Jenis-Jenis & Pantang Larang Makanan Penyakit Saraf

Pantang Larang Makanan Penyakit Saraf

Secara umumnya, penyakit saraf adalah merupakan satu keadaan yang disebabkan oleh berlakunya gangguan, kelainan atau kerosakan yang terjadi pada sistem saraf manusia sehingga mempengaruhi fungsinya.

Sekiranya anda sedang menjaga pesakit yang mempunyai penyakit saraf, pantang larang makanan penyakit saraf yang perlu dipatuhi untuk mengelakkan penyakit tersebut bertambah teruk dan memastikan pesakit cukup nutrisi. 

Makanan Yang Baik Untuk Penyakit Saraf 

1. Sayuran berdaun hijau

Pantang Larang Makanan Penyakit Saraf

Amalkan pengambilan sayuran yang berdaun hijau untuk pesakit yang mempunyai masalah saraf. Hal ini kerana sayuran yang berdaun hijau mempunyai kandungan vitamin B kompleks, vitamin C, vitamin E ,dan magnesium yang tinggi dan penting untuk sistem saraf. 

Vitamin B sangat baik untuk otak, mengatur degupan jantung, sistem pernafasan, dan juga pencernaan. Kandungan magnesium pula boleh membantu menenangkan saraf, manakala vitamin C dan vitamin E bertindak sebagai anti penuaan sistem saraf.

2. Ikan

Pantang Larang Makanan Penyakit Saraf

Ikan mengandungi asid lemak omega-3 yang tinggi untuk membantu menjaga fungsi saraf. Kekurangan asid lemak boleh menyebabkan seseorang mengalami kerosakan saraf. Oleh itu, masukkan menu berasaskan ikan setiap hari untuk pesakit saraf. 

Jenis ikan yang disyorkan ialah ikan salmon kerana ia mengandungi omega-3 yang sangat tinggi. 

3. Telur

Pantang Larang Makanan Penyakit Saraf

Telur kaya mengandungi vitamin B dan kolin (cholien) yang tinggi yang berfungsi untuk menguatkan daya ingatan dan dapat membantu memperbaiki kerosakan fungsi sistem saraf.

4. Coklat Gelap (dark chocolate) – 70% koko

Pantang Larang Makanan Penyakit Saraf

Coklat gelap mengandungi flavonoid yang bersifat anti inflamasi dan juga antioksidan. Selain itu, ia juga dapat membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah ke otak dan jantung.

5. Kekacang

Pantang Larang Makanan Penyakit Saraf

Kekacang mengandungi beberapa nutrisi penting untuk sistem saraf seperti antioksidan, vitamin E dan sebagainya.

6. Brokoli

Pantang Larang Makanan Penyakit Saraf

Sayur brokoli mengandungi vitamin K yang tinggi dan dapat membantu meningkatkan kekuatan otak dan fungsi kognitif.

Jenis-Jenis Penyakit Saraf

Sistem saraf adalah sangat penting untuk tubuh manusia berfungsi dengan baik. Terdapat dua bahagian sistem saraf iaitu sistem saraf pusat dan juga sistem saraf tepi (perifer). 

Sistem saraf pusat merangkumi otak dan sumsum tulang belakang. Kedua-dua bahagian tubuh ini akan saling bekerjasama untuk mengkoordinasikan seluruh aktiviti tubuh. Manakala, sistem saraf tepi atau perifer merangkumi semua elemen saraf yang menghubungkan sistem saraf pusat dengan organ-organ tubuh. 

Penyakit saraf boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor dan menyebabkan kehilangan fungsi tubuh secara perlahan-lahan sekiranya tidak dirawat segera. 

Untuk pengetahuan anda terdapat peratus penyakit sistem saraf yang boleh terjadi namun,  antara penyakit saraf yang sering dialami oleh masyarakat umum  adalah seperti berikut:-

  • Stroke
  • Alzheimer
  • Parkinson
  • Multiple sclerosis
  • Epilepsi
  • Bell’s palsy
  • Neuropati perifer
  • Tumor otak

Apa-apa pun, pastikan anda mendapatkan nasihat daripada doktor perubatan mengenai pemakanan yang sesuai untuk diambil dalam kehidupan seharian terutamanya pesakit yang mempunyai penyakit saraf. 

Sumber: https://www.klikdokter.com/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:
Admin (N)
Admin (N)
Articles: 161