Khasiat Jintan Putih – Membantu Meningkatkan Kesuburan

Jintan Putih

Jintan putih adalah merupakan salah satu jenis rempah yang sering digunakan dalam masakan seperti kari, stew, sup dan pelbagai jenis masakan lagi.

Ia juga dikenali sebagai Cumin (Cuminum cyminum L.) dalam bahasa saintifiknya dan tergolong dalam keluarga Apiaceae, sama seperti bunga lawang, saderi, parsli dan sebagainya. 

Mempunyai aroma tersendiri yang sungguh mengasyikkan, minyak jintan putih juga sering digunakan dalam industri pembuatan minyak wangi.

Bukan itu sahaja, manfaat jintan putih untuk kesihatan juga tidak dapat diragukan. Ini menyebabkan ia juga digunakan sebagai ramuan dalam pelbagai jenis rawatan perubatan tradisional dan juga moden.

Untuk artikel kali ini, kami akan kongsikan beberapa manfaat jintan putih untuk kesihatan. Jom baca!

Khasiat Jintan Putih 

1. Membantu Menurunkan Berat Badan

Terdapat pelbagai cara yang popular digunakan untuk membantu menurunkan berat badan termasuklah dengan mengamalkan pengambilan jintan putih.

Amalkan meminum air yang dicampur dengan rempah ini dan beberapa campuran lain pada waktu pagi ataupun malam untuk membantu melangsingkan tubuh anda. 

jintan putih

Cara untuk membuat resepi ini mudah sahaja. Masukkan halia, serai dan dua gelas air yang telah dilarutkan bersama jintan putih ke dalam periuk. Kemudian, masak sehingga mendidih.

Seterusnya, apabila sudah mendidih, tutup api. Biarkan seketika sehingga air menjadi suam dan, tapis. Masukkan madu ke air campuran yang telah di tapis tadi. Kacau sehingga madu tersebut larut. Selesai!

2. Membantu Meningkatkan Kesuburan

Biji jintan putih mengandungi kandungan zink yang tinggi. Disebabkan tubuh kita tidak mampu menyimpan zink, maka kita perlu mendapatkan sumber zink melalui makanan ataupun suplemen yang disarankan oleh pihak pakar.

Kandungan zink yang tinggi boleh membantu meningkatkan fungsi sistem imunisasi tubuh, penyerapan zat serta membantu meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. 

jintan putih

Untuk lelaki, zink adalah amat penting untuk menghasilkan sperma yang sihat. Kandungan zink boleh membantu meningkatkan jumlah dan kualiti sperma bagi membolehkan sperma tersebut melakukan persenyawaan.

Kekurangan zink boleh menyebabkan sperma tidak berkualiti (berlakunya kecacatan kromosom) dan boleh menyebabkan keguguran. 

Manakala, untuk wanita pula, kandungan zink adalah amat penting untuk hormon estrogen dan progesteron.

Apabila kekurangan zink, ia boleh menyebabkan ketidak seimbangan horman, haid tidak teratur dan sebagainya, termasuk kualiti telur yang dihasilkan kurang berkualiti. 

3. Meningkatkan Sel Darah Merah

Pengambilan makanan yang mengandungi rempah ini juga baik untuk pesakit anemia. Individu yang menghidapi anaemia mempunyai sel darah merah yang kurang akibat kekurangan zat besi. Ia boleh menyebabkan seseorang itu keletihan, lesu, sesak nafas dan sebagainya. 

Jintan putih

Jintan putih kaya dengan kandungan ferum dipercayai boleh membantu untuk meningkatkan kuantiti sel darah merah dalam tubuh dan boleh membantu pesakit anaemia. Walaubagaimanapun pastikan anda dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu.

4. Membantu Penghadaman

Kandungan sebatian aktif di dalam biji jintan putih seperti thymoquinone boleh membantu dalam proses penghadaman, melindungi usus dengan mengawal penyebaran bakteria dan sebagainya.

Pati minyak jintan putih didapati boleh membantu melegakan loya, sakit perut, perut kembung, melancarkan pencernaan serta baik untuk usus. 

jintan putih

5. Membantu Mengawal Gula

Pengambilan gula yang tidak terkawal boleh menyebabkan perlbagai isu kesihatan termasuk diabetes dan penyakit jantung.

Oleh itu, mengawal paras gula dalam darah adalah amat penting. Pengambilan pati jintan putih terbukti boleh membantu untuk mengawal kestabilan gula dalam darah serta mengurangkan gejala dan juga komplikasi diabetes.

Sumber: 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161