Khasiat Teh Hijau, Membantu Menghilangkan Kantung Bawah Mata?
Teh hijau atau lebih popular dikenali sebagai “green tea” kini lebih mudah didapati di mana-mana kafe minuman atau makanan.
Ia adalah merupakan sejenis minuman berkhasiat yang dihasilkan dari daun spesies Camellia Sinensis. Minuman yang berasal dari negara China ini berbeza dengan teh oolong dan teh hitam kerana ia tidak melalui proses pelayuan dan pengoksidaan dalam penghasilannya.
Mempunyai pelbagai kandungan yang baik untuk kesihatan tubuh badan dan kecantikan, khasiat teh hijau tidak dapat disangkalkan lagi.
Mari teruskan membaca.
Khasiat Teh Hijau Untuk Kesihatan Dan Kecantikan
- Membantu Mengurangkan Lingkaran Hitam Bahagian Mata
Umum mengetahui, teh hijau sangat bermanfaat untuk digunakan bagi tujuan kecantikan. Ia mengandungi antioksidan dan tanin yang dapat membantu untuk menyusutkan pembuluh darah di sekitar mata untuk mengurangkan pembengkakan dan peradangan mata.
Dengan itu, ia merawat mata bengkak dan mengurangkan lingkaran hitam di bawah mata secara semula jadi.
- Melembutkan Kulit Wajah
Selain bermanfaat untuk menghilangkan lingkaran bawah mata, ia juga sangat berkesan utnuk melembutkan kulit wajah.
Amalan meminum teh hijau dipercayai mampu mengeluarkan racun daripada kulit, mengurangkan keradangan, menyembuhkan luka, memudarkan parut dan meningkatkan keanjalan kulit wajah.
Bukan itu sahaja, ia juga dapat membantu mengurangkan kerosakan kulit wajah akibat sinaran cahaya uv daripada matahari.
- Mengurangkan Jerawat Dan Parutnya
Jerawat adalah masalh kulit yang terjadi disebabkan oleh beberapa faktor. Kandungan catechin yang terdapat di dalam teh hijau sangat bermanfaat untuk merawat jerawat.
Catechin ini berfungsi untuk mengawal ketidakseimbangan hormon, bersifat anti bakteria dan anti inflamasi yang merupakan penyebab jerawat.
Selain itu, komponen dalam teh hijau iaitu epigallocatechin-3-gallate (EGCG) juga merupakan salah satu bahan yang dapat membantu merawat jerawat dengan menghalang pertumbuhan bakteria yang boleh menyebabkan jerawat.
- Mengekalkan Awet Muda Wajah/Mencegah Penuaan
Seiring usia, wajah kita akan mula mengalami proses penuaan. Tetapi, untuk melambat proses tersebut anda boleh cuba amalkan meminum teh hijau.
Hal ini adalah kerana teh hijau mempunyai kandungan zat polifenol yang dapat membantu meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dan menjadi penyebab kerosakan kulit.
- Membantu Merawat Kencing Manis
Sekiranya anda menghidapi penyakit kencing manis, teh hijau amat baik untuk membantu melambatkan peningkatan gula dalam darah terutamanya selepas makan.
Dengan itu, keadaan in akani dapat mencegah insulin daripada meningkat dengan lebih tinggi dan juga menyebabkan terkumpulnya lemak.
Malah, terdapat kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan teh hijau yang berterusan boleh membantu meningkatkan kepekaan insulin dan mengurangkan kadar gula dalam darah.
- Mengurangkan Risiko Kanser
Tahukah anda, pengambilan teh hijau juga dapat membantu mengurangkan risiko terkena pelbagai jenis kanser. Ini adalah kerana kandungan polifenol (40%) yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser.
Ia mampu mengurangkan risiko terkena pelbagai jenis kanser, antaranya ialah;
- Kanser Payudara: Wanita yang meminum teh hijau boleh mengurangkan risiko mendapat kanser payudara sebanyak 22%.
- Kanser Prostat: Lelaki yang meminum teh hijau kurang risiko untuk mendapat prostat kanser sehingga 48%.
- Kanser Kolon: Mereka yang meminum teh hijau berisiko sehingga 57% lebih rendah untuk mendapat kanser kolon.
- Menyumbang Kepada Perkembangan Otak
Kandungan kafein dan amino asid L-theanine dalam teh hijau membantu menyumbang kepada perkembangan otak, daya fikiran dan meningkatkan aktiviti pada sistem saraf.
- Membantu Menurunkan Berat Badan
Amalan meminum teh hijau dipercayai dapat meningkatkan metabolisme dalam badan. Ekstrak teh hijau juga mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.
Anda disyorkan minum teh hijau sebelum melakukan aktiviti kerana ia dapat membantu membakar sehingga 17% lemak lebih banyak dibandingkan dengan mereka yang tidak minum teh hijau. Minum 30 minit sebelum beraktiviti.
Walaubagaimanapun, anda tetap kena menjaga pemakanan anda untuk diet yang berkesan.
Kesimpulan
Terdapat banyak lagi kelebihan teh hijau yang anda boleh perolehi. Pastikan anda meminum teh hijau ketika perut sudah diisi.
Kandungan catechin membuatkan teh hijau tidak sesuai untuk diminum ketika perut kosong kerana akan mengakibatkan kerosakan hati, dehidrasi dan rembesan asid gastrik yang menyebabkan sakit perut atau ulser.
Apapun, minum teh hijau secara berpada-pada kerana teh hijau juga mempunyai keburukan sekiranya diambil secara berlebihan.
Sumber: therohani.com. hellodoktor.com