Perbezaan Sunscreen SPF 30 dan 50 Serta Fungsinya Untuk Kulit

Untuk memilih sunscreen, salah satu perkara yang perlu diberi perhatian adalah nilai sun protection factor (SPF). SPF adalah ukuran yang digunakan untuk mengetahui tahap keberkesanan sunscreen menghalang sinar matahari daripada mengenai kulit wajah kita. Kebiasaanya kulit wajah kita akan sentiasa terdedah dengan sinaran ultraviolet (UV) matahari.

Setiap sunscreen memiliki kandungan SPF yang Berbeza. Sebagai contoh perbezaan di antara SPF adalah di antara 25, 30, dan 50. Untuk pengetahuan anda, sunscreen yang  minimal memiliki SPF 30.

Justeru, semakin besar angka SPF, semakin maksimal perlindungannya terhadap sinar UV matahari. Misalnya, SPF 50 akan memberi perlindungan sunscreen sekaligus  membuat kulit memerlukan waktu 50 kali lebih lama untuk terbakar pada sinar matahari. Hal ini jika dibandingkan ketika kulit tidak dipakaikan sunscreen sama sekali.

Oleh itu, di antara SPF 30 vs 50, sunscreen yabf mana yang lebih baik digunakan? Jom kita ketahui perbezaan SPF 30 dan 50 melalui ulasan berikut.

Perbezaan SPF 30 dan 50

Apa perbezaan di antara SPF 30 dan 50? Beza SPF 30 dan 50 dapat dilihat melalui tahap ketahanan masing-masing dalam melindungi kulit.

Sunscreen dengan SPF 30 ertinya dapat memberikan perlindungan selama 300 minit. Hal ini bererti kulit anda dapat dilindingi sekitar lima jam sebelum terbakar oleh sinar matahari. 

Menurut dr. Steven Q. Wang dari Skin Cancer Foundation, SPF 30 mampu menahan 97 peratus radiasi sinar UVB, iaitu jenis ultraviolet yang menyebabkan kulit terbakar dan dikhuatiri boleh mengakibatkan kanser kulit.

Sementara itu, SPF 50 pula boleh melindungi kulit selama 500 minit. Hal ini bermakna, kulit anda dapat dilindungi sekitar lapan jam sebelum terbakar oleh sinar matahari. 

Menurut fakta, SPF 50 mampu menahan 98 peratus radiasi sinar UVB. 

Menerusi daya ketahanan tersebut, ini bererti bahawa hanya tiga peratus sinar UVB yang akan mengenai kulit ketika anda melindungi wajah berserta dengan pemakaian SPF 30. Sementara itu, hanya terdapat sekitar dua peratus sinar matahari yang akan menyerap ke kulit ketika memakai SPF 50.

Tidak Menjamin Perlindungan Kulit Sepanjang Hari

Perlindungan wajah dengan SPF 30 dan 50 sama-sama memiliki fungsi yang memberikan perlindungan lebih lama sehingga kulit tidak cepat terbakar akibat sinaran UV.

Meskipun begitu, hal ini bukan bererti kulit anda akan terlindung sepanjang hari.  Oleh itu, anda digalakkan agar memakai semula sunscreen kembali setiap dua jam sekali ketika melakukan aktivti atau berada di bawah matahari. 

Sementara, jika anda berada di dalam sesebuah ruangan, gunakan sunscreen setiap 3-4 jam sekali. 

Penggunaan ulang sunscreen diperlukan untuk mencegah risiko kerosakan kulit. Jika sunscreen tidak dipakai secara berulang, kerosakan kulit akan lebih cepat terjadi, kulit mudah terbakar, muncul flek hitam, dan akan kelihatan kusam,

Gunakan sunscreen bermula dari pagi hari sekitar 15-30 minit sebelum keluar rumah. 

Sunscreen sememangnya harus dipakai meskipun cuaca mendung atau hujan sekalipun. Hal ini kerana, risiko terpapar sinar UVmasih tetap ada.

Baca Juga: Bolehkah Melakukan Hubungan Intim Semasa Keputihan?

Perbezaan SPF 30 dan 50 terletak pada tahap ketahanan keduanya dalam melindungi kulit dari paparan sinaran UV. Semakin tinggi SPF, semakin efektif sunscreen melindungi kulit kita daripada paparan sinaran UV.

Walaupun begitu, setiap individu memiliki kulit yang pelbagai jenis dalam tindak balas penggunaan tabir sunscreen. Oleh itu, gunakan sunscreen yang bersesuaian dengan kulit anda ya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Klikdokter 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: