Khasiat Kacang Macadamia | Benarkah Kacang Ini Tinggi Kalori?

Kacang macadamia adalah merupakan sejenis kacang yang popular dan digemari ramai kerana rasanya yang manis dan mempunyai aroma tersendiri.

Ada sumber yang mengatakan aromanya seperti bau vanila. Ia adalah merupakan hasil daripada pokok macadamia. Bentuknya seperti bola kecil, berwarna krim lembut dan agak keras apabila digigit. 

Kacang Macadamia

Untuk pengetahuan anda, kacang ini adalah merupakan antara kacang yang dijual dengan harga yang agak tinggi kerana proses penanamannya yang sukar. Biasanya, kacang ini akan dipanggang dan kemudian dipaketkan untuk dijual bagi memastikan kualitinya terjamin serta tahan lama. 

Terkenal sebagai salah satu snek yang sihat, manfaat kacang macadamia untuk kesihatan tidak diragukan lagi. Kandungan nutrien yang terdapat dalam kacang ini menjadikannya snek sihat pilihan ramai. Nak tahu lebih lanjut mengenai khasiat kacang ini, mari teruskan membaca!

Khasiat Kacang Macadamia

Kacang Macadamia

1. Menyihatkan Jantung 

Terdapat beberapa kajian yang membuktikan bahawa pengambilan kacang macadamia boleh membantu menyihatkan jantung.

Kajian epidemiologi dan ujian klinikal yang dilakukan telah menunjukkan bahawa profil asid lemak unik kacang ini memberi kesan positif kepada lipid/lipoprotein serum dan membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. 

Selain itu, kacang ini juga mampu membantu menurunkan kadar kolesterol jahat sekaligus mengawal kadar kolesterol dalam tubuh untuk mengelakkan risiko terkena penyakit jantung dan strok. 

2. Kaya Dengan Antioksidan 

Kandungan antioksidan seperti flavonoid yang terdapat dalam kacang ini boleh membantu untuk mengurangkan keradangan serta mengawal paras kolesterol.

Bukan itu sahaja, ia juga mengandungi tokotrienol, iaitu salah satu jenis vitamin E yang juga membantu mengawal paras kolesterol, mengurangkan risiko terkena kanser dan menjaga sel otak bagi mengelakkan penyakit Alzheimer atau Parkinson. 

3. Melancarkan Sistem Penghadaman

Selain itu, kacang macadamia juga mengandungi serat yang tinggi. Kandungan serat ini membantu melancarkan penghadaman dan baik untuk kesihatan usus.

Bukan itu sahaja, serat larut yang terkandung dalam kacang ini juga bertindak sebagai prebiotik, iaitu makanan untuk bakteria baik yang mana sangat bermanfaat untuk usus anda. 

4. Membantu Menurunkan Berat Badan 

Tambahan lagi, kandungan serat serta beberapa nutrisi lain seperti lemak baik dan protein yang terdapat dalam kacang ini berupaya untuk membantu menurunkan berat badan dengan melambatkan rasa lapar dan memberi rasa kenyang lebih lama.

Kacang ini juga kaya dengan omega-7 yang turut membantu untuk mencegah kenaikan berat badan dengan cepat. 

5. Mengawal Paras Gula Dalam Darah 

Pengambilan kacang macadamia juga berupaya untuk membantu mengawal paras gula dalam darah. Kacang ini sesuai diambil oleh pesakit diabetes jenis 2. 

NOTA:

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang anda perlu beri perhatian sebelum membuat keputusan untuk memakan kacang ini. Antaranya ialah:-

  • Kacang ini engandungi kalori yang tinggi. 132 gram kacang ini mengandungi lebih kurang 950 kalori. Oleh itu, jangan makan secara berlebihan. 
  • Jangan panggang dengan suhu yang tinggi. Hal ini kerana, ia dapat mengurangkan nutrisi dan juga khasiatnya.
  • Periksa label nutrisi terlebih dahulu. Kebanyakan kacang yang sudah dipaketkan mengandungi gula/garam tambahan. Sekiranya anda mahukan khasiat yang maksima, elakkan membeli kacang yang mengandungi bahan tambahan. 
  • Pastikan anda tidak mempunyai sebarang alergi kacang. Alergi boleh membahayakan nyawa anda. 

Kesimpulan 

Amalkan pengambilan kacang ini secara sederhana. Sekiranya anda mempunyai penyakit tertentu, sila dapatkan nasihat daripada pakar perubatan sebelum memakannya. 

Sumber: https://www.sehatq.com/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161