Makanan Untuk Pesakit Buah Pinggang, Jangan Beri Sembarangan!

Pesakit buah pinggang mempunyai pantang larang tertentu terutamanya dari segi makanan.  Sekiranya pengambilan makanan untuk pesakit buah pinggang  tidak dititikberatkan,  ia boleh menyebabkan komplikasi teruk. 

Oleh itu sebagai pesakit dan penjaga, anda perlu mengambil tahu makanan untuk pesakit buah pinggang yang sesuai diberikan kepada mereka.

Namun, pastikan pengambilan makanan mencukupi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan bagi mengelakkan pesakit mengalami kekurangan nutrisi. 

Untuk pengetahuan anda,  pengambilan makanan untuk pesakit adalah bergantung pada tahap kerosakan buah pinggang yang mereka alami. 

Pesakit buah pinggang yang berada di tahap awal mempunyai diet yang sedikit berbeza berbanding pesakit yang berada di tahap akhir. 

Pantang Larang Makanan Untuk Pesakit Buah Pinggang

Makanan Untuk Pesakit Buah Pinggang

Berikut ialah beberapa pantang larang yang anda perlu patuhi  ketika memberi pesakit makanan untuk mengekalkan kesihatan mereka:-

Pastikan makanan yang disediakan mengandungi kandungan garam yang RENDAH; Kandungan garam yang rendah adalah amat penting kerana buah pinggang pesakit Tidak dapat berfungsi dengan baik untuk mengawal keseimbangan garam dan air di dalam tubuh badan. 

Sebaiknya,  makan makanan yang dimasak sendiri di rumah.  Elakkan pengambilan makanan segera atau makanan yang dibeli di luar kerana anda tidak mengetahui kandungan garamnya. 

Selain itu anda juga perlu mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi potasiu, fosforus dan protein di dalam diet anda bergantung pada tahap penyakit buah pinggang yang dihIdapi.

– Makanan tersebut haruslah mengandungi KURANG protein; Ini adalah kerana, pengambilan protein yang berlebihan akan menghasilkan bahan buangan yang perlu diproses oleh buah pinggang

Makanan untuk pesakit buah pinggang perlulah kurang protein bagi mengelakkan organ tersebut daripada bekerja lebih masa. Namun, jangan pula tidak mengambil protein sama sekali kerana tubuh anda memerlukan protein. 

 Ambil  secara sederhana mengikut nasihat yang diberikan oleh doktor anda.

– Pilih makanan yang Tidak memberikan komplikasi kepada buah pinggang; Pemilihan makanan yang sesuai dan sihat adalah amat penting untuk buah pinggang anda. 

Pilih makanan yang  kurang menggunakan minyak seperti makanan yang dibakar, direbus atau  dipanggang. 

Elakkan pengambilan terlalu banyak lemak trans & lemak tepu.  Sebaiknya buang lemak dan kulit sebelum masak ayam.

Selain itu, elakkan juga mengambil terlalu banyak minuman beralkohol. Minum arak secara berlebihan boleh merosakkan hati, jantung dan juga otak.

Makanan Untuk Pesakit Buah Pinggang

Berikut adalah antara makanan yang baik untuk pesakit buah pinggang. Anda boleh jadikan ia sebagai rujukan dan panduan dalam ejaan makanan untuk pesakit. 

Makanan Untuk Pesakit Buah Pinggang

1. Kubis bunga: Merupakan sejenis sayur yang kaya dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin C, vitamin K,  vitamin B  serta bahan-bahan antiradang dan sumber serat yang baik.

2. Putih telur: Sekiranya pesakit teringin memakan telur, pastikan anda memberi putih telur sahaja. Hal ini kerana kuning telur  mengandungi fosforus yang terlalu tinggi. Putih telur juga adalah sumber protein yang baik untuk pesakit buah  pinggang. 

3. Bawang putih: Bawang putih boleh menjadi penambah rasa semulajadi kepada masakan kerana pesakit tidak boleh memakan makanan  yang mengandungi garam. 

4.  Ayam (dibuang kulit & lemak): Ayam yang dibuang kulit mempunyai fosforus, potassium dan sodium yang lebih rendah berbanding ayam yang mempunyai kulit. 

5. Anggur merah: Anggur merah juga sangat untuk diberikan kepada pesakit buah pinggang. Sebiji anggur mengandungi vitamin C yang tinggi dan juga sejenis antioksidan yang dikenali sebagai flavonoid.

Terdapat pelbagai jenis makanan lagi yang anda boleh berikan kepada pesakit pastikan ia tidak mengandungi kandungan yang menyebabkan komplikasi kepada buah pinggang.  sila dapatkan nasihat daripada pakar perubatan  sekiranya perlu. 

Sumber: hellodoktor.com 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161