Khasiat Vitamin C Untuk Hilangkan Kulit Kusam Dan Tona Tidak Sekata

Vitamin C adalah merupakan sejenis vitamin larut air yang agak popular kerana kepentingannya yang banyak. Ia juga dikenali sebagai asid askorbik, nama saintifiknya. 

Kita boleh mendapatkan vitamin C melalui sumber makanan atau suplemen yang boleh didapati di mana-mana farmasi/kedai ubatan. Berbeza dengan haiwan, sebahagian haiwan mampu menghasilkan vitamin C sendiri. 

khasiat vitamin C

Walaubagaimanapun, setiap individu mempunyai kadar keperluan vitamin C yang berbeza. Pengambilan vitamin C yang berlebihan akan dikumuh melalui air kencing kerana ia tidak berupaya disimpan dalam jumlah yang besar di dalam badan. 

Sumber vitamin C yang terbaik ialah buah-buahan dan sayur-sayuran. Contohnya seperti brokoli, jambu batu, betik, buah sitrus (seperti oren dan limau gedang), kiwi dan macam-macam lagi!

Mari ketahui apakah khasiat vitamin C beserta kepentingannya di bawah!

Khasiat Vitamin C

  1. Membantu Melegakan Selesema & Demam

Walaupun belum ada kajian khusus mengenai keberkesanan Vitamin C untuk menyembuhkan selesema dan demam, namun ia terbukti mampu mengurangkan tempoh dan juga tahap keterukan selesema dan demam. 

Tambahan pula, vitamin C juga adalah merupakan sejenis antioksidan yang mampu membantu meningkatkan sistem imun tubuh untuk mencegah pelbagai jenis penyakit. Terdapat kajian menunjukkan pengambilan Vitamin C boleh meningkatkan antioksidan dalam badan sebanyak 30% untuk melawan penyakit secara semula jadi. 

  1. Membantu Mencegah Masalah Penglihatan 

Masalah penglihatan terutamanya dalam kalangan orang-orang tua sememangnya sering berlaku. 

Satu kajian besar yang melibatkan golongan tua mendapati kumpulan yang mengambil vitamin C dengan zink, vitamin E, beta karotena dan copper lebih lambat kehilangan penglihatan (advanced AMD) berbanding mereka yang tidak mengambil suplemen kesihatan tersebut di atas.

AMD: Degenerasi makula berkaitan usia (AMD) ialah penyakit mata yang boleh mengaburkan penglihatan pusat anda . Ia berlaku apabila penuaan (umur) menyebabkan kerosakan pada makula (bahagian depan mata). 

  1. Membantu Penyerapan Zat Besi Dengan Lebih Efisyen

Pengambilan vitamin C juga didapati boleh membantu penyerapan zat besi ke dalam saluran darah dengan lebih efisyen terutamanya sumber zat besi bukan heme (selain daripada haiwan). Ia ‘menangkap’ zat besi dan menyimpannya dalam bentuk yang lebih mudah untuk diserap oleh badan.

Maka, pengambilan vitamin C sangat penting bagi melindungi daripada penyakit anemia yang berlaku disebabkan oleh ketidakcukupan zat besi.

Tamabahan pula, fungsi zat besi pula adalah membentuk hemoglobin. Dengan hemoglobin, tubuh badan akan mendapat oksigen yang mencukupi. 

  1. Menyihatkan Kulit

Sekiranya anda perasan, banyak produk penjagaan wajah menggunakan vitamin C sebagai salah satu kandungan utamanya. Hal ini kerana, vitamin C terbukti mampu memberikan pelbagai kesan positif untuk kulit wajah serta membantu menyegarkan dan menyerikan wajah. 

Kandungan kolagen yang terdapat dalam vitamin C sangat bermanfaat untuk menyihatkan kulit wajah dan juga melambatkan penuaan berlaku agar wajah kekal awet muda sentiasa. Selain itu, ia juga membantu merawat kekusaman pada wajah dan memulihkan tona kulit yang tidak sekata.

Bukan itu sahaja, vitamin C juga dipercayai boleh mengoptimumkan pengeluaran melanin untuk melindungi kulit daripada kanser kulit akibat sinaran UV berlebihan. 

  1. Mencegah Penyakit Scurvi

Manusia yang kekurangan vitamin C, tidak boleh menggantikan kolagen di dalam badan mereka dan menyebabkan pelbagai jenis tisu dalam badan menjadi rosak. 

Salah satu penyakit akibat kekurangan vitamin C ialah penyakit skurvi (gusi yang bengkak berdarah dan kemerahan, penyembuhan luka lambat serta kehilangan gigi). Gejala kekurangan vitamin C berlaku jika pengambilan vitamin C adalah kurang daripada kira-kira 10 mg / hari untuk beberapa minggu.

Kesimpulan 

Pengambilan vitamin C yang terbaik adalah daripada sumber buah-buahan dan sayuran seperti yang dinyatakan pada awal perenggan artikel ini. Sila dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi anda sebelum mengambil suplemen kesihatan vitamin C, terutamanya pengambilan dos yang tinggi.

Hal ini kerana, pengambilan vitamin C tambahan tidak sesuai untuk beberapa kategori pesakit kerana boleh menyebabkan komplikasi yang lebih teruk. 

NOTA: Menurut portal MyHEALTH, sebiji buah jambu batu mengandungi 206 mg vitamin C manakala sebiji oren dengan saiz sederhana mengandungi 59-83 mg vitamin. Jadi kalau nak sumber vitamin C yang tinggi secara semulajadi, banyakkan memakan jambu batu okay!

Sumber:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161