11 Khasiat Minyak Zaitun Untuk Kesihatan Tubuh, Kulit & Rambut

Minyak zaitun cukup terkenal kerana ia sering digelar sebagai salah satu makanan sunnah kerana ia disebut di dalam Hadith dan juga Al-Quran.

Jom kami bongkarkan antara khasiat minyak zaitun yang jarang kita baca.

Umumnya, minyak zaitun adalah minyak yang diperah dari buah zaitun (Olea europaea).

Pokok zaitun ini banyak ditanam di kawasan Mediterranean, di mana negara negara yang banyak mengeluarkan minyak zaitun antaranya termasuklah Sepanyol, Turki, Greece dan Itali.

Baca juga: Benarkan Sumac Mampu Merawat COVID-19?

Jenis-jenis Minyak Zaitun Di Pasaran

Kalau anda perasan, ada banyak jenis minyak zaitun yang dijual di luar sana.

Selain digunakan sebagai bahan masakan, ia turut dijadikan bahan kosmetik, suplemen, atau kegunaan luaran untuk kesihatan badan.

Sebelum kita ketahui khasiat minyak zaitun, jom kenali serba sedikit tentang jenis minyak zaitun yang ada di pasaran.

Menurut sumber, jenis minyak zaitun digredkan berdasarkan 2 faktor iaitu,

  • proses pengekstrakkan minyak zaitun,
  • serta kadar keasidan minyak zaitun tersebut.

Antara variasi jenis minyak zaitun yang kerap dilihat di pasaran adalah:

  • Minyak Zaitun “Extra Virgin” – Ia adalah perahan pertama yang belum diubah dan mempunyai warna lebih gelap dan bau zaitunnya lebih kuat. Ia sesuai untuk dressing dan campuran sejuk kerana haba boleh mengubah dan merosakkan rasa dan kualiti minyak tersebut.
  • Minyak Zaitun Dara (Virgin Olive Oil) – Variasi yang paling popular, ia diperoleh dari hasil produksi dan pengolahan tahap kedua buah zaitun. Ia sesuai digunakan untuk memasak pada suhu rendahdan boleh dijadikan salad dressing.
  • Minyak Zaitun Asli (Pure Olive Oil) – Walaupun namanya asli, namun minyak zaitun ini yang sudah diubah menggunakan haba dan kimia untuk menjadikannya sesuai sebagai minyak serbaguna (dressing dan memasak).
  • Minyak Zaitun “Lite” – Jenis yang diubah untuk menjadikan smoke point  tinggi dan sesuai dijadikan untuk memanggang, memasak, menumis serta membakar.”

11 Khasiat Minyak Zaitun Untuk Kesihatan Tubuh, Kulit & Rambut

1. Membantu Penghadaman

Menurut Medical News Today, kandungan phenol dalam minyak zaitun berpotensi mempertingkatkan daya tahan usus serta kesihatan dalam perut.

Kandungan lemak “monounsaturated” didalam minyak zaitun didapati membantu penghadaman makanan dan melancarkan pergerakkan didalam usus.

Ini juga secara lansung mengelakkan masalah sembelit.

2. Baik Untuk Jantung

Kandungan tahap lemak tepu dan lemak tak tepu yang minima didalam minyak zaitun membolehkan ia mengawal tahap kolesterol dalam darah kita.

Menurut kajian yang dilaporkan oleh The British Journal Of Nutrition pula, mereka yang mengambil minyak zaitun didapati kurang berisiko terhadap penyakit stroke / angin ahmar.

3. Mencegah Diabetes

Minyak zaitun mengandungi lemak monosaturated dan polysaturated.

Beberapa kajian telah membuktikan kelebihan pengambilan makanan kaya dengan lemak monosaturated dan polysaturated ini berkesan untuk mencegah penyakit kencing manis.

Kurangnya risiko penyakit kencing manis dikalangan wanita juga telah ditemui oleh kajian The American Journal of Clinical Nutrition apabila pengambilan minyak zaitun menjadi amalan.

4. Bersifat Anti-Kanser

Menurut sebuah artikel di laman web HealthLine.com, orang di negara Mediterranean mempunyai risiko yang rendah terhadap kanser, dan saintis mempercayai bahawa amalan memakan minyak zaitun adalah antara puncanya.

Secara spesifiknya, sebuah kajian klinikal juga telah dilakukan di Sepanyol mendapati 62% wanita yang mengamalkan memakan minyak zaitun mempunyai risiko kanser payudara yang lebih rendah.

Ini kerana daun dari pokok zaitun mengandungi oleuropein, sebatian semulajadi yang berpotensi mencegah kanser payudara.

5. Merawat Kemurungan

Satu lagi kelebihan minyak zaitun yang menarik – ia boleh mengurangkan stres tau!

Menurut Dr Mohd Ramzdhan menerusi DoctorOnCall, minyak zaitun boleh meningkatkan tahap serotonin iaitu sejenis bahan kimia dalam otak yang memberi kesan anti-depresi atau anti-kemurungan.

6. Menyihatkan Kulit

Minyak zaitun amat terkenal dengan vitamin E yang diperlukan untuk melindungi kulit.

Selain itu, ia juga kaya dengan pelbagai vitamin lain seperti A, D dan K yang menyumbang kepada kesihatan kulit.

Ciri-ciri pada minyak zaitun juga sesuai dijadikan pelembap bagi kulit sebab ianya kurang melekit.

7. Menguatkan Tulang

Minyak zaitun yang kaya dengan polyphenol seperti Extra Virgin Olive Oil dikatakan mampu mengelakkan masalah kerapuhan tulang.

Dalam sebuah kajian pada tahun 2017, darah mereka yang mengamalkan minyak zaitun didapati mengandungi tahap osteocalcin yang lebih tinggi.

Ia merupakan petanda bagi pembentukan tulang yang sihat.

8. Membantu Mengatasi Alzheimer

Beberapa sumber menunjukkan bahawa khasiat minyak zaitun menyumbang kepada kesihatan otak.

Menurut saintis, minyak zaitun juga mempunyai kandungan oleocanthal yang boleh membantu mengatasi penyakit Alzheimer.

9. Membantu Mengawal Berat Badan

Sebuah pemerhatian yang dilakukan selama 30 bulan di Sepanyol mendapati pengambilan minyak zaitun yang kerap tidak menyebabkan penambahan berat badan.

Bahkan, dalam sebuah lagi kajian yang dijalankan selama 3 tahun mendapati diet yang kaya dengan minyak zaitun dikaitkan dengan peningkatan kadar anti-oksidan serta penurunan berat badan.

10. Mengurangkan Sakit Sendi

Kelebihan minyak zaitun didapati berupaya mengurangkan sakit sendi atau bengkak yang dialami akibat rheumatoid arthritis.

Menurut sumber, pengambilannya yang dikombinasikan bersama minyak ikan dapat memberi kesan yang baik kepada masalah ini.

11. Meningkatkan Kesuburan Rambut

Minyak zaitun mengandungi protein, anti-oksidan, serta ejen anti-mikrob yang menyihatkan rambut.

Dari sudut sains, semua khasiat ini mempu menambahkan kekuatan folikel, meningkatkan jangka hayat setiap urat rambut serta menyuburkannya.

Maka tak hairanlah menyapu minyak zaitun pada rambut telah diamalkan sejak turun-temurun lagi!

Baca juga: 7 Khasiat Latok Atau Anggur Asia

Kesimpulan

Ternyata begitu banyak kebaikan minyak zaitun yang boleh kita manfaatkan daripada pelbagai sudut.

Sama ada dimakan atau disapu, kandungan vitamin, mineral serta zat yang terdapat dalam minyak zaitun berpotensi meningkatkan tahap kesihatan seseorang yang mengamalkannya.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazurah Hassan
Nazurah Hassan

Berpengalaman sebagai pegawai penyelidik, kini mengurus keluarga sambil menulis artikel online. Hasil penulisan pernah diterbitkan di portal online TheAsianParent.com, PantangPlus.com, TZKRH, Majalah Labur dan SirapLimau.

Articles: 10