dan dimakan bersama serbuk asam. Tidak kurang juga yang dijual dalam bentuk jus, memang sedap!

Khasiat Jambu Batu
Guava juice and fresh Guava on wooden background

Seperti buah-buahan yang lain, khasiat jambu batu juga tidak kurang kalahnya. Terdapat banyak nutrien yang terkandung dalam buah jambu antaranya ialah serat, vitamin C, A, E, B-vitamin, selain kalium, fosforus, magnesium, kalsium, natrium, dan zink.

Semua nutrien yang terkandung di dalam buah jambu batu ini bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan kita. 

Mari teruskan membaca!

Khasiat Jambu Batu

  • Mengekalkan Awet Muda Wajah

Buah jambu batu amat baik untuk kesihatan kulit wajah kerana ia mempunyai sifat anti-penuaan yang berupaya untuk melambatkan proses penuaan. 

Bukan itu sahaja, memakan buah dan daun jambu batu yang tidak matang (masih muda) boleh membantu untuk mencerahkan dan menganjalkan kulit agar wajah anda kelihatan seperti baru umur belasan tahun!

Tahukah anda, kandungan semulajadi vitamin C buah jambu batu adalah empat kali lebih tinggi berbanding buah oren yang mampu membantu mengelakkan penuaan pra-matang.

  • Meningkatkan Imuniti Dalam Badan

Selain bermanfaat untuk wajah, kandungan vitamin C di dalam buah jambu batu juga dapat membantu meningkatkan sistem imuniti badan. 

Dengan mengamalkan pengambilan jambu batu, ia akan mengurangkan risiko dijangkiti penyakit dan membantu proses penyembuhan berlaku dengan cepat. 

  • Mencegah Skurvi

Sekiranya anda sering mengalami masalah gusi berdarah atau scurvi, anda boleh atasinya dengan mengamalkan memakan buah jambu batu. 

Seperti yang dinyatakan diatas, buah jambu batu kaya dengan vitamin C. Dengan itu, ia amat bermanfaat untuk membantu mencegah penyakit scurvi iaitu kekurangan vitamin C.

  • Membantu Penyerapan Zat Besi & Mencegah Anaemia

Tambahan lagi, kandungan vitamin V di dalam buah jambu batu juga dapat membantu penyerapan zat besi yang lebih baik. Hal ini dapat mencegah anemia, iaitu sejenis penyakit yang disebabkan oleh kekurangan zat besi.

  • Mencegah Sembelit

Buah jambu batu juga kaya dengan serat yang boleh membantu untuk mencegah sembelit dan, bijinya juga mempunyai fungsi yang membantu dalam proses perkumuhan. 

Amalkan memakan buah jambu batu sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk usus yang sihat dan melancarkan sistem pencernaan anda. Sistem pencernaan dan perkumuhan yang lancar dapat mengelak pelbagai jenis penyakit yang lain. 

  • Menstabilkan Tekanan Darah

Tekanan darah tinggi adalah merupakan penyakit yang tidak asing lagi di negara kita khususnya. Ramai penghidap darah tinggi berusaha untuk menstabilkan tekanan darah mereka untuk mengelak risiko terkena strok dan lain-lain. 

Pengambilan jambu batu sama ada dalam bentuk potongan buah ataupun jus dapat membantu menghalang pemekatan saluran darah dan juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah. Seterusnya, membantu dalam mengawal tekanan darah.

Kandungan serat dan sifat hipoglisemik juga berperanan membantu mengurangkan tekanan darah.

  • Sesuai Untuk Penghidap Diabetes

Mungkin ramai yang tidak tahu, kandungan gula dalam buah jambu batu amat sedikit. Oleh itu, ia selamat dan boleh diambil oleh penghidap penyakit diabetes. 

Bukan sahaja baik untuk sistem pencernaan dan mengawal tekanan darah, kandungan serat dalam jambu batu juga berfungsi untuk mengawal kadar gula di dalam darah dengan mengawal cara badan manusia menyerap gula.

Malah, terdapat kajian yang menyatakan, daun jambu batu juga mampu membantu memperbaiki kerintangan insulin dan menurunkan kadar gula dalam darah.

  • Membantu Melegakan Kesakitan Semasa Haid

Anda disyorkan untuk mengamalkan ekstrak daun jambu batu sekiranya sering mengalami kesakitan ketika sedang haid. 

Kesimpulan

Terdapat banyak lagi khasiat jambu batu yang anda boleh dapati dengan mengamalkan pengambilannya secara konsisten. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk anda!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161