Khasiat Manjakani, Atasi Masalah Keputihan Wanita

Manjakani atau nama saintifiknya Quercus infectoria / Quercus lusitanica adalah merupakan sejenis keradangan atau bengkak yang terhasil disebabkan tindakbalas kimia daripada telur yang disuntik oleh serangga gall wasp. 

Telur ini akan menetas di dalam bengkak atau tumor tersebut dan akan keluar dengan membuat lubang daripada ‘buah’ ini. Kalau anda perasaan, ada lubang dibawah manjakani. Jadi, ia sebenarnya bukanlah sejenis buah asli dari pokok oak. 

Khasiat Manjakani

Khasiat manjakani untuk kesihatan tubuh badan tidak diragukan lagi. Dalam sebuah artikel yang ditulis oleh Dr Che Puteh, proses ‘pembengkakan’ yang terjadi untuk membentuk manjakani ini menghasilkan tanin, iaitu sejenis antioksidan yang tergolong dalam kelompok polifenol yang berperanan sebagai antioksidan dengan pelbagai fungsi.

Antara kandungan tanin yang terdapat di dalam manjakani ialah gallic acid, ellagic acid dan methyl gallate. Dianggarkan terdapat sekitar 50-70% gallotannins, gallic acid dan ellagic acid di dalam ekstrak manjakani.

Di samping itu, manjakani juga mengandungi asid fenolik, flavonoid, triterpenoids, steroid, saponin, glikosida dan anthraquinone. Komponen-komponen ini memainkan peranan penting melalui pelbagai mekanisma bagi merawat pelbagai jenis penyakit.

Mari kita baca khasiat manjakani untuk kesihatan dibawah. 

5 Khasiat Manjakani Untuk Kesihatan

  1. Mempercepatkan Penyembuhan Luka / Keradangan

Manjakani selalu digunakan untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka dan melegakan keradangan contohnya seperti keradangan tekak yang disebabkan oleh tonsilitis. Caranya mudah sahaja, kumur air rebusan manjakani secara konsisten sehingga tekak anda tidak sakit lagi. 

Khasiat Manjakani

Disebabkan kehadiran tannins yang sangat tinggi, manjakani mempunyai sifat astringent yang mana mampu membantu untuk mempercepatkan pengecutan tisu badan dan kulit. 

Bukan itu sahaja, dalam beberapa kajian yang telah dilakukan, ekstrak manjakani didapati membantu mempercepatkan penyembuhan luka kerana sifat anti-mikrobialnya mampu membataskan pertumbuhan bakteria di kawasan yang luka tersebut.

Ia mampu menghalang jangkitan yang disebabkan oleh pelbagai jenis bakteria seperti E.coli, Klebsiella, Salmonella, dan Candida albicans.

  1. Mengatasi Masalah Keputihan Wanita

Masalah keputihan adalah perkara yang sering dialami oleh segelintir wanita. Keputihan boleh dibahagikan kepada dua iaitu keputihan yang normal dan keputihan yang tidak normal. 

Keputihan normal biasanya terjadi disebabkan oleh pengaruh hormon seseorang manakal keputihan yang tidak normal pula boleh disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah jangkitan bakteria.

Manjakani mempunyai sifat anti mikrobial & anti kulat yang dipercayai dapat mencegah serta menghalang pertumbuhan kulat dan bakteria yang menjadi punca keputihan tidak normal berlaku. 

Keputihan normal boleh hilang sendiri secara natural dan tidak memerlukan apa-apa rawatan khusus, tetapi untuk keputihan yang tidak normal (berbauk, berwarna hijau, dll) memerlukan rawatan tertentu daripada ahli perubatan. 

Anda boleh gunakan manjakani ini sebagai salah satu ikhtiar namun perlu dapatkan nasihat daripada doktor sekiranya perlu. 

  1. Rawatan Untuk Malaria

Selain bersifat anti mikrobial, manjakani juga terbukti boleh membunuh parasit yang menyebabkan malaria. 

Malaria adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh parasit Plasmodium falciparum (dibawa oleh nyamuk) dan menyebabkan simptom yang biasanya termasuk demam, muntah dan sakit kepala. 

  1. Mengurangkan Simptom Sakit Gusi

Manjakani juga sangat bermanfaat untuk mengekalkan kesihatan mulut. Terdapat beberapa jenama ubat gigi yang menggunakan manjakani sebagai salah satu bahan kerana ia terbukti boleh mengurangkan simptom sakit gusi(gingivitis) serta mengurangkan pembentukan plak. 

Bukan itu sahaja, terdapat kajian yang mendapati bahawa penggunaan ubat gigi yang mengandungi manjakani dan herba-herba lain boleh mengurangkan bakteria anaerobik yang boleh menjadi punca jangkitan di dalam mulut.

  1. Mengawal Paras Gula Dalam Darah
Khasiat Manjakani

Di samping itu, manjakani juga mempunyai kesan antidiabetik boleh membantu mengawal dan menurunkan paras gula dalam darah. Sangat sesuai untuk pesakit kencing manis. 

Kesimpulan

Umum, manjakani mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh badan. Walaubagaimanapun, anda perlu mendapatkan nasihat daripada ahli perubatan sebelum memulakan pengambilan sekiranya perlu. Ambil secara sederhana, jangan berlebihan ya!

Sumber: https://www.alodokter.com/, rootofscience.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161