Khasiat Minyak Bijan Yang Ramai Tidak Tahu

Minyak bijan adalah merupakan minyak yang terhasil daripada bijan. Ia diperolehi apabila anda menghancurkan biji bijan. Biji bijan adalah hasil daripada pokok bijan yang boleh didapati di seluruh dunia. 

Minyak bijan merupakan merupakan minyak yang sering digunakan sebagai alternatif menggantikan minyak biasa untuk digunakan dalam makanan. Kalau anda suka makan makanan Korea, kebanyakan makanan Korea menggunakan minyak ini berbanding minyak biasa kerana rasanya yang lebih sedap. 

minyak bijan

Minyak ini juga mempunyai banyak kegunaan dalam kosmetik, perubatan, pembuatan sabun & syampu, serta digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Untuk pengetahuan anda, ia dikategorikan sebagai minyak sayuran yang mempunyai banyak khasiat kerana ia mengandungi vitamin, antioksidan yang tinggi dan sebagainya. 

Mari ketahui lebih lanjut mengenai khasiat minyak bijan untuk kesihatan seperti yang disenaraikan di bawah.

Khasiat Minyak Bijan Untuk Kesihatan Tubuh

1. Membantu Mengawal Tekanan Darah

minyak bijan

Minyak bijan boleh bertindak sebagai agen diuretik yang menyingkirkan natrium di dalam darah sekaligus membantu untuk mengawal tekanan darah. Terdapat beberapa kajian yang dijalankan membuktikan keberkesanan minyak ini untuk membantu mengawal tekanan darah selepas 45 hari pengamalannya. 

2. Menyihatkan Kulit

minyak bijan

Minyak bijan sering digunakan dalam produk kosmetik kerana khasiatnya yang mampu membantu menyihatkan kulit serta melindungi kulit daripada sinaran UV. Untuk pengetahuan anda,  minyak ini berupaya untuk menghalang sinaran UV sebanyak 30% berbanding minyak-minyak yang lain yang hanya mampu menghalang sinaran UV sebanyak 20%.

Selain itu, minyak ini juga kaya dengan kandungan antioksidan dan vitamin E serta beberapa nutrisi lain yang mampu memberi kebaikan kepada sel-sel kulit untuk menyembuhkan  beberapa jenis penyakit kulit. 

3. Anti Penuaan

minyak bijan

Kandungan antioksidan yang tinggi di dalam minyak bijan mampu melambatkan proses penuaan kulit terutamanya kulit wajah.  Hal ini kerana, kandungan antioksidan mampu melawan radikal bebas yang boleh memberi kesan buruk kepada kulit anda. 

Bukan itu sahaja, minyak ini juga mengandungi mineral seperti zink. Mineral ini berfungsi untuk menghasilkan kolagen untuk memberikan keanjalan kepada kulit wajah anda di samping membantu memperbaiki  sel-sel kulit yang rosak. 

4. Baik Untuk Kesihatan Jantung

minyak bijan

Kandungan asid lemak tidak tepu (asid lemak omega-6) yang terkandung dalam minyak bijan adalah lebih tinggi berbanding kandungan lemak tepu.

Ini menjadikan minyak ini lebih sihat berbanding minyak lain. Ia juga baik untuk kesihatan jantung dan boleh mencegah penyakit berkaitan jantung kerana mampu membantu mencegah atau melambatkan perkembangan plak di arteri anda.

5. Membantu Mempercepatkan Penyembuhan Luka 

minyak bijan

Minyak bijan juga dipercayai mampu membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Ia membantu bukaan luka untuk tertutup dengan cepat. Walaupun masih memerlukan kajian yang lebih lanjut namun, keupayaan minyak ini untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka mungkin disebabkan oleh sifat anti-radang dan antioksidan yang dimiliki. 

6. Baik Untuk Menyihatkan Rambut

minyak bijan

Selain minyak kelapa,  minyak bijan juga baik untuk menyihatkan rambut. Ia boleh membantu untuk mengurangkan kelemumur, melembapkan kulit kepala, menguatkan akar rambut, mengatasi masalah rambut kering  dan membantu membuat rambut anda berkilau. Oleh itu,  tidak hairanlah jika ia digunakan dalam pembuatan produk rambut yang ada di pasaran. 

Kesimpulan 

Walaupun minyak bijan baik untuk kesihatan, namun pastikan anda mendapatkan nasihat dan pandangan daripada pakar perubatan sebelum memulakan apa-apa apa amalan berkaitan minyak bijan terutamanya untuk individu yang mempunyai masalah kesihatan. 

Amalkan penggunaan minyak ini secara sederhana dan jangan berlebihan. Selamat mencuba!

Sumber: https://diva.my/, https://www.rasa.my/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161