Minyak Kelapa Dara: 8 Manfaatnya Untuk Kesihatan

Minyak kelapa dara atau virgin coconut oil (VCO) merupakan minyak asli yang tidak melalui proses penapisan.

Berbeza dengan minyak kelapa biasa, VCO mempunyai rasa yang tidak kuat. Ia juga boleh diaplikasikan terus pada kulit dan ditambah ke dalam pelbagai jenis makanan.

Menurut sebuah kajian yang diterbitkan di dalam International Journal of Food Sciences and Nutrition, minyak kelapa dara mempunyai lebih banyak antioksidan berbanding minyak kelapa.

Walau bagaimanapun, kedua-dua jenis minyak ini tidak mempunyai perbezaan yang ketara.

Namun VCO mengandungi lebih banyak vitamin, mineral dan juga polifenol yang menyumbang kepada rasa, bau dan juga kualiti minyak kelapa dara.

Ramai orang yang gemar menggunakan VCO untuk kegunaan harian misalnya sebagai pelembap wajah.

Malah, minyak ini juga boleh ditambah ke dalam kopi atau smoothies untuk memberikan perisa tambahan. Namun, VCO mungkin tidak sesuai digunakan untuk tujuan menggoreng.

8 Khasiat minyak kelapa dara terhadap kesihatan

minyak kelapa dara

VCO selalunya lebih mahal daripada minyak kelapa. Malah, harganya juga mungkin berbeza mengikut kualiti, kuantiti dan juga jenama.

Penghasilan VCO lebih kompleks. Sebab itulah, harganya lebih mahal. Namun, minyak ini mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan. Antaranya:

1. Dapat melembutkan rambut

Minyak kelapa merupakan minyak terbaik untuk rambut dan kulit kepala. Ia dapat mengurangkan masalah rambut kering, sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut kerinting atau masalah rambut putus.

Anda boleh hangatkan minyak ini sebelum sapukannya secara lembut pada rambut dan kulit kepala. Jangan panas sangat pula, melecur nanti!

2. Mengelakkan masalah rambut gugur

minyak kelapa dara

Minyak VCO juga dapat membantu memperbaiki rambut yang rosak.

Jika anda kerap iron rambut atau sering bertukar-tukar produk penjagaan rambut, besar kemungkinan rambut anda akan rosak dan gugur.

Untuk mengelakkan masalah ini, sapukan minyak ini pada kulit kepada 2 kali seminggu. Anda pasti terkejut dengan hasilnya!

3. Mengurangkan uban dan kelemumur

Anda mempunyai masalah kelemumur? Virgin coconut oil mungkin dapat membantu! Kandungan asid lemak, vitamin E dan K yang tinggi dapat melawan kelemumur dan mengurangkan uban.

Penggunaan minyak kelapa dara yang kerap juga boleh membantu anda mendapatkan rambut yang lebat, sihat dan hitam!

4. Minyak kelapa dara baik untuk kulit

minyak kelapa dara

VCO dapat memberikan manfaat kepada hampir semua jenis kulit. Ia merupakan sejenis minyak yang sangat versatil dan mengandungi pelbagai antioksidan, anti bakteria dan anti radang.

Malah, banyak produk penjagaan kulit di luar sana yang mengandungi minyak kelapa dara sebagai bahan utama. Ia dapat menghasilkan satu ‘barrier’ pada kulit yang membantu mengekang lembapan.

Bukan itu sahaja, asid lemak yang terkandung di dalam VCO juga dapat memperbaiki kulit.

Jika anda ingin buat skrub DIY, anda boleh tambahkan minyak kelapa dara ke dalam ramuan anda. Selain produk penjagaan wajah, minyak kelapa juga digunakan di dalam pelembap bibir.

5. Mungkin dapat membantu penghidap ekzema

Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit seperti ekzema atau psoriasis, VCO mungkin dapat membantu.

Disebabkan sifat anti bakteria dan anti kulatnya, ia mungkin dapat mengurangkan keradangan pada kawasan kulit.

Minyak ini juga mungkin dapat membantu mengurangkan kesan parut kulit melecet dan melecur.

6. Minyak kelapa dara untuk menurunkan berat badan

VCO telah menjadi satu makanan yang popular dalam kalangan mereka yang ingin berdiet. Ia dapat membantu membakar lemak, lebih-lebih lagi di kawasan abdomen.

7. Dapat membantu mengatasi jangkitan kulat

Minyak ini juga mempunyai sifat anti kulat. Bahan seperti asid laurik yang terkandung di dalamnya juga terbukti dapat merawat jangkitan seperti jangkitan yis atau candidiasis.

8. Mengurangkan kolesterol dalam badan

Asid laurik dalam minyak kelapa juga baik untuk jantung. Ia dapat merendahkan tahap kolesterol jahat dan meningkatkan kolesterol baik. Minyak ini juga mengandungi lemak tepu yang baik untuk kesihatan kita.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: