7 Khasiat Madu Kelulut Yang Luarbiasa, 4 Kali Ganda Lebih Antioksidan

Tahukah anda, khasiat madu kelulut adalah berbeza berbanding madu lebah yang lain?

Secara umumnya, madu merupakan manisan hasil pengumpulan nektar lebah yang dikumpul dari bunga ke bunga dan dibawa pulang ke sarang.

Manisan madu ini telah dieksploitasi oleh manusia sebagai makanan manisan dan juga sebagai sebahagian perubatan tradisional.

Baca juga : 7 Khasiat Latok Viral, Juga Dikenali Sebagai Anggur Laut Asia

Keunikan Madu Kelulut

Apa yang unik tentang madu kelulut adalah ia dihasilkan oleh lebah kelulut, iaitu sejenis lebah bersaiz kecil dari keluarga apidae yang tidak bersengat (meliponines).

Lebah kelulut juga dikenali sebagai lebah Trigona.

Menurut sumber penyelidikan dari  Institut Kemajuan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI), Malaysia dilaporkan mempunyai kepelbagaian spesies trigona yang terbanyak iaitu lebih daripada 35 spesies trigona berbanding dengan negara tropika Asia yang lain.

Dari segi rasanya pula, madu kelulut mempunyai rasa masam (tangy) dan tidak manis seperti madu lebah yang biasa kita makan.

Warna madu kelulut biasanya lebih jernih dan cair berbanding madu lebah biasa.

Kuantiti madu yang diperoleh daripada penuaian setiap sarang juga lebih rendah berbanding sarang lebah biasa.

Namun oleh sebab ia dihasilkan oleh lebah kelulut yang tidak bersengat, ia lebih mudah dikendalikan oleh pengusaha-pengusaha lebah.

7 Kelebihan & Khasiat Madu Kelulut

Setakat ini mungkin masih ramai yang belum mengetahui kelebihan kelulut.

Seperti madu lebah, kelulut menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat dan antioksidan yang tinggi, bahkan unik berbanding madu biasa.

Antara kelebihan dan khasiat madu kelulut adalah :

1. Mempunyai 4-10 Kali Ganda Lebih Anti-Oksidan Berbanding Madu Biasa

Menurut sumber dari MARDI, kandungan antioksidan yang terdapat dalam madu kelulut adalah 4 hingga 10 kali ganda lebih daripada madu biasa.

Asid fenolik, sejenis bahan antioksidan mudah serap juga hadir dalam madu kelulut dan kandungannya lebih tinggi berbanding madu tempatan atau madu import.

2. Mencegah Kanser & Keradangan

Anti-oksidan mempunyai pelbagai fungsi, terutamanya dalam melawan radikal bebas dan mencegah kanser.

Menurut kajian, asid fenilpropionik iaitu sejenis bahan utama madu kelulut didapati berpotensi mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2), sejenis enzim terbentuk semasa perkembangan barah usus besar.

3. Rendah Kandungan Gula

Dalam sebuah artikel, Ketua Pengarah MARDI Datuk Dr Sharif Haron berkata bahawa madu kelulut biasanya mempunyai kandungan fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa yang lebih rendah berbanding madu biasa.

Asid fenilpropionik yang terkandung dalam madu kelulut juga efektif dalam menurunkan tahap kolesterol dalam plasma dan hati serta trigliserida dalam darah.

4. Mengatasi Ulser Mulut & Gusi Bengkak

Lebah kelulut juga menghasilkan propolis, iaitu sejenis bahan resin berwarna kehitaman yang diambil oleh lebah dari pohon yang mengandungi getah.

Ia boleh digunakan untuk mengatasi ulser mulut dan gusi bengkak.

Dr Sherley Horax dari Falkutas Kedoktoran Gigi, Universiti Hasanuddin, Makassar melaporkan bahawa propolis lebah kelulut telah dibuat ubat kumur bagi mereka yang menderita radang gusi dan hasilnya 87% pesakit sembuh!

5. Mencegah Jangkitan Penyakit

Dalam sebuah kajian yang dilaporkan oleh The Borneo Post, khasiat madu kelulut amat unik kerana saiz lebah kelulut amat kecil membolehkannya menyedut nektar dari bunga yang tirus dan dalam, serta mampu menghasilkan propolis yang berkualiti tinggi.

Menurut sumber, propolis lebah kelulut dengan kepekatan 8.2% mampu menghalau pertumbuhan 4 jenis bakteria.

Pengambilan madu kelulut sebagai makanan sampingan boleh membantu mencegah jangkitan penyakit.

6. Meningkatkan Metabolisme Serta Tenaga Dalaman

Khasiat madu kelulut yang berasal daripada sari bunga sangat
mujarab untuk memulihkan pelbagai penyakit selain
meningkatkan metabolisme badan, menambah tenaga batin, merawat organ dalaman dan menjaga kecantikan.

7. Meningkatkan Daya Kreativiti & Imaginasi

Selain madu dan propolis, lebah kelulut juga menghasilkan sejenis produk yang dikenali sebagai ‘bee bread’ atau ‘roti lebah kelulut’.

Bee Bread merupakan campuran debunga (pollen) dengan madu
yang diolah menggunakan air liur kelulut.

Ia kemudiannya melalui proses pencernaan dan
fermentasi.

Kajian dari USM Kubang Kerian telah membuktikan bahawa pengambilan ‘bee bread’ ini akan memperkuatkan fungsi hati, hempedu, otot, mata serta dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi seseorang pengamalnya.

Baca juga : 7 Khasiat Sumac, Sejenis Rempah Timur Tengah Yang Kaya Anti Oksidan

Elak Produk Madu Tiruan

Tak dinafikan terdapat pelbagai produk madu di pasaran dan khasiatnya pula amat baik untuk kesihatan tubuh badan.

Walau bagaiamanapun, kita sebagai pembeli perlulah berhati-hati kerana dikhuatiri kita terbeli madu tiruan.

Oleh itu jangan lupa semak pada label botol dan buat sedikit
pencarian maklumat berkenaan koperasi, syarikat atau pengusaha yang menjual madu tersebut ya!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazurah Hassan
Nazurah Hassan

Berpengalaman sebagai pegawai penyelidik, kini mengurus keluarga sambil menulis artikel online. Hasil penulisan pernah diterbitkan di portal online TheAsianParent.com, PantangPlus.com, TZKRH, Majalah Labur dan SirapLimau.

Articles: 10