8 Khasiat Kunyit Hitam Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Beli Produk Online

Berbeza dengan kunyit yang biasa kita kenal, khasiat kunyit hitam mungkin tidak begitu popular dan kurang diketahui ramai.

Kunyit hitam merupakan sejenis tumbuhan yang jarang didapati namun agak terkenal dalam dunia perubatan tradisional. 

2 Spesies Kunyit Hitam Di Malaysia

Umumnya, terdapat 2 spesies kunyit hitam yang biasa ditemui di Malaysia iaitu:

  • Curcuma Caesia (Kunyit Hitam India / Malaysia)
  • Kaempferia Parviflora (Halia Hitam)

i) Curcuma Caesia

Lazimnya Curcuma caesia mempunyai rhizome (akar) bewarna biru kehijauan.

Pokoknya seakan pokok kunyit, cuma bezanya ialah terdapat garisan ungu pada daunnya.

Spesies ini lebih tepat digelar Kunyit Hitam kerana perkataan Curcuma pada nama saintifiknya adalah merujuk kepada keluarga “Turmeric” (kunyit).

Spesies ini berasal dari Timur tengah, India dan China.

ii) Kaempferia Parviflora

Perkataan Kaempferia ini merujuk kepada keluarga “Ginger” (Halia).

Maka, secara lebih spesifiknya Kaempferia Parviflora adalah dari keluarga halia atau cekur.

Ia juga dikenali dengan nama “Halia Hitam”.

Rupanya seakan pokok cekur, di mana akarnya berwarna ungu.

Spesies ini berasal dari Vietnam, Myanmar dan Thailand.

8 Khasiat Kunyit Hitam

Khasiat kunyit hitam telah dimanfaatkan oleh manusia sebagai ubat tradisional sejak berkurun lamanya, terutama di negara jiran kita Thailand.

Antara khasiat kunyit hitam ini termasuklah:

1. Meningkatkan Kesihatan Seksual Lelaki

Kegunaan kunyit hitam yang boleh dikatakan paling popular adalah sebagai peningkat libido atau tenaga batin semulajadi lelaki.

Menurut sumber kajian dan jurnal, ia berkesan memulihkan masalah reproduksi dan juga merangsang keinginan seksual.

Disebabkan permintaan yang agak tinggi, maka tidak hairanlah kunyit hitam diproses menjadi pil untuk dijual di pasaran.

3. Mengurangkan Gastrik

Menurut laman web Food.NDTV, International Journal Of Research In Pharmacy And Chemistry, serbuk kunyit hitam dicampur dengan air dan digunakan untuk melegakan angin gastrik.

Ia juga dikatakan boleh membantu melegakan sakit perut dan masalah usus.

Sifat anti-keradangan pada kunyit hitam turut menjadikannya terkenal sebagai ubat buasir yang berkesan.

4. Mencegah Kanser & Penyakit

Merujuk sebuah artikel menerusi HealthLine.com, curcumin adalah sumber antioksidan yang sangat baik di mana salah satu fungsi utamanya adalah mencegah radikal bebas.

Sifat ini menjadikan kunyit hitam sebagai health booster yang berupaya meningkatkan kesihatan tubuh serta mencegah jangkitan penyakit termasuklah kanser, seperti kanser kolorektal.

Baca juga : 7 Khasiat Madu Kelulut Yang Luarbiasa, 4 Kali Ganda Lebih Antioksidan

5. Mengurangkan Sakit Sendi

Selain dimakan, kunyit hitam juga digunakan secara luaran sejak sekian lama untuk mengubati penyakit seperti sakit tulang dan sendi.

Ini kerana ia dikatakan mengandungi ibuprofen yang boleh meredakan rasa sakit pada bahagian tersebut.

6. Anti-Depresan Semulajadi

Mengamalkan kunyit hitam boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan menyampaikan oksigen keseluruh tubuh kita.

Peredaran yang lancar ini dapat membantu menghilangkan migrain dan mengurangkan stres.

Ini salah satu sebab kunyit hitam dianggap sebagai ubat anti-depresan semulajadi.

7. Mencegah Alahan

Kelebihan yang ada pada kunyit hitam juga sering digunakan sebagai ubat anti alahan (anti alergi), selain mengubati penyakit paru-paru seperti lelah (asthma).

8. Rawatan Alternatif Bagi Penyakit Kronik

Di Thailand, kunyit hitam juga diminum sebagai ginseng dalam rawatan alternatif dan mencegah penyakit kronik seperti angin ahmar, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.

Baca juga : 7 Khasiat Sumac, Sejenis Rempah Timur Tengah Yang Kaya Anti Oksidan

Jangan Lupa Baca Label Jika Membeli Kunyit Hitam Yang Diproses

Pelbagai kajian telah dijalankan terutamanya terhadap curcumin, isitu sejenis kompaun paling aktif dalam kunyit.

Ianya terbukti amat berpotensi untuk mencegah penyakit oleh kerana sifat anti-keradangan dan antioksidan yang dimilikinya.

Kini, pelbagai produk telah dihasilkan oleh kunyit hitam yang dikomersialkan.

Apapun, sebagai pengguna pastikan kita hanya menggunakan produk yang telah menjalani saringan oleh KKM supaya kita benar-benar mendapat manfaat daripadanya.

Leave a Comment