Masalah Rambut Berminyak? Ikuti 4 Langkah Mudah Untuk Atasinya!
Pasti ramai dalam kalangan kita yang memiliki masalah rambut berminyak. Walupun sudah dibasuh secara kerap, minyak yang keluar daripada kulit kepala tetap juga menjadi masalah sehingga kita berasa tidak selesa dan rendah diri dengan masalah yang kita hadapi.
Pelbagai jenis produk yang menjanjikan untuk menghilangkan masalah rambut berminyak namun hasilnya tetap sama sahaja. Jika mencuci rambut setiap hari juga dikhuatiri akan merosakkan rambut bagi mereka yang memiliki rambut yang panjang.
Sebenarnya, ada cara semulajadi yang boleh kita praktikkan bagi membendung masalah ini. Nak tahu apa dia? Semak cara-caranya di bawah ini.
Gunakan syampu dengan formula ringan sahaja
Bagi pemilik rambut berminyak, gunakan syampu khusus dengan formula yang lebih ringan. Syampu ini membuat rambut tidak kering walau anda cuci setiap hari. Sebagai alternatif lain, pakai syampu bebas silikon, kerana majoriti syampu mengandungi silikon dan ianya mampu memburukkan keadaan rambut berminyak.
Pakai lemon sebelum cuci rambut
Untuk cara semulajadi, gunakan buah lemon. Anda boleh belah lemon yang segar dan ambil airnya. Usapkan jus lemon itu pada jalur-jalur rambut di kulit kepala. Biarkan selama 15 minit sebelum mencucinya.
Lemon akan mengangkat lebihan minyak pada kulit kepala tanpa membuat kulit kepala kering. Orang kata bila letakkan buahan di kepala, ianya mampu mewangi rambut.
Pakai perapi (conditioner) hanya di bahagian hujung rambut
Ini merupakan salah satu tips yang anda perlu tahu. Pakai perapi rambut hanya di bahagian hujung rambut sahaja. Bila anda pakai ke kulit kepala, ianya akan memburukkan keadaan rambut yang sedia kala berminyak.
Ramas rambut dengan minyak zaitun sebelum cuci rambut
Ramai yang telah mencuba kaedah ini dan hasilnya amt memuaskan.. Rambut tidak lagi berminyak malah rasa lebih ringan dan senang diurus. Malah, rambut anda juga terasa lebat.
Sebenarnya banyak cara untuk atasi rambut berminyak, kena rajin buat rawatan di saloon rambut. Kalau boleh dalam sebulan mesti pergi sekali walaupun sibuk.
Namun jika tidak berkesempatan untuk ke saloon, praktikkan sahaja cara-cara yang kami nyatakan di atas ini okay?
Semoga bermanfaat!