Khasiat Lemon Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Lemon adalah merupakan sebuah buah yang berwarna kuning dan mempunyai rasa yang agak masam. Ia digunakan dalam pelbagai jenis masakan, minuman dan juga turut digunakan untuk rawatan mahupun untuk tujuan kecantikan. 

Khasiat lemon tidak dapat dinafikan lagi kerana ia mengandungi pelbagai jenis nutrien, vitamin seperti Vitamin B, Vitamin C, pectin, potassium, kalsium, dan banyak lagi!

Mari teruskan membaca. 

khasiat lemon

Khasiat Lemon Untuk Kesihatan & Kecantikan 

  1.  Mencegah Gout

Gout disebabkan oleh asid urik yang melebihi paras normal di dalam darah dan menyebabkan rasa sakut di bahagian sendi. 

Menurut kajian, lemon dapat dapat menurunkan paras asid urik di dalam darah dan seterusnya mencegah gout. Anda boleh cuba mengambil ekstrak jus lemon selama enam minggu dan lihat kesannya. 

  1. Mencegah Batu Karang

Antara kandungan utama lemon ialah ialah asid sitrik. Asid sitrik adalah antara jenis asid karboksilik dan menyumbang kepada rasa masam pada buah lemon. 

Batu karang terjadi apabila terdapat komponen di dalam air kencing yang mempunyai kepekatan yang tinggi dan menyebabkan pembentukkan kristal. Hal ini terjadi apabila pesakit mengalami dehidrasi (kekurangan cecair) dan menyebabkan kepekatan komponen-komponen tersebut untuk meningkat.

Manfaat asid sitrik ini ialah, ianya mampu membantu untuk meningkatkan paras sitrat kencing, meningkatkan jumlah pengeluaran air kencing, menurunkan paras asid di dalam air kencing sekaligus mengurangkan kepekatan air kencing yang boleh menyebabkan berlakunya batu karang.

  1. Melancarkan Pencernaan / Penghadaman

Lemon juga kaya dengan serat yang mampu membantu untuk mengatasi masalah sembelit dan memberi rasa kenyang dengan lebih lama. Dengan itu, anda dapat mengelak pengambilan secara berlebihan.

  1. Mengatasi Masalah Nafas Berbau 

Nafas berbau amat tidak menyenangkan orang lain. Anda mungkin akan dijauhi sekiranya mempunyai masalah nafas berbau. Sekiranya anda mempunyai masalah ini, anada boleh cuba mengamalkan pengambilan jus lemon. 

Secara tradisionalnya, jus lemon digunakan untuk mengatasi masalah nafas berbau dan mulut kering. Mulut yang kering adalah salah satu punca kepada terjadinya masalah nafas berbau. 

Sifat asid yang ada pada buah sitrus ini mampu untuk merangsang penghasilan air liur (saliva) lalu dapat mencegah masalah bau nafas.

  1. Mencegah Penyakit Scurvi

Scurvi adalah disebabkan oleh kekurangan vitamin C (juga dikenali sebagai asid askorbik) yang menyebabkan gangguan pada tisu penghubung. Penyakit ini akan menyebabkan masalah kulit, pendarahan pada gusi, anemia, lemah tubuh badan, kehilangan gigi dan lain-lain.

Buah lemon mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi untuk mengatasi masalah ini. Anda boleh cuba amalkan ya!

  1. Mencegah tanda-tanda penuaan

Seperti yang dinyatakan diatas, buah lemon kaya dengan vitamin c dan mempunyai banyak manfaat untuk kulit wajah. 

Kandungannya yang tinggi dengan vitamin C mempunyai sifat antioksidan yang mampu melawan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan menyebabkan penuaan. Bukan itu sahaja, kandungan vitamin c ini juga  merangsang pembentukan kolagen untuk mengekalkan wajah anda kelihatan awet muda. 

  1. Membangkitkan Mood

Bau lemon juga amat menenangkan dan boleh membangkitkan mood anda. Ramai produk yang menggunakan ekstrak lemon untuk tujuan aromaterapi. Bahkan, produk dapur seperti sabun cuci pinggan, sabun pencuci tandas dan lain-lain juga sering menggunakan aroma lemon kerana baunya yang menyenangkan. 

Segelas air lemon di pagi hari juga boleh membuatkan anda lebih tenang dan bersemangat menjalani hari-hari anda. Selain membangkitkan mood, ia juga amat bermanfaat untuk kesihatan tubuh. 

Kesimpulan 

Ada bermacam-macam lagi khasiat lemon yang memberi manfaat untuk kesihatan dan kecantikan wajah.

Namun, anda perlu menggunakannya secara tidak berlebihan kerana ia mempunyai sifat asidik yang boleh membahayakan kesihatan sekiranya diambil secara berlebihan. Pastikan anda mendapatkan nasihat dan pandangan pakar sekiranya perlu. 

Semoga artikel ini memberi manfaat buat anda!

Sumber: rootofscience.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161