Khasiat Sacha Inchi Oil, Membantu Turunkan Beratkan Dengan Cepat!
Sacha Inchi atau Plukenetia volubilis (nama saintifiknya) adalah merupakan tumbuhan yang berasal dari kebanyakan kawasan tropika Amerika Selatan dan ditanam secara komersial di Asia Tenggara. Ia juga dikenali sebagai kacang sacha, kacang gunung atau kacang Inca.
Untuk pengetahuan anda, biji dan daun tumbuhan ini tidak boleh dimakan mentah kerana mengandungi toksin. Namun, bijinya selamat untuk dimakan selepas dibakar atau panggang. Bijinya yang mentah mengandungi antinutrien dan alkaloid yang berpotensi berbahaya, tetapi dikurangkan dengan pemanggangan ketuhar.
Biasanya, setelah dipanggang, bijinya akan dikisar menjadi serbuk halus untuk dicampurkan kepada pelbagai jenis produk makanan.
Selain itu, bijinya juga akan mengeluarkan ekstrak minyak yang dikenali sebagai minyak sacha inchi atau sacha inchi oil.
Ia mempunyai pelbagai kegunaan sama ada dalam masakan ataupun produk penjagaan kulit. Manakala, daunnya pula boleh dikeringkan dan dibancuh untuk membuat teh herba.
Tahukah anda, terdapat banyak khasiat sacha inchi oil untuk kesihatan tubuh badan kita. Jom baca!
Khasiat Sacha Inchi Oil
- Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Sacha inchi oil terhasil daripada ekstrak biji sacha inchi yang kaya dengan protein, serat, dan lemak yang boleh membantu mengekalkan kesihatan jantung.
Minyak ini mengandungi lemak tidak tepu yang mampu mengurangkan risiko penyakit jantung dan boleh digunakan sebagai pengganti lemak tepu atau karbohidrat dalam diet anda.
- Mengawal Paras Kolesterol
Paras kolesterol yang terkawal amat penting untuk mengurangkan risiko penyakit berbahaya seperti penyakit jantung, angin ahmar dan sebagainya.
Pengambilan sacha inchi oil dipercayai mampu menghalang peningkatan paras kolesterol dan keradangan ketika diambil bersama makanan yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi. Ia merupakan sumber asid lemak tak tepu yang hebat, sejenis lemak yang boleh membantu mengurangkan tahap kolesterol dan menyokong kesihatan jantung
Tambahan pula, ia turut mengandungi antioksidan dan sebatian fenolik yang boleh mengurangkan keradangan dalam tubuh sekaligus dan melindungi tubuh badan daripada penyakit kronik.
- Bermanfaat Untuk Sistem Penghadaman
Sacha inchi oil juga didapati mampu membantu mengimbangi bakteria berfaedah dalam usus untuk melancarkan sistem penghadaman.
Bukan itu sahaja, biji sacha inchi juga kaya dengan kandungan serat yang bermanfaat untuk mengurangkan risiko masalah penghadaman seperti sembelit dan lain-lain. Kandungan serat yang tinggi dapat melembutkan najis bagi memudahkan proses perkumuhan sekaligus mengelakkan buasir, masalah usus dan sebagainya.
- Membantu Menurunkan Berat Badan
Tahukah anda, satu hidangan biji sacha inchi boleh membekalkan lebih kurang 70 kalori serta mengandungi nutrisi penting seperti protein dan serat yang baik.
Protein, khususnya, boleh menyokong kawalan selera makan untuk bagi membantu proses penurunan berat badan dengan berkesan. Sama seperti protein, kandungan serat membuatkan anda berasa kenyang lebih lama sekaligus membantu anda menjayakan diet dengan lebih berkesan.
Disamping itu, sacha inchi oil juga mengandungi kandungan tryptophan yang tinggi. Tryptophan ialah sejenis asid amino yang menghasilkan serotonin; iaitu sejenis hormon. Hormon serotonin ini berfungsi untuk menstabilkan emosi dan juga, mengawal selera makan.
- Digunakan Dalam Kosmetik & Farmaseutikal
Untuk pengetahuan anda, sacha inchi oil juga digunakan secara meluas dalam bidang kosmetik dan farmaseutikal. Terdapat banyak produk penjagaan wajah dan juga kosmetik menjadikannya sebagai salah satu bahan utama.
Kesimpulan
Tidak diragukan lagi, minyak hasil daripada ekstrak biji sacha inchi ini sememangnya mempunyai banyak khasiat. Namun begitu, jangan ambil berlebihan dan pastikan anda dapatkan nasihat ahli perubatan sebelum memulakan pengambilan.
Apapun, semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda!
Sumber: https://www.healthline.com/nutrition/what-is-sacha-inchi