Makanan Untuk Pesakit Gout – Elakkan 4 Jenis Makanan Ini!

Gout adalah merupakan salah satu penyakit yang tidak asing lagi di Malaysia. Kebanyakan penghidapnya adalah golongan yang telah berusia. Secara umumnya, ia adalah satu bentuk arthritis yang memberi kesan bengkak dan sakit pada sendi terutamanya bahagian kaki. 

Menurut portal rasmi MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia, gout terjadi disebabkan oleh kandungan asid urik yang tinggi dan terkumpul dalam tubuh.

Pesakit yang menghidapi gout perlu mengamalkan diet yang sesuai untuk mengawal gejalanya serta menurunkan risiko terkena serangan gout dengan kerap. Namun begitu, pengambilan ubat-ubatan juga perlu. 

Mari teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai senarai makanan untuk pesakit gout yang boleh dimakan dan perlu dielakkan. 

Makanan Untuk Pesakit Gout

makanan untuk pesakit gout

Berikut ialah antara saranan makanan untuk pesakit gout serta makanan yang perlu dielakkan bagi memastikan gejala gout anda terkawal.

Pesakit gout perlu mengambil makanan yang rendah purin untuk mengurangkan asid urik yang terkumpul. Antara makanan yang disarankan ialah:-

1. Buah-buahan & Sayuran: Pengambilan buah dan sayuran adalah sangat digalakkan. Selain mempunyai pelbagai nutrisi yang baik untuk tubuh, kebanyakan buah dan sayuran tidak mengandungi purin yang tinggi yang boleh menjadi pemicu gout. 

2. Kekacang & Legum: Jangan risau, kekacang dan juga legum tidak memudaratkan pesakit gout melainkan anda mempunyai alergik. Walaubagaimanapun, anda disyorkan untuk mengehadkan pengambilan produk berasaskan kacang soya. 

3. Produk tenusu, telur: Produk tenusu rendah lemak adalah sumber protein yang baik untuk tubuh. Ini boleh menjadi pengganti sumber protein beberapa jenis protein yang tidak digalakkan untuk pesakit gout makan. 

4. Air kosong, teh, kopi dll: Untuk minuman pula, pesakit gout digalakkan untuk banyakkan minum air kosong dan juga minuman yang mengandungi kurang gula. 

5. Vitamin C: Vitamin C boleh membantu menurunkan paras asid urik. (Dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu)

4 Jenis Makanan Yang Perlu Dielakkan

makanan untuk pesakit gout

Secara umumnya, makanan yang perlu dielakkan adalah makanan yang mengandungi kandungan purin yang tinggi. Hal ini kerana, purin akan menghasilkan asid urik yang boleh menyebabkan serangan gout terjadi. Berikut ialah senarai makanan yang perlu dielakkan:- 

  • Organ dalaman seperti paru, hati, perut, usus dan sebagainya.
  • Sesetengah jenis cendawan (contohnya, cendawan shitake yang sudah dikeringkan)
  • Makanan laut termasuk ikan bilis kering, ikan sardin, ikan monkfish, ikan bonito, ikan tongkol,  gnomefish (kulit), udang, kerang dan sebagainya. Walaubagaimanapun, pengambilan ikan secara sederhana adalah disyorkan. 
  • Suplemen seperti spirulina, yis bir, chlorella (alga hijau), madu ratu lebah, DNA/RNA dan lain-lain. 

Manakala, berikut ialah senarai makanan yang mengandungi kandungan purin sederhana. Pengambilan makanan dalam senarai ini boleh diambil namun perlu dihadkan betul-betul.

  • Daging dan organ haiwan seperti kaki ayam, kulit ayam, lidah babi, lidah sapi, kepak ayam, tulang kaki lembu, tengkuk lembu dan sebagainya. 
  • Ikan kembung, ikan salmon, ikan tenggiri, ikan tamban, ikan karp, ikan barakuda, ikan tuna dan sebagainya. 
  • Sotong, lobster, ketam, kepah, landak laut dan sebagainya. 
  • Sos tiram, penambah perasa
  • Alkohol, minuman berkarbonat, jus buah (mengandungi gula atau buah yang semulajadi manis)
  • Sayuran tinggi purin seperti bayam, bunga kobis dan asparagus
  • Minuman dan makanan yang manis.

Mengapakah Pemilihan Makanan Untuk Pesakit Gout Penting?

Kepentingan pemilihan makanan untuk pesakit gout adalah untuk memastikan serangan gout tidak berlaku dengan kerap dengan menjauhi makanan yang menjadi pemicunya. Hal ini juga akan membantu mengurangkan kesakitan dan melambatkan sendi untuk rosak. 

Selain itu, pemilihan makanan yang kurang sihat boleh meningkatkan berat badan seterusnya meningkatkan risiko untuk mendapat gout.

Menurut beberapa kajian, pengambilan kalori mempengaruhi parasa asid urik dalam tubuh. Selain itu, berat badan yang ideal juga boleh mengurangkan risiko sakit sendi. 

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/diet-bagi-pesakit-gout/, https://jiwasihat.com/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161