Khasiat Timun,Mampu Mengecilkan Pori-Pori Wajah!

Timun atau nama saintifiknya, Cucumis sativus adalah merupakan sejenis sayuran yang boleh dimakan mentah sebagai ulam, acar dan pelbagai lagi jenis hidangan serta boleh dimasak bersama sayuran lain. 

Ia menjadi antara pilihan utama rakyat Malaysia kerana mudah didapati, mudah diolah sebagai menu hidangan serta harganya yang berpatutan. Bukan itu sahaja, terdapat banyak khasiat timun untuk kesihatan tubuh badan kita luaran dan juga dalaman. 

Bagi penggemar timun, mari kita baca khasiat timun dibawah satu persatu. 

Khasiat Timun

Khasiat Timun

  • Baik Untuk Kulit Wajah

Timun kaya dengan pelbagai jenis nutrisi yang baik untuk kulit wajah seperti vitamin C, vitamin A, folat, dan asid kafeik (Caffeic acid) yang memiliki sifat antiradang dan antioksidan. Kandungan nutrisi yang terdapat pada timun ini mampu membantu untuk menyihatkan kulit, mengurangkan kemerahan, jerawat dan juga iritasi kulit. 

Malah terdapat banyak produk kecantikan yang menggunakan timun sebagai salah satu bahan utama. Contohnya seperti, pencuci muka, mask untuk melembabkan kulit wajah, mask untuk mata, toner, dan lain-lain. Timun juga dikatakan dapat membantu membersihkan pori-pori untuk mengelakkan masalah kulit wajah yang lain seperti jerawat. 

Anda juga boleh menggunakannya sebagai bahan rawatan alami. Caranya mudah sahaja, potong timun dan kisarkan sehingga menjadi jus. Kemudian, tapis dan kumpulan sari-sari jus timun tersebut. Simpan di peti sejuk. Setelah beku, oleskan pada kulit wajah. Biarkan seketika dan bilas wajah dengan air yang bersih. Anda boleh juga campurkan dengan yogurt (tanpa perisa). 

Sensasi sejuk daripada ais batu sari timun tersebut tadi boleh membantu anda untuk mengecilkan pori-pori wajah disamping menyegarkan dan melembapkan kulit. Lakukan secara konsisten untuk hasil yang lebih baik lebih-lebih sekiranya kulit anda selalu kering/dehydrated.

Seiring meningkatnya usia, kulit wajah kita juga memerlukan penjagaan yang lebih. Jangan risau, penggunaan timun dapat membantu anda!

Kandungan antioksidan yang terdapat dalam timun boleh membantu untuk melambatkan proses penuaan. Selain itu, kandungan vitamin C dan folik asid yang terdapat dalam timun juga akan membantu merangsang pertumbuhan sel kulit baru sekaligus menganjalkan kulit wajah.

  • Kandungan Air Yang Banyak

Tahukah anda, hampir 96% daripada kandungan timun ialah air. Oleh itu, ia sangat bermanfaat untuk mengekalkan air di dalam tubuh. Tanpa air yang mencukupi, badan tidak akan dapat berfungsi dengan baik.

Untuk mengekalkan hidrasi di dalam badan, anda disyorkan untuk mengamalkan memakan timun. Bukan itu sahaja, kandungan air yang mencukupi di dalam badan juga akan membantu melancarkan sistem penghadaman serta mengelakkan sembelit. 

  • Rendah Kalori

Jangan risau, pengambilan timun yang banyak tidak akan menyebabkan berat badan anda meningkat. Hal ini kerana, timun adalah merupakan sejenis sayuran yang rendah kalori. Tambahan pula, ia mengandungi pelbagai jenis nutrisi yang baik untuk kesihatan tubuh. 

Untuk mendapatkan nutrisi sepenuhnya, elakkan daripada mengupas kulitnya kerana ini akan mengurangkan kandungan serat dan beberapa vitamin yang lain.

Dengan kalori yang rendah serta kandungan air yang tinggi, sayur ini mampu membuatkan 

perut kenyang tanpa menambah pengambilan kalori anda. Justeru, ia adalah salah satu makanan yang sesuai untuk menu diet anda!

  • Bagus Untuk Kesihatan Jantung

Menurut The American Heart Association (AHA), kandungan serat di dalam timun dapat membantu mengawal tahap kolesterol sekaligus mencegah penyakit kardiovaskular. 

  • Menguatkan Tulang 

Timun juga mengandungi kalsium yang dapat membantu memperkuatkan tulang serta mengurangkan risiko penyakit berkaitan tulang. 

Kesimpulan 

Timun sememangnya menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia/ Amalkan penggunaan atau pengambilan timun secara mentah, jus, atau sebagai bahan rawatan sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk mendapatkan manfaatnya. 

Selamat mencuba!

Sumber: https://hellodoktor.com/, https://katadata.co.id/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161