Panduan Lengkap Tatacara Mandi Wajib

Kebersihan dan suci adalah aspek penting dalam kehidupan seorang Muslim. Melalui konsep taharah, agama Islam mendidik kita semua untuk sentiasa mempraktikkan kebersihan diri dan sekeliling kerana ia berkait rapat dengan sahnya sesuatu ibadah itu dilakukan. Artikel ini akan menerangkan cara mandi wajib yang betul untuk anda fahami.

Apa itu mandi wajib?

Dari segi bahasa, mandi bermaksud meratakan air ke seluruh anggota badan. Dari segi syarak, mandi wajib membawa erti mengalirkan air ke seluruh anggota badan dengan niat yang tertentu.

Selain mandi wajib, ia juga dikenali dengan panggilan nama mandi hadas oleh sesetengah pendapat.

Hukum mandi wajib

Hukum mandi wajib adalah wajib kerana selagi mana seseorang itu tidak mandi wajib maka tidak sah segala ibadah yang dilakukannya. Maksudnya di sini seseorang yang sudah berhenti darah haid tetapi tidak mandi wajib maka dia masih dalam keadaan yang belum suci lagi.

Sebab diwajibkan mandi wajib

Menurut al-Taqrirat al-Sadidah Qism al-Ibadat, 114 membahaskan bahawa perkara yang mewajibkan seseorang untuk mandi wajib terbahagi kepada dua iaitu:

1. Khusus untuk wanita yang:

2. Perkara yang berkongsi antara lelaki dan perempuan:

Syarat sah mandi wajib

Syarat sah mandi wajib adalah dengan memastikan tiada najis dari badan kita yang melekat di mana-mana anggota tubuh.

Rukun mandi wajib

Rukun mandi wajib ada dua sahaja. Pertama adalah niat mandi wajib tersebut. Kedua, meratakan air ke seluruh permukaan anggota badan yang zahir. Kita wajib meratakan air di bahagian seperti:

  • Rambut
  • Kulit kepala
  • Bulu-bulu di seluruh anggota badan
  • Kelopak mata
  • Kulit telinga
  • Ketiak
  • Celah kuku tangan dan kaki
  • Celah jari jemari
  • Pusat
  • Kemaluan perempuan yang zahir pada masa dia duduk membuang air kecil
  • Celah kangkang
  • Di antara dua otot punggung
  • Lipatan dan belakang siku dan lutut

Perkara yang wajib dan sunat semasa mandi

Beberapa perkara wajib dan sunat yang boleh diamalkan oleh kita semasa mandi wajib nanti adalah seperti;

Perkara-perkara wajib

  • Berniat
  • Membasuh seluruh badan termasuklah segala pelipat dan celahan yang ada. Pastikan juga air sampai ke seluruh tubuh dari rambut hingga ke pangkalnya.

Perkara-perkara sunat

  • Membasuh sebanyak tiga kali
  • Menggosok tubuh dan berturut-turut dalam membasuh anggota
  • Membasuh bahagian kanan dahulu baru bahagian kiri
  • Berwuduk
  • Membasuh kemaluan dan kekotoran yang ada di badan dengan tangan kiri
  • Menyelati rambut kepala dengan air sehingga rata
  • Membasuh kedua-dua tangan
  • Mengambil air dan membasuh ke semua tubuh yang berlipat seperti kedua-dua telinga lipatan perut, di dalam pusat dan ketiak

Niat mandi wajib

Niat mandi wajib ada beberapa jenis bergantung kepada sebab ia dilakukan. Antara niat yang biasa adalah seperti:

1. Niat mandi wajib kerana mengangkat hadas besar (umum)

Nawaitu raf ‘al hadasil akbari lillahi ta’ala

Maksudnya: : “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah ta’ala.”

2. Niat mandi wajib kerana nifas

Nawaitul ghusla ‘anin nafasi lillahi ta’ala

Maksudnya: “Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah ta’ala”.

3. Niat mandi wajib kerana junub

Nawaitul ghusla ‘anil janabati lillahi ta’ala 

Maksudnya: “Sahaja aku mandi junub kerana Allah ta’ala.”

4. Niat mandi wajib selepas haid

Nawaitul ghusla ‘anil haidhi lillahi ta’ala

Maksudnya: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah ta’ala.”

Cara mandi wajib

Tatacara mandi wajib yang betul ini mengandungi beberapa langkah seperti:

  1. Niat ketika air sampai ke tubuh.
  2. Membaca bismimillah.
  3. Mencuci tangan sebanyak 3 kali.
  4. Mencuci kemaluan sebanyak 3 kali.
  5. Membersihkan tangan kiri dengan sabun.
  6. Berwuduk.
  7. Membasuh kepada dengan mengusap rambut secara merata lalu menyiramkan 3 kali dengan air. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di dalam Sahih Al-Bukhari bermaksudnya, “Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua tangannya.” Ketika menyiram kepala hendaklah dimulakan dengan bahagian kanan dahulu.
  8. Memulakan dengan bahagian kanan tubuh. Dari Aisyah RA: “Sesungguhya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan pada semua urusan, ketika memakai kasut, ketika bersikat, dan ketika bersuci.”- (Hadis Riwayat Sahih Muslim).
  9. Meratakan air ke seluruh tubuh.

Kesimpulan

Diharapkan artikel berkenaan dengan cara mandi wajib ini dapat memberikan kita semua ilmu yang berguna dan bermanfaat untuk dipraktikkan dalam hidup setiap hari.

Rujukan

  1. Majalah Cahaya, JAKIM
  2. Niat & Cara Mandi Wajib (Panduan Lengkap). Aku Muslim Asia
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Hannani Juhari
Hannani Juhari

Seorang Digital Nomad yang mempunyai passion dalam dunia penulisan kreatif. Pernah menulis untuk website theAsianparent Malaysia, Cari Destinasi, Bidadari dan Direct Lending. Menjadikan buku dan muzik sebagai terapi.

Articles: 113