Telur, Sayuran Hijau, Daging Pejal Antara Makanan Diet Terbaik Jika Ingin Kurus!

Badan yang sihat datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Walau bagaimanapun, untuk mengekalkan kesihatan diri, makanan merupakan satu komponen yang sangat penting. Sebab itulah, ramai yang menitikberatkan makanan diet untuk kekal sihat dan bertenaga.

Menurut kajian, ada beberapa jenis makanan yang dapat memberi kesan terhadap selera makan kita. Makanan ini amat bermanfaat jika kita menambahkannya dalam diet seharian.

Walaupun makanan diet ini dapat membantu, senaman serta aktiviti fizikal masih lagi penting untuk menurunkan atau mengekalkan berat badan pada tahap yang sihat.

Jika menurunkan berat badan merupakan goal anda untuk tahun ini, ada beberapa makanan sihat yang terbukti oleh sains dan dapat membantu perjalanan diet anda.

Makanan diet terbaik untuk kurus

1. Telur

makanan diet

Telur mempunyai reputasi buruk sebagai makanan diet kerana ia dikatakan mempunyai kolesterol yang tinggi. 

Walau bagaimanapun, tanggapan ini sebenarnya tidak benar sama sekali.

Telur putih dan telur kuning kaya dengan pelbagai nutrisi seperti protein, vitamin dan mineral.

Telur kuning mengandungi vitamin larut lemak seperti vitamin D dan E serta asid lemak yang penting untuk badan. Kebanyakan protein dalam sebiji telur pula terkandung dalam putih telur.

2. Sayur-sayuran hijau

Tidak dapat dinafikan lagi, sayur-sayuran hijau merupakan makanan diet yang terbaik untuk kita. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral yang bagus untuk badan.

Dengan kandungan serat dan kalori yang rendah, sayur-sayuran hijau dapat membantu anda menguruskan atau mengekalkan berat badan.

Malah, sayur hijau juga mempunyai khasiat yang dapat menjauhkan kita daripada pelbagai penyakit seperti kanser, serangan jantung dan osteoporosis.

Jika anda ingin rasa kenyang dengan lebih lama, tambahkan sayuran hijau ke dalam diet anda. 

Ia boleh mengurangkan selera makan dan membuatkan anda kenyang dalam masa yang lebih panjang!

3. Daging pejal

makanan diet

Daging pejal atau lean meat merupakan sejenis daging dengan kandungan lemak yang sangat rendah. Antara contoh daging pejal ialah ayam tanpa kulit.

Makanan dalam kategori ini mempunyai kandungan protein yang tinggi. 

Dalam masa yang sama, daging pejal turut mengandungi nutrisi lain seperti iodin, zat besi, zink, vitamin B12 dan asid lemak yang penting untuk badan. 

Disebabkan daging pejal kaya dengan zat besi, zink dan vitamin B12, ia amat berkhasiat dimakan ketika kehamilan.

Wanita yang sedang menstruasi dan juga mereka yang sering bersukan juga digalakkan melebihkan pengambilan daging pejal. 

4. Kentang sebagai makanan diet

Kentang bukanlah satu makanan yang dianggap berkhasiat. Namun, ia mempunyai nutrisi yang yang banyak dan sangat baik untuk dijadikan makanan diet.

Walau bagaimanapun, janganlah ambil makanan yang berminyak seperti kentang goreng dan kulit kentang.

Jika disediakan dengan betul, kentang boleh jadi makanan yang sangat sedap, sihat dan mengenyangkan.

Kentang merupakan makanan yang bebas kolesterol dan lemak. Ia juga mengandungi banyak serat yang dapat mengelakkan penyakit jantung dan menstabilkan kadar kolesterol dan gula dalam darah.

5. Kekacang

makanan diet

Tahukah anda, kekacang sangat baik untuk kesihatan? Kacang seperti walnut, almond dan sebagainya boleh merendahkan kolesterol dan boleh diambil sebagai makanan diet yang sihat.

Tetapi, kacang mempunyai kalori yang tinggi. Jadi, elakkan makan terlalu banyak kacang. 

Ia boleh menjadi snek yang sihat, tetapi hanyalah jika ia diambil dalam jumlah yang sepatutnya.

Menurut Mayo Clinic, kekacang mempunyai pelbagai khasiat. Antaranya ialah:

  1. Merendahkan tahap kolesterol ‘jahat’ dalam badan.
  2. Memperbaiki kesihatan lapisan arteri.
  3. Menurunkan risiko penyakit jantung.
  4. Merendahkan risiko darah beku yang boleh menyebabkan serangan jantung.

6. Ikan tuna

Ikan tuna merupakan makanan laut yang paling lazim di dunia. Disamping rasanya yang berperisa, ikan tuna sangatlah berkhasiat dan sesuai dijadikan makanan diet.

Ikan tuna kaya dengan vitamin B12, sejenis vitamin yang amat penting dalam pembuatan darah. 

Ia juga membantu badan menghasilkan sel darah merah baharu dan menghalang penyakit seperti anemia.

Tahap asid lemak omega 3 yang tinggi di dalam tuna juga amat bermanfaat untuk kesihatan jantung. 

Dalam masa yang sama, ia mempunyai kesan positif terhadap kesihatan mata terutamanya pada kawasan retina.

Pilih makanan diet yang betul

Jika anda ingin memilih makanan diet, elakkan pengambilan makanan yang bergoreng. Pilih makanan yang telah direbus, dibakar atau distim.

Lebihkan pengambilan daging pejal seperti ayam, telur dan ikan. Jangan lupa, potong dulu lemak yang ada dan buang kulit sebelum makan.

Selain jenis makanan, saiz hidangan juga perlu dititikberatkan. 

Walaupun makanan ini dalam kategori sihat, kita masih perlu mengambilnya secara sederhana. Jika tidak, ia mungkin akan menyebabkan peningkatan berat badan.

Elakkan mengambil minuman yang manis. Ia bukan sahaja mengandungi banyak kalori, minuman manis juga tidak akan membuatkan kita rasa kenyang.

Akhir sekali, pilih minuman yang sihat seperti kopi atau teh tanpa gula. Lebih baik jika anda lebihkan air kosong setiap hari.

Rujukan

  1. 18 Healthy Foods for Your Weight Loss Journey. (n.d.). Healthline. Retrieved January 10, 2022, from https://www.healthline.com/nutrition/most-weight-loss-friendly-foods#10
  2. Lean Meat – What is a Lean Meat, Health Benefits, Dangers & Hygiene. Diabetes UK. Retrieved January 10, 2022, from https://www.diabetes.co.uk/food/lean-meat.html
  3. Lean Meat and poultry, fish, eggs, tofu, nuts and seeds and legumes/beans | Eat For Health. (2017, June 13). Eat For Health |. Retrieved January 10, 2022, from https://www.eatforhealth.gov.au/food-essentials/five-food-groups/lean-meat-and-poultry-fish-eggs-tofu-nuts-and-seeds-and
  4. The health benefits of eggs. BBC Good Food. Retrieved January 10, 2022, from https://www.bbcgoodfood.com/howto/guide/ingredient-focus-eggs
  5. Leafy Greens to Get to Know. WebMD. Retrieved January 10, 2022, from https://www.webmd.com/food-recipes/ss/slideshow-know-your-leafy-greens
  6. Nuts and your heart: Eating nuts for heart health. (n.d.). Mayo Clinic. Retrieved January 10, 2022, from https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/heart-disease/in-depth/nuts/art-20046635
  7. 7 best foods for weight loss and why. (n.d.). Medical News Today. Retrieved January 10, 2022, from https://www.medicalnewstoday.com/articles/320613#choosing-foods-for-weight-loss
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: