Maksud Telinga Berdesing, Gejala & Punca Serta Cara Mengubatinya

Masalah telinga berdesing adalah merupakan masalah yang selalu dialami oleh semua lapisan masyarakat. Ia menimbulkan rasa ketidakselesaan bahkan boleh menyebabkan rasa sakit pada telinga.  

Maksud Telinga Berdesing

Maksud telinga berdesing atau lebih dikenali sebagai “tinnitus” adalah merupakan satu keadaan dimana seseorang mendengar bunyi yang asing di dalam kepala. 

Maksud Telinga Berdesing

Bunyi selalunya dikaitkan dengan berdesing tetapi kadang kadang bunyi mengaum, berdetik dan sebagainya. Menurut beberapa sumber, kadar masalah tinnitus adalah sering dialami oleh individu yang berusia 40-70 tahun dan kaum lelaki memiliki risiko yang tinggi. 

Gejala Telinga Berdesing (Tinnitus)

Telinga berdesing atau tinnitus boleh terjadi di salah satu telinga mahupun kedua-dua belah telinga. Antara gejala telinga berdesing yang sering berlaku ialah:-

  • Menyebabkan kepala sakit
  • Boleh terjadinya vertigo 
  • Menyebabkan pendengaran berkurangan 
  • Ketidakseimbangan badan
  • Sakit di bahagian dalam telinga
  • Masalah tidur
  • Dan lain-lain

Gejala yang berlaku ini boleh terjadi dalam tempoh yang singkat, secara berterusan atau berulang ulang. Yang pasti, ia sangat tidak selesa dan boleh menyebabkan produktiviti seseorang itu menurun. 

Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengalami gejala-gejala yang disenaraikan di bawah, sila jangan abaikan kerana ia mungkin petanda sesuatu yang serius. 

  • Telinga berdesing dalam tempoh yang lama dan secara berterusan; Kemungkinan tanda awal kewujudan tumor di bahagian telinga dalam atau otak
  • Berbunyi seperti degupan jantung di salah satu telinga
  • Semakin lama bertambah teruk 
  • Disertai dengan gejala-gejala lain seperti demam tinggi dll

Punca Umum

Maksud Telinga Berdesing

Terdapat pelbagai punca terjadinya telinga berdesing. Namun, tidak semua punca tersebut dapat dikenal pasti. Berikut adalah antara punca-punca yang dapat dikenalpasti dan sering dialami oleh pesakit. 

  • Hilang pendengaran:

Terdapat sel rambut yang kecil dan halus di telinga dalam anda (koklea) yang bergerak apabila telinga anda menerima gelombang bunyi. 

Pergerakan ini mencetuskan isyarat elektrik di sepanjang saraf dari telinga anda ke otak anda (saraf pendengaran). Otak anda menafsirkan isyarat ini sebagai bunyi.

Sekiranya sel rambut ini bengkok atau patah – ini berlaku apabila anda meningkat usia atau apabila anda kerap terdedah kepada bunyi yang kuat – ia boleh “membocorkan” impuls elektrik rawak ke otak anda, lalu menyebabkan telinga anda berdesing. 

  • Jangkitan telinga atau saluran telinga tersumbat: 

Saluran telinga anda boleh tersumbat sekiranya terjadi pengumpulan cecair (jangkitan telinga), tahi telinga, kotoran atau bahan asing yang lain. Sekatan boleh mengubah tekanan dalam telinga anda lalu menyebabkan telinga anda berdesing.

  • Kecederaan kepala atau leher:

Trauma kepada kepala atau leher boleh menjejaskan telinga, saraf pendengaran atau fungsi otak yang dikaitkan dengan pendengaran. Kecederaan sedemikian biasanya menyebabkan tinnitus pada salah satu telinga sahaja.

  • Ubat-ubatan:

Sebilangan ubat boleh menyebabkan atau memburukkan tinnitus. Secara amnya, semakin tinggi dos ubat-ubatan ini, semakin tinggi risiko anda terkena tinnitus. Selalunya bunyi yang tidak diingini hilang apabila anda berhenti menggunakan ubat ini.

Selain itu, punca telinga berdesing juga boleh disebabkan oleh beberapa penyakit. Antaranya ialah penyakit Meniere, disfungsi tiub Eustachian, kekejangan otot di bahagian dalam telinga, gangguan sendi temporomandibular (TMJ), neuroma akustik atau tumor kepala dan leher yang lain, gangguan saluran darah dan sebagainya. 

Pencegahan

  • Gunakan alat pelindung pendengaran: Pendedahan kepada bunyi yang kuat boleh merosakkan saraf di telinga, menyebabkan kehilangan pendengaran dan juga tinnitus. Oleh itu, hadkan pendedahan anda kepada bunyi yang kuat dan gunakan pelindung telinga untuk membantu melindungi pendengaran anda sekiranya perlu.  
  • Kurangkan/Kecilkan Volume: Pendedahan jangka panjang kepada muzik yang dikuatkan tanpa pelindung telinga atau mendengar muzik pada volume yang sangat tinggi boleh menyebabkan kehilangan pendengaran dan tinnitus.
  • Jaga kesihatan: Amalkan gaya hidup sihat, bersenam dan amalkan pemakanan yang betul bagi membantu mencegah tinnitus yang dikaitkan dengan obesiti dan gangguan saluran darah. Selain itu, hadkan pengambilan alkohol, kafein dan nikotin. Bahan-bahan ini, terutamanya apabila digunakan secara berlebihan, boleh menjejaskan aliran darah dan menyumbang kepada tinnitus.

Sumber: myhealth.gov.my, https://www.mayoclinic.org/ 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161