Khasiat Tomato Untuk Kulit Wajah Yang Sihat

Tomato atau nama saintifiknya, Solanum lycopersicum adalah merupakan buah daripada sejenis tumbuhan herba. Biasanya ia dihidangkan bersama ulam-ulaman, dibuat sambal, atau dicampur ke dalam masakan sebagai bahan utama atau pelengkap hidangan. 

Anda boleh temui tomato dalam beberapa warna iaitu merah, hijau, kuning atau ungu. Saiznya juga berbeza-beza mengikut jenis. 

Tomato mengandungi pelbagai jenis nutrisi contohnya seperti vitamin C, A, K, B1, B2, B3, B6, mineral, antioksidan dan banyak lagi. 

Khasiat tomato untuk kecantikan wajah tidak perlu diragukan lagi. Banyak produk penjagaan kulit wajah menggunakan ekstrak tomato sebagai bahan utama dalam penghasilan produk. Sebenarnya terdapat banyak lagi khasiat tomato yang mungkin anda tidak ketahui. 

Jadi, mari teruskan membaca!

Khasiat Tomato

Khasiat Tomato

  • Baik Untuk Kesihatan Kulit Wajah 

Kandungan likopena dan vitamin C di dalam buah tomato adalah merupakan antara dua bahan utama yang sangat bermanfaat untuk kulit wajah. 

Semakin masak buah tomato (semakin merah warnanya), maka semakin tinggi kandungan likopena. Manfaat likopena ini adalah, ia dipercayai mampu melindungi kulit dari kerosakan sinar UV atau sunburn. 

Manakala, kandungan vitamin C di dalam tomato sangat bermanfaat untuk membantu pembentukan kolagen. Vitamin C adalah merupakan salah satu agen yang dapat menggalakkan penghasilan kolagen yang bermanfaat untuk memastikan keanjalan kulit wajah. 

Bukan itu sahaja, ia  juga mampu membantu melambatkan proses penuaan. Jadi, wajah anda akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar. 

Untuk masalah jerawat pulak, anda boleh cuba amalkan memakai tomato di kawasan yang berjerawat. Caranya mudah sahaja, pertama sekali, potong kecil tomato dan hancurkan (kisar). Kemudian, letakkan di dalam bekas dan letakkan di dalam peti sejuk. 

Biarkan sehingga mengeras, kemudian oleskan ais batu ekstrak tomato tadi di kawasan yang berjerawat. 

  • Baik Untuk Kesihatan Mata

Untuk pengetahuan anda, kandungan antioksidan (lutein dan zeaxanthin) di dalam tomato amat baik untuk kesihatan mata. Fungsinya ialah, melindungi mata daripada penyakit degenarasi makular yang boleh menjadi punca mata buta. 

Dengan pengambilan tomato, anda boleh mengurangkan risiko ini. 

  • Membantu Mengurangkan Risiko Terkena Kanser

Pemakanan adalah merupakan salah satu penyebab terjadinya macam-macam penyakit termasuklah kanser. 

Anda boleh  mengamalkan tomato atau menggunakan produk yang berasaskan tomato nagi mengurangkan risiko terkena kanser terutamanya kanser prostat. Hal ini adalah kerana, tomato mampu membantu mengurangi kadar PSA yang tinggi dalama badan yang boleh menjadi penyebab kanser prostat. 

Selain itu, kandungan likopena di dalam tomaot juga sangat bermanfaat untuk mengurangkan risiko terkena kanser payudara. 

  • Baik Untuk Kesihatan Jantung

Kandungan likopena tersebut juga turut membantu mengurangkan kolesterol jahat yang boleh meningkatkan risiko terkena serangan jantung. 

  • Baik Untuk Ibu Mengandung

Folat atau Vitamin B9 amat diperlukan oleh ibu mengandung untuk memastikan kesihatan janinnya. Tahukah anda, tomato yang bersaiz sederhana mampu membekalkan 3% folat kepada ibu mengandung. 

Sekiranya anda sedang mengandung, rajin-rajin la ye makan tomato. 

  • Membantu Proses Detoksifikasi 

Detoksifikasi adalah merupakan salah satu proses penting dan diperlukan tubuh bagi menyingkirkan toksik-toksik yang terdapat dalam badan. Tomato mengandungi klorin dan sulfur yang boleh membantu dalam proses detoksifikasi ini. 

Klorin berfungsi untuk menyingkirkan dan menapis bahan kumuh badan, manakala sulfur pula berfungsi untuk memelihara daripada penyakit sirhosis hati. Oleh itu, pengambilan tomato dalam diet seharian dilihat sangat baik untuk kesihatan hati.

Kesimpulan 

Manfaat daripada buah tomato ini tidak dapat diragukan lagi. Bahkan terdapat banyak kajian yang membuktikan manfaatnya untuk kesihatan dan kecantikan. Memasukkan tomato dalam menu anda adalah pilihan yang bijak untuk kekal sihat. Tambahan lagi, anda boleh mendapatkannya dengan mudah sama ada dalam bentuk buah ataupun pes yang telah diolah. 

Akhir sekali, semoga perkongsian ini bermanfaat dan memberi anda pengetahuan baru mengenai khasiat tomato. 

Sumber: Jiwasihat.com, rootofscience.com

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161