Menu Diet Keto, Contoh Jenis Makanan Yang Sesuai

Proses menurunkan berat badan bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan masa bergantung kepada individu. Terdapat banyak kaedah yang boleh digunakan untuk membantu seseorang menurunkan berat badan secara efisien termasuklah  dengan mengamalkan diet keto. 

Apa itu diet keto?

diet keto

Sekiranya anda belum pernah mendengar lagi perihal diet ini, inilah masanya untuk menambah pengetahuan anda. 

Diet keto atau ketogenik  adalah merupakan diet rendah karbohidrat yang mempunyai banyak  manfaat terutamanya dalam penurunan berat badan. Selain itu, pengamalan diet ini juga baik untuk merawat masalah kesihatan seperti diabetes, epilepsi, Alzheimer dan penyakit kanser tertentu. 

Diet ini melibatkan pengambilan karbohidrat yang rendah untuk membolehkan tubuh membakar lemak bagi menggantikan tenaga yang diperlukan. Karbohidrat adalah merupakan sumber tenaga.

Apabila pengambilan karbohidrat berkurang, tubuh akan membakar lemak yang tersimpan untuk menggantikan tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Proses ini dikenali sebagai ketosis. 

Untuk pengetahuan anda,  ketosis adalah merupakan satu proses metabolik. Melalui proses ini,   lemak yang tidak diperlukan akan disingkirkan. Selain itu,  terdapat kajian yang mendapati bahawa proses ketosis juga membantu untuk mengurangkan selera makan. Kedua-dua perkara ini menggalakkan penurunan berat badan yang efektif. 

Contoh Jenis Makanan Untuk Menu Diet Keto

Berikut ialah antara contoh jenis makanan yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam menu diet anda setiap hari. Anda boleh susun jenis makanan dalam senarai di bawah ke dalam menu diet keto anda mengikut kesesuaian. 

Tunggu apa lagi, jom baca!

  • Protein: Makanan laut, daging, bahagian dada ayam, telur. 
  • Tenusu & produk alternatif: Susu berasaskan tumbuhan (santan, badam, soya), yogurt, keju rendah karbohidrat (parmesan, cheddar, mozzarella). 
  • Sayuran berdaun hijau: salad, bayam, sawi, kangkung, kubis
  • Sayuran tidak berkanji: Cendawan, timun, brokoli,  asparagus, kubis bunga
  • Buah-buahan
  • Kekacang, bijian
  • Labu kuning, zucchini
  • Rempah ratus & herba (untuk penambah rasa): Parsli, oregano, rosemary
  • Coklat gelap, serbuk koko
  • Minyak zaitun, minyak sapi, mentega
  • Minuman tanpa gula
Diet keto

Sumber:https://hellodoktor.com/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161