Lactul : Cara Pengambilan dan Keserasiannya Dengan Pesakit Diabetes dan Ibu Hamil

Lactul ialah ubat lawas yang diolah daripada lactose. Ubat ini diambil dalam bentuk cecair bagi merawat sembelit. Ubat ini juga digunakan bagi merawat hepatic encephalopathy akibat penyakit hati.

Bagaimana Lactul Berfungsi ?

Lactul dicernakan di dalam sistem penghadaman dan menarik air dari dalam badan. ini akan membantu melembutkan najis dan memudahkan anda untuk buang air besar. Proses ini juga dikenali sebagai osmotic laxative.

Baca juga : Makanan Berangin Yang Perlu Dielakkan Untuk Atasi Perut Kembung dan Berangin

Kredit Foto : alpropharmacy.com

Maklumkan Pada Doktor Tentang Kesihatan Sebelum Mengambil Ubat Ini

Walaupun ia boleh dibeli di farmasi, adalah lebih baik untuk anda dapatkan rundingan daripada doktor terlebih dahulu.

Jika anda bercadang untuk ambil ubat ini, beritahu doktor sekiranya anda tergolong dalam kategori seperti berikut :

  • Alah kepada lactose, pengambilan gula atau sebarang ubat-ubatan dan makanan
  • Sedang menyusu
  • Hamil atau sedang ikhtiar hamil
  • Sedang amalkan diet bebas galactose (galactose-free diet)
  • Akan jalani pembedahan tidak lama lagi

Cara Pengambilan Ubat  

  1. Goncang botol sebelum membukanya
  2. Biasanya ubat ini didatangkan bersama cawan penyukat atau sudu plastik. Gunakan penyukat yang diberikan untuk sukat ubat.
  3. Baca arahan di label ubat dan ambil sekadar dos yang dibenarkan sahaja
  4. Ubat ini rasanya agak manis. Jika sukar untuk ditelan, anda boleh campurkan ubat ke dalam secawan air kosong dan minum.
  5. Selepas mengambil ubat ini, pastikan anda minum banyak air kira-kira 6 ke 8 gelas untuk membantu kurangkan sembelit yang dialami.

Biasanya lactul dapat meredakan sembelit selepas 2 hari penggunaan. Rujuklah kepada doktor sekiranya anda masih alami sembelit selepas 3 hari penggunaan.

Jauhkan ubat ini daripada capaian kanak-kanak.

Kesan Sampingan Lactul

Seperti ubat-ubatan yang lain, lactul boleh memberikan kesan sampingan pada sesetengah orang.

Antara kesan sampingan yang biasa berlaku ialah :

  • Perut kembung
  • Perut angin (banyak sendawa dan kentut)
  • Loya
  • Sakit perut

Biasanya kesan sampingan ini tidaklah teruk dan akan reda sendiri selepas satu atau dua hari.

lactul

Kesan Sampingan Serius

Anda perlulah dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya mengalami kesan sampingan serius seperti :

  • Muntah yang teruk
  • Otot kejang
  • Badan lesu
  • Denyutan nadi tidak teratur
  • Alahan pada lactulose (anaphylaxis)

Pengambilan Lactul Ketika Mengandung

Wanita yang hamil mudah untuk alami sembelit pada trimester ketiga atau selepas bersalin.

Berdasarkan NHS.uk, pengambilan lactul oleh ibu mengandung atau menyusukan anak adalah selamat.

Namun, ibu hamil lebih disyorkan untuk rawat sembelit dengan cara semulajadi seperti minum lebih banyak air dan ambil lebih banyak makanan berserat.

Jika pengambilan makanan atau senaman ringan masih tidak berkesan, mungkin anda perlukan bantuan ubat lawas untuk kurangkan masalah ini.

lactul

Pengambilan Lactul Oleh Pesakit Diabetes

Walaupun lactul diperbuat daripada gula sintetik, ia selamat diambil oleh pesakit diabetes.

Pesakit diabetes juga sering menganggap lactul adalah sama dengan lactose padahal kedua-duanya adalah jenis gula yang berbeza.

Berbanding lactose, lactul akan dicernakan di dalam sistem penghadaman dan hanya jumlah kecil akan pergi ke salur darah.

Sekiranya anda menghidap diabetes dan mengambil lactul dengan sukatan yang normal, ia tidak akan memberi kesan yang begitu banyak pada kenaikan paras gula dalam darah.

Namun, jika penghidap diabetes perlu ambil lactul dalam dos yang lebih tinggi dalam jangka masa panjang, ia boleh memberikan kesan kepada paras gula.

Dalam situasi ini, pesakit perlulah pantau paras gula dan maklumkan kepada doktor tentang sebarang perubahan.

lactul

Rawat Sembelit Secara Semulajadi

Secara umumnya, sembelit berlaku akibat gaya hidup tidak aktif dan kurang pengambilan air serta makanan berserat.

Biasanya sembelit boleh dirawat tanpa menggunakan ubat lawas. Antara kaedah yang anda boleh cuba untuk elakkan sembelit ialah :

1.Lebihkan pengambilan serat dalam diet

Sasarkan pengambilan serat sebanyak 30 gram sehari. Sumber serat boleh didapati daripada buah-buahan, sayur-sayuran serta karbohihdrat kompleks.

Anda juga boleh latih diri untuk naikkan pengambilan serat sedikit demi sedikit agar badan terbiasa dengan nutrisi penting ini.

2.Minum lebih banyak air

Air yang mencukupi amat penting untuk kesihatan tubuh di samping melembutkan najis

lactul

3.Rajinkan bersenam

Badan yang aktif akan membantu sistem pencernaan bergerak dengan lebih lancar.

Sumber :

Lactulose oral solution

https://my.clevelandclinic.org/health/drugs/19131-lactulose-oral-solution

Lactulose

https://www.nhs.uk/medicines/lactulose/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Nazirah Hassan
Nazirah Hassan
Articles: 85