Makanan Diet Sihat | Nak Kurus? Cuba Menu Diet 7 Hari Ini!

Makanan Diet Sihat | Nak Kurus? Cuba Menu Diet 7 Hari Ini! ~Bentuk badan yang cantik perlukan penjagaan dan juga usaha yang berterusan.

Selain senaman sudah pasti pemakanan juga merupakan salah satu faktor utama yang penting perlu dititikberatkan sekiranya anda ingin mencapai  bentuk badan impian anda. 

Makanan Diet Sihat

Sekiranya anda baru berjinak-jinak dengan diet mungkin belum banyak menu yang anda ketahui yang boleh diamalkan bagi membantu  anda menguruskan badan. 

Oleh itu,  pada artikel kali ini kami akan kongsikan beberapa menu diet yang anda boleh amalkan selama tujuh hari. Jom baca!

Contoh Makanan Diet Sihat (Menu) 

NOTA: Menu ini hanyalah sebagai menu cadangan untuk dijadikan panduan mengikut kesesuaian anda.

Hari pertama

  • Sarapan pagi: Oat + buah-Buahan (Contohnya, pisang, anggur, blueberry) – boleh buat ‘overnight oat’ 
  • Makan tengah hari: Nasi putih (segenggam) + potongan dada ayam panggang (diperap bersama bawang putih dan lemon) 
  • Minum petang: Potongan buah
  • Makan malam: Bihun goreng (kurang minyak & garam) +  telur rebus

Hari kedua

  • Sarapan pagi: 2 keping roti gandum + telur hancur 
  • Makan tengah hari: Nasi putih (segenggam) + tempe & tauhu goreng + sup sayur
  • Minum petang: Potongan buah 
  • Makan malam: Nasi putih (segenggam) + potongan dada ayam yang dipanggang

Hari ketiga

  • Sarapan pagi: 2 keping pancake pisang
  • Makan tengah hari: Nasi putih (segenggam) + ikan stim bersama limau
  • Minum petang: Kacang badam +  coklat gelap
  • Makan malam: Nasi putih (segenggam) +  sup sawi dan tauhu

Hari keempat

  • Sarapan pagi:  Oat + buah-Buahan (Contohnya, pisang, anggur, blueberry) – boleh buat ‘overnight oat’ 
  • Makan tengah hari: Nasi putih (segenggam) + sup ayam
  • Minum petang: Kacang
  • Makan malam: Nasi putih (segenggam) + ayam stim

Hari kelima

  • Sarapan pagi: Smoothies pisang mentega kacang
  • Makan tengah hari: Nasi putih (segenggam) +  sup ikan
  • Minum petang: Yogurt bersama potongan buah-buahan
  • Makan malam: Nasi putih (segenggam) +  lauk singgang ikan

Hari keenam

  • Sarapan pagi: Roti bakar + potongan epal dan sedikit madu
  • Makan tengah hari: Nasi putih (segenggam) +  ikan bakar dan air asam
  • Minum petang: Telur rebus yang dilenyek dan dimakan bersama roti
  • Makan malam: Nasi putih (segenggam) +  lauk tomyam ayam

Hari ketujuh

  • Sarapan pagi: Wrap dengan inti ayam panggang dan sayur bayam
  • Makan tengah hari: Nasi putih (segenggam) +  ayam panggang lada hitam
  • Minum petang: Popia berinti sayur
  • Makan malam: Spaghetti aglio olio dengan potongan ayam

Amalkan Gaya Hidup

Pastikan juga anda; – 

  • Mengamalkan minum air putih secukupnya atau campurkan sedikit perahan limau 
  • Elakkan meminum air manis atau berkarbonat
  • Tidak terlepas sarapan pagi
  • Mengawal jumlah (portion) makanan anda
  • Elak snek yang tidak sihat seperti kerepek, minuman berkarbonat dan kek yang manis dan bergula
  • Elakkan makanan yang tinggi kandungan lemak tepu
  • Makan malam sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur
  • Kerap melakukan senaman
  • Banyakkan makan buah-buahan & sayuran

Amalan pemakanan seimbang amat penting untuk membantu anda turunkan berat badan. Namun, anda tidak perlu terlalu tegas dalam soal pemakanan sehingga menyebabkan kesihatan anda terganggu. Berpada-padalah. 

Sumber: https://hellodoktor.com/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161