Makanan Kucing Terbaik Di Pasaran, Murah Dan Berbaloi!
Kucing adalah merupakan haiwan peliharaan yang menjadi kesukaan ramai orang. Terdapat pelbagai jenis makanan kucing terbaik yang anda boleh dapati di pasaran pada masa kini. Harganya juga berbeza-beza mengikut jenama dan jenis.
Pemilihan makanan kucing yang betul adalah amat penting kerana kebanyakan kucing biasanya agak ‘cerewet’ dalam memilih makanan. Bukan itu sahaja, ia juga amat penting untuk memastikan kucing anda sentiasa sihat dan tidak sihat.
Berikut kami telah senaraikan makanan kucing terbaik untuk memudahkan anda. Tunggu apa lagi, jom baca!
Jenis Makanan Kucing
Sebelum itu, mari kita ambil tahu jenis makanan kucing yang biasa ada dipasaran.
- Wet Food (Makanan Basah)
Tekstur wet food berbeza dengan dry food dan harganya pun biasanya lebih tinggi sedikit. Jenis makanan basah ini perlu dihabiskan segera selepas dibuka dan lebih digemari oleh kucing. Ia mempunyai kandungan air yang lebih banyak tetapi nutrisi yang lebih kurang sama dengan dry food.
- Dry Food (Makanan Kering)
Seperti namanya dry food (makanan kering), tekstur makanan kucing ini kering dan lebih tahan lama. Bukan itu sahaja, ia juga mudah disimpan dan tidak perlu dihabiskan sekaligus.
Anda perlu bijak menentukan yang jenis makanan mana yang sesuai dengan kucing anda berdasarkan:
- Kewangan
- Berat Kucing Anda
- Kesihatan Kucing Semasa
- Jenis Baka Kucing
TIPS: Adalah disyorkan untuk memberikan kucing anda makanan kering dan makanan basah secara selang seli kerana kucing memerlukan keseimbangan nutrisi protein, serat, air dan karbohidrat.
Makanan Kucing Terbaik Di Pasaran
- Royal Canin: Walaupun jenama makanan kucing ini agak mahal daripada jenama lain, namun kualitinya boleh tahan. Ia amat sesuai untuk pelbagai jenis masalah yang dihadapi oleh kucing mengikut jenis produk yang dikeluarkan. Ada yang untuk bulu, untuk kucing indoor dan macam-macam lagi mengikut kesesuaian karakter kucing yang kita bela.
- Blackwood: Makanan kucing jenama ini agak terkenal kerana ia mengeluarkan produk makanan kucing yang tinggi protein. Kandungan protein yang tinggi amat baik untuk kesihatan kucing anda. Selain itu, terdapat pelbagai jenis makanan kucing yang dikeluarkan oleh jenama ini mengikut kesesuaian umur kucing anda.
- Power Cat: Jenama makanan kucing ini boleh didapati untuk tiga jenis peringkat umur kucing iaitu kitten, junior dan adult. Apa yang menariknya, makanan kucing jenama ini tidak menggunakan sebarang pengawet, pewarna tiruan, dan garam. Jadi ia amat sesuai untuk pencernaan kucing dewasa yang sensitif. Tetapi, makanan kucing jenama ini agak kurang kandungan proteinnya.
- Pro Diet: Jenama makanan kucing ini amat popular dengan kelazatan makanan basahnya yang menjadi kesukaan ramai kucing. Untuk kucing dewasa pula, anda boleh dapatkan makanan keringnya. Makanan kucing jenama Pro Diet ini mempunyai kandungan serat yang baik untuk pencernaan kucing anda dan mempunyai kandungan protein yang tinggi daripada minyak cod dan ikan salmon. Apa yang bagusnya, ia amat baik untuk bulu kucing anda.
- Greens Cat: Jenama makanan kucing ini juga mempunyai keluaran khas mengikut umur kucing anda. Terdapat dua jenis pilihan untuk kucing dewasa iaitu daging ayam dan isi ikan laut. Keunikan makanan kucing jenama ini ialah; kurang alergik, kurang bau, dan mampu mengawal pH kencing kucing anda. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai kandungan protein yang tinggi, dan mempunyai kandungan nutrisi yang sangat baik untuk otot kucing.
- Glory Cat: Sekiranya anda mempunyai bajet yang agak terhad, anda boleh pilih jenama ini. Tetapi jangan risau, kualitinya juga setanding dengan makanan kucing yang mahal harganya. Jenama makanan kucing ini menawarkan kibble yang tinggi protein, ramuan salmon dan ikan tuna. Kandungan salmon dan ikan tuna adalah sangat baik untuk kulit dan bulu kucing. Malah ia juga sangat baik untuk membantu proses pencernaan kucing anda.
- Smart Heart: Jenama makanan kucing ini mengeluarkan pelbagai jenis dan fungsi makanan kucing termasuklah makanan basah dan kering. Ia juga terdiri daripada pelbagai jenis pilihan seperti: ayam dan tuna, salmon, seafood, sardin dan macam-macam lagi.
NOTA: Terdapat banyak lagi jenis makanan kucing yang dijual pasaran. Apa yang disenaraikan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi. Sila dapatkan nasihat daripada ahli sekiranya perlu.
Sumber: https://oyen.club