8 Makanan Diet Terbaik Untuk Mereka Yang Ingin Kurus!

Anda sedang mencari makanan diet yang mudah, murah dan berkhasiat? Jangan risau, anda di tempat yang betul! Mencari makanan untuk diet bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi jika anda baru mula berdiet.

Dalam artikel kali ini, kami akan senaraikan 8 jenis makanan yang sangat berkhasiat untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. Mari ikuti penerangan kami dalam artikel di bawah.

8 Makanan diet terbaik untuk mereka yang ingin kurus!

Bagi mereka yang ingin berdiet, di bawah kami akan senaraikan beberapa jenis makanan yang berkhasiat namun mampu memberikan penurunan berat badan yang anda inginkan.

Antaranya ialah:

1. Tambahkan ikan dalam diet harian

asid lemak omega-3

Menurut The Dietary Guidelines for Americans, kita disarankan untuk mengambil dua hidangan ikan atau makanan laut setiap minggu. Ikan mengandungi asid lemak omega-3 yang sangat bermanfaat untuk kesihatan jantung dan otak.

Makanan laut seperti udang dan kerang juga sangat baik untuk menghilangkan rasa lapar. Walau bagaimanapun, ikan seperti ikan kembung, salmon, tuna dan sardin adalah contoh makanan laut terbaik untuk diet serta kaya dengan asid lemak omega-3.

2. Lebihkan sayur seperti kubis dan brokoli

Sayuran seperti kubis dan brokoli mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan. Malah, makanan diet ini juga sangat mengenyangkan dan tidak akan membuatkan poket anda rabak.

Selain itu, sayur-sayuran ini juga rendah kalori dan karbohidrat. Jadi ia tidak akan menyebabkan peningkatan badan yang mendadak.

3. Bijirin penuh

makanan diet

Ramai yang sangka mereka perlu meninggalkan nasi, pasta dan roti ketika berdiet. Tidak semestinya!

Bijirin penuh mengandungi banyak nutrisi yang dperlukan badan. Malah, ia dapat membantu kita rasa lebih kenyang dalam masa yang lama.

Walau bagaimanapun, jangan ambil terlalu banyak nasi. Pastikan diet anda lengkap dengan protein dan juga sayur-sayuran atau buah-buahan. Dalam masa yang sama, kurangkan pengambilan gula kerana ia boleh mensabotaj diet anda!

4. Buah epal sebagai makanan diet

Buah epal merupakan pilihan yang terbaik sebagai makanan diet. Rasanya yang sedap dan harganya yang murah juga membolehkan anda menambah sebiji epal dalam diet setiap hari.

Bukan itu sahaja, buah epal juga kaya dengan serat yang baik untuk kesihatan perut. Ia dapat mengelakkan sembelit dan membuatkan anda rasa kenyang.

Malah, anda juga boleh jadi kreatif dan jadikannya sebagai snek! Selain itu, buah epal juga sedap dimakan bersama salad, dijadikan topping roti bakar dan dijadikan jus.

5. Telur rebus

makanan diet

Bagi mereka yang berdiet, telur merupakan salah satu makanan yang perlu ditambah ke dalam diet. Padat dengan pelbagai nutrisi, telur kaya dengan protein dan merupakan sumber kolina dan vitamin D yang baik.

Telur juga merupakan sumber protein yang lengkap kerana ia mengandungi semua 9 asid amino yang penting untuk badan.

6. Coklat gelap

Coklat gelap mengandungi pelbagai nutrisi, antaranya ialah polifenol, flavanol dan katechin. Malah, coklat gelap juga lebih sihat berbanding coklat lain.

Selain itu, ia juga dikatakan dapat meningkatkan kesihatan jantung, mengurangkan inflamasi dan meningkatkan fungsi otak. Walau bagaimanapun, coklat mengandungi banyak gula. Oleh sebab itu, pastikan anda tidak mengambilnya secara berlebihan!

7. Buah avokado sebagai makanan diet

makanan diet

Buah avokado sudah lama terkenal sebagai makanan diet yang menyihatkan. Sebiji buah avokado mengandungi pelbagai lemak sihat dan serat yang baik untuk badan. Rasanya yang sedap, berlemak dan berkrim juga membolehkan ia dimakan dengan pelbagai cara.

Walau bagaimanapun, avokado mengandungi lebih banyak kalori berbanding buah-buahan lain. Tetapi, kajian menunjukkan, mereka yang mengamalkan pemakanan yang sihat dan sering makan avokado mempunyai BMI yang lebih sihat. Mereka juga lebih langsing!

8. Tambahkan kekacang

Rangup, penuh khasiat dan mengenyangkan, siapa yang tidak suka makan kacang? Kacang merupakan sumber serat, lemak sihat dan protein yang baik untuk badan.

Malah, ia juga merupakan sejenis makanan yang versatil, sesuai dimakan bersama salad atau ditabur di atas minuman.

Bukan itu sahaja, banyak kajian yang membuktikan bahawa kekacang dapat membantu mengekalkan berat badan. Dalam masa yang sama, ia juga dapat mencegah penyakit jantung.

Kesimpulan

Jika anda ingin berdiet, tambahkan makanan di atas ke dalam hidangan anda setiap hari. Penurunan berat badan bermula daripada makanan yang sihat. Namun, jangan lupa bersenam!

Menurut Mayo Clinic, kita perlukan 150 minit senaman setiap minggu. Anda boleh lakukan 30 minit senaman, 5 kali seminggu jika anda tidak mampu.

Dengan senaman, anda dapat mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan. Malah, ia juga baik untuk kesihatan dan mood anda.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: