Khasiat Kunyit Untuk Rheumatoid Arthritis, Legakan Keradangan Sendi

Kunyit adalah merupakan sejenis herba yang sering digunakan samada dalam masakan mahupun untuk rawatan kesihatan sejak zaman dahulu kala lagi terutamanya dalam kalangan kaum India. Ia juga dikenali sebagai curcuma longa sebagai nama saintifiknya. 

Selain India, kunyit juga digunakan secara meluas di negara-negara Asia Tenggara, seperti Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina. 

Komponen utama kunyit dikenali sebagai sebatian kurkuminoid termasuklah kurkumin. Kurkumin inilah yang memberi warna kuning keemasan kepada kunyit.

khasiat kunyit

Kurkumin ini juga mempunyai pelbagai faedah untuk kesihatan antaranya ialah digunakan untuk melawan obesiti, inflamasi, kanser, diabetes, dan juga arthritis (sakit sendi).

Pada masa yang sama, kunyit mempunyai banyak nutrisi yang sangat baik kepada kesihatan, seperti protein, serat, Vitamin C, Vitamin E, potassium, kalsium, zat besi dan magnesium.

Mari kita baca khasiat-khasiat kunyit dibawah!

Khasiat Kunyit Untuk Kesihatan 

  1. Kecantikan Wanita Dalaman Dan Luaran

Air jus kunyit sangat bermanfaat untuk kecantikan dalaman dan luaran wanita. Ia membantu dalam penjagaan wajah seperti mengecutkan jerawat, merawat masalah jeragat, memudarkan kedutan diwajah, serta mencerahkan kulit wajah agar kelihatan berseri. 

Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai banyak kelebihan lain untuk kesihatan dalam wanita. Antaranya ialah, mengecutkan rahim, fibroid,buasir. Selain itu, kunyit juga boleh membantu memulihkan luka dalaman.

  1. Membantu Mengawal Berat Badan

Serbuk kunyit juga boleh membantu anda dalam proses menurunkan berat badan. Ia akan bertindak sebagai “fat burner” yang berperanan untuk memecahkan lemak-lemak dan menghalang pembentukan lemak. 

  1. Antiseptik Dan Agen Anti-Bakteria Semulajadi

Kunyit merupakan satu antiseptik dan ajen anti-bakteria semulajadi dan boleh dijadikan satu disinfectant yang berkesan. Sekiranya anda mengalami luka, anda boleh menaburkan sedikit serbuk kunyit ke atas tempat yang terkesan untuk mencepatkan proses penyembuhan.

  1. Melegakan Sakit Sendi (Arthritis)

Dari segi sejarah, pengamal perubatan India tradisional menggunakan kunyit untuk merawat pelbagai penyakit. Kandungan kurkumin dalam kunyit mempunyai ciri-ciri yang boleh digunakan untuk gejala rheumatoid arthritis (RA) seperti; anti-radang, antioksidan, dan lain-lain. 

  1. Penawar Racun

Kunyit juga dijadikan sebagai penawar racun terutamanya sebagai pertolongan pertama pada gigitan ular. Hal ini kerana, kandungan dalam kunyit mampu menghalang bisa ular daripada tersebar ke seluruh tubuh badan anda serta mengurangkan  pembengkakan berlaku. 

Kesimpulan

Ada pelbagai lagi manfaat dan khasiat kunyit untuk kesihatan dan kecantikan yang anda boleh dapati. Malah, kini terdapat banyak produk yang berasaskan kunyit dihasilkan bagi memudahkan penggunaan secara meluas. 

Walaubagaimanapun, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil produk-produk berasaskan kunyit yang dijual pasaran. 

Sumber:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: