Khasiat Raja Kayu, Air Rebusannya Mampu Melembutkan Hati Anak?

Raja Kayu atau nama saintifiknya Cassia Fistula adalah merupakan sejenis pokok yang dipercayai mempunyai kelebihan yang istimewa sehinggakan digelar “Raja Kayu”

Mengenal Pasti Pokok Raja Kayu

Walaupun sukar ditemui kerana biasanya ia ditanam di kawasan hutan, namun ia sangat mudah dikenal pasti. 

Hal ini kerana, pokok raja kayu hidup menyendiri dan tidak dikelilingi oleh pokok-pokok lain. Ada yang mengatakan, ketika pokok raja kayu mahu hidup, semua tumbuhan di sekitarnya akan mati. Selain itu, anda juga boleh mengenal pasti pokok ini daripada daunnya. Daunnya tidak bertulang atau berurat.

Manakala, sekiranya anda ingin mengetahui ketulenan pokok ini, anda boleh cuba suluhkan kepingan kayu yang didakwa bahagian pokok raja kayu. Sekiranya lampu itu mampu menembusi kepingan yang legap tersebut, benarlah ia adalah pokok raja kayu.

khasiat raja kayu
Cahaya menembusi kepingan raja kayu

Khasiat Raja Kayu 

Tahukah anda, raja kayu telah digunakan untuk pelbagai jenis tujuan sejak berpuluh tahun yang lalu. Khasiat raja kayu yang banyak menyebabkan ia disebut sebagai raja segala penawar atau ibu segala ubat. 

  • Daun 

Dari luaran, daun raja kayu sering digunakan sebagai emolien iaitu untuk meredakan bengkak/keradangan yang disebabkan oleh gigitan serangga, rematik dan sebagainya. Anda hanya perlu tuam daun tersebut dikawasan yang bengkak/radang.

Air rebusan daunnya juga digunakan khas dalam merawat penyakit kuning (bayi), buasir, ulser rematik, kecacingan dan ekzema.

  • Akar

Akar pokok raja kayu digunakan khas untuk membantu melegakan sakit sendi, migrain, sakit dada dan blood dysentery (jangkitan pada usus yang menyebabkan cirit birit berdarah). 

Disamping itu, ia juga bermanfaat untuk membantu merawat demam, penyakit jantung, rematik, pendarahan, luka, ulser dan bisul dan pelbagai penyakit kulit. Bukan itu sahaja, ekstrak daripada akarnya juga boleh menurunkan paras gula darah sehingga 30%.

Untuk melegakan batuk, bakar akar raja kayu ini dan campur dengan sedikit garam bersama madu. Amalkan  3- 4 kali untuk membantu melegakan batuk.

  • Bunga

Ekstrak bunga pokok raja kayu sering digunakan untuk merawat untuk malaria dan demam lain kerana bersifat antipiretik (antipyretic) yang mampu membantu untuk mengurangkan keradangan dan haba badan. Selain itu, ia juga boleh membantu melegakan masalah tekak, penyakit mata dan sebagainya. 

  • Biji

Rasanya sedikit manis dan bersifat laxative, carminative, menyejukkan serta membantu meningkatkan selera makan dan juga aktiviti antipiretik (antipyretic). 

Biji raja kayu bermanfaat untuk mengelak sembelit, penyakit kuning, penyakit kulit dan juga masalah tekak. Bijinya yang telah dikeringkan menghasilkan aktiviti hipoglikemik yang ketara. 

Kepercayaan Berkaitan Raja Kayu 

Air rebusan teras Raja Kayu Putih dikatakan juga mampu melembutkan hati anak-anak yang degil dan nakal. Penagih alkohol, rokok atau pesakit batuk berdarah juga dikatakan mampu menggunakan air rebusan daun raja kayu sebagai penawar.

Terdapat dua jenis raja kayu iaitu raja kayu merah dan raja kayu putih. Raja kayu putih merupakan spesies raja kayu yang amat dicari oleh pencinta barangan mistik kerana dipercayai mempunyai kelebihan berbanding raja kayu merah. 

khasiat raja kayu

Banyak orang membeli raja kayu putih untuk dijadikan loket, mata cincin atau disimpan sahaja di dalam dompet kerana dipercayai pemakainya akan dilihat sebagai orang yang disegani dan berwibawa. 

Pokok raja kayu dikatakan hanya lemah pada api. Namun sekiranya ia dibakar, ia akan menghasilkan satu aroma yang harum dan lembut baunya. 

Kesimpulan

Khasiat raja kayu yang istimewa memang terkenal sejak dahulu  dan tidak dapat dinafikan walaupun masih memerlukan kajian yang lebih terperinci. Setiap apa yang diciptakan didunia ini sememangnya mempunyai manfaatnya yang tersendiri. 

Sumber: 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161